header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Monday, July 5, 2010

Ibu Pergi Dulu..



Sudah dua bulan kakak, Kak Fara mengambil anak angkat. Namanya Siti. Baru berusia 5 tahun. Nampaknya kakak semakin bahagia dengan kehadiran Siti. Ke mana saja kakak pergi, pasti dibawanya Siti. Apa yang Siti mahu pasti dibelinya. Baju baru, permainan, coklat dan lain-lain. Kulihat abang iparku tidak lagi merungut. Katanya rumah mereka sunyi tanpa kehadiran kanak-kanak. Kini bertambah berseri sejak kehadiran Siti.

Suatu petang aku bersama adikku Ina ingin mengenakan kakakku. Aku ke rumah Kak Fara. Kebetulan kak Fara sedang membersihkan halaman belakang rumah. Aku cepat-cepat membawa Siti ke rumah kawanku, Fiza. Aku sembunyikan Siti di rumah kawanku. Kukatakan padanya, aku ingin bergurau dengan kakakku. Aku ingin menguji sejauh mana sayang Kak Fara pada anak angkatnya. Kawanku bersetuju merahsiakan hal ini dari kakakku.

Seperti dijangkakan, selepas sejam kemudian, kakak menelefonku bertanyakan tentang Siti. Kukatakan ku tidak tahu. Kemudian, kakak keluar mencari Siti seluruh kampung tanpa di temani abang iparku kerana abang iparku tika itu bekerja di luar daerah. Kakak mencari di hujung dusun, di sungai dan di dalam hutan yang berdekatan. Mukanya nampak cemas. Aku dan Ina ketawa berdekah-dekah melihat gelagat Kak Fara yang seperti ibu ayam kehilangan anak ayam. Kak Fara mencari hampir ke senja.

Akhirnya aku dan Ina membuat keputusan untuk menyerahkan Siti pada Kak Fara pada senja itu. Aku membawa Siti ke rumah Kak Fara. Sampainya di rumah, suasana sunyi sepi. Kami mencari Kak Fara. Tiba-tiba kami nampak sekujur tubuh terbaring di salah satu ruang rumah sambil memegang gambar Siti. Kami terus mendapatkan Kak Fara. Lalu kami membawakan Kak fara ke hospital. Namun semuanya sudah terlambat. Kata doktor Kak Fara telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana darah tinggi. Aku terduduk. Kemudian aku menangis sepuas-puasnya sambil mendakap Siti. Maafkan aku, kak. Aku tak berniat menggugat kebahagiaan Kak Fara. Aku cuma mahu menduga sayang Kak Fara terhadap anak angkatnya. Tak lebih dari itu. Sekarang baru kutahu betapa sayangnya Kak Fara terhadap Siti. Maafkan aku.

Nukilan Aku
Serina Razali
(Bukan nama Sebenar)

2 comments:

  1. apa lah punya bonggok nak uji kasih syg cara camni, kan dah terbang satu nyawa. Kasihan anak yg tak berdosa kehilangan kasih ibu.

    ReplyDelete
  2. Tula...sedey kan... tapi mmg kisah benar ni

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails