header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Friday, August 12, 2011

" SELAMA 45 TAHUN AKU HIDUP TAK PERNAH PUASA !!! " KINI AKU INGIN JADI MUSLIM YANG SEJATI.


Masih ingatkah kalian dengan kisah Malik Noor yang telah bertaubat pada entry yang lepas? Disini merupakan cebisan pengalaman beliau yang tak pernah berpuasa selama 45 tahun.



RAMADAN Al Mubarak telah bermula. Mari kita berkongsi cerita tentang pengalaman puasa bagi figura yang mengaku tidak pernah berpuasa sepanjang usianya sehingga menjangkau usia tua. Dia adalah Malek Noor.

Sebelum ini, umum tahu Malek telah membogelkan kisah hidupnya yang tidak pernah hidup berlandaskan jalan Islam. Tidak solat, memakan makanan haram termasuk daging khinzir dan meminum arak adalah hal bukan tabu bagi dirinya. Begitu juga soal kewajipan berpuasa. Malek tidak berasa penting untuk dia berpuasa sedangkan ia adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.

Namun selepas mendapat hidayah sekitar usia 46 tahun, kehidupan Malek kini berubah secara total. Dia telah lama meninggalkan segala yang haram dan berusaha menjadi umat Islam yang baik dengan menunaikan sebanyak mungkin kewajipan yang disyariatkan, termasuklah berpuasa di bulan Ramadan.

Tahun ini, baru genap 10 tahun Malek Noor berpuasa penuh. Dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut walaupun kini usianya sudah menjangkau 55 tahun. Banyak cerita yang dikongsi Malek tentang keterujaannya berpuasa. Bagi figura yang baru pulang mengerjakan umrah pada awal tahun ini, nikmat berpuasa tidak boleh ditukar ganti.

“Alhamdulillah, sejak selepas bertaubat, saya masih belum pernah tertinggal satu hari pun puasa. Malah saya juga melakukan puasa sunat seperti puasa enam dan sebagainya.
“Saya kini berusaha sehabis baik untuk menggantikan semua dosa tidak berpuasa yang pernah saya lakukan dahulu,” ujarnya sambil tersenyum.

Malek memberitahu, sewaktu zaman dia tidak mempedulikan kewajipan berpuasa, dia akan makan pada waktu siang hari seperti biasa.

“Tapi saya masih hormat orang lain yang berpuasa, jadi saya tidak makan di tempat umum. Lagi pula saya pun dikenali orang, saya harus menjaga nama juga pada waktu itu. Jadi saya hanya akan makan di rumah seperti biasa dan tidak mempedulikan tentang ibadat ini,” luahnya jujur.

Mengenang semula proses pertama kali dia berpuasa, ujar Malek dia sangat teruja untuk melaksanakan ibadat tersebut. Justeru, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk memulakan puasa walaupun tidak pernah berpuasa selama lebih 40 tahun sebelum itu.

Malah kini sepanjang Ramadan, selain menahan lapar dan dahaga, apa yang dititikberatkan oleh anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga adalah amalan-amalan sunat yang dapat meningkatkan pahalanya.

Mengaku jarang bersahur, ujar Malek: “Aktiviti saya di bulan Ramadan banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran, Yassin dan berwirid. Saya berusaha sebaik mungkin bukan sahaja menahan lapar berpuasa, sebaliknya mencuci segala keburukan diri sebersih-bersihnya.”
Bagaimanapun kata Malek, amalan tersebut bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan, sebaliknya ia juga harus diteruskan pada setiap masa. Ini termasuklah menjaga pertuturan atau bersedekah. Ditanya tentang menunaikan solat tarawih, seperti ‘melompat’ daripada satu masjid ke masjid lain, Malek ternyata mempunyai persepsi sendiri.

Dia memberitahu, dia bukan individu yang mengejar jemaah tarawih. Bukan tidak menyedari ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T, namun kata Malek, dia lebih gembira jika solat wajib lima waktu dilaksana sempurna dan dijaga baik, sebelum melakukan solat sunat.

“Saya akui, ada masa, saya akan ke masjid menunaikan solat tarawih, tetapi bukanlah setiap hari saya ke masjid, kerana kadang-kadang saya memang terlepas ke masjid melakukan tarawih secara berjemaah.

“Jadi saya akan lakukannya secara berseorangan di rumah. Secara peribadi, bagi saya sendiri, saya amat menitikberat soal solat wajib lima waktu. Apa yang penting solat wajib ini tidak tercicir hanya kerana mahu mengejar ganjaran bertarawih,” katanya jujur.

Sementara itu, ditanya tentang juadah berbuka, Malek tidak memilih juadah, cukup sekadar kurma pembuka selera dan sesekali dia mahu merasa nasi beriani, itu sudah memadai baginya. Mengajak Malek berkongsi serba sedikit tentang transformasi dirinya kini, dia tidak mahu khalayak melihatnya sebagai seorang alim ulama, sebaliknya cukup sebagai salah seorang manusia yang pernah melakukan terlalu banyak khilaf dan sudah bertaubat nasuha untuk kembali patuh ke jalan-Nya.

Mengaku menjalani transformasi negatif kepada positif secara berperingkat-peringkat, perkara keji yang dilakukan secara drastik sebaik mendapat hidayah adalah berhenti memakan daging khinzir dan meminum arak. Sementara hal-hal buruk lain seperti pergi ke kelab malam dan sebagainya dilakukan secara berperingkat.

“Selepas saya mendedahkan kehidupan lampau saya, saya telah mendapat pelbagai respons daripada banyak orang.

“Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya mengatakan saya memalukan diri dan keluarga kerana membuka aib yang tidak akan dibuka oleh orang lain.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan mahu memalukan keluarga atau membuka aib, sebaliknya saya mahu berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya ruang untuk memperbaiki diri dengan menyedarkan saya tentang khilaf yang dilakukan sebelum saya meninggal dunia dalam kesesatan.

“Saya juga tidak malu mengaku keburukan lampau kerana saya tidak takut atau malu dengan pandangan masyarakat, sebaliknya saya mahu dan takut hanya pada Allah S.W.T sahaja,” tegasnya.

Biarpun sudah berubah paksi, itu tidak bermakna Malek melupai duniawi terus. Dia memberitahu kadang-kala masih bertemu teman-teman lama dan masih mengunjungi karaoke.
Katanya: “Sebab itu saya kata saya bukan alim ulama. Kehidupan saya banyak berubah tetapi saya juga harus menyeimbangi kehidupan duniawi asal ia tidak berlebihan dan sentiasa mementingkan akhirat.” - sumber H-Kosmo Kredit:Al-Banjari

Kenapa Aku Minum Arak

Sudah lama aku tak menjenguk blog ku ini. Rasanya sejak ramadhan menjelma, aku begitu sibuk sehingga aku lupa kewujudan blog ini. Alhamdulillah.... aku masih berusaha mencari artikel yang aku rasakan boleh memberikan pengajaran dan tauladan pada pengunjung blog aku ini. Percayalah.... aku lakukan untuk tujuan dakwah. bukan mengaibkan sesiapa..... kerana aku cintakan bidang dakwah.... Sehinggalah aku menemukan artikel ini. penulis blog ini sungguh berani menceritakan kisah lalu beliau. Namun aku rasa, penulis blog ini bertujuan seperti aku.... Dakwah... tak mau orang lain mengulangi kesalahan beliau..... Bacalah dan ambillah iktibar.... Aku sekadar berkongsi......







salam kawan-kawan . AF muncul lagi buat entry ni secepat mungkin . Ape masalah entry kali ni ? tak de salahnya ok . kali ni aku menjelma lagi menceritakan tentang peristiwa lama aku . Ini masa zaman aku jahil sejahil jahilnya . Personal sangat ke ? takde la . itu bagi korang . Tapi bagi aku , ini adalah satu cerita kehidupan yang patut aku kongsikan buat tatapan korang . Tak kesah la lepas ni korang nak label kan aku ni teruk dan apa-apa saja , sekurang-kurangnya aku puas . Puas kerana dah menceritakan apa yang terpendam dalam hati aku . Aku dilema sebenarnya . "kerana tension , dia isap dadah.." ni adalah aku ke ? yap . isap gam saja . oops , tipu je kalau perkataan saja tu . Aku isap ganja , telan ubat . Tapi maaflah korang , aku bukannya bangga dengan perbuatan bodoh aku ni , tapi aku nak bercerita tentang diri aku yang korang elak-elakkan . Salah ka ? janganlah anti aku , aku dah berubah . Bukan macam dulu lagi ye . harap dengan apa yang aku nak kongsi ni korang boleh manfaat kan . Read more ye , Bangga ka menjadi penagih dadah ? tidak . bagus ka menjadi seorang penagih dadah ? tidak . Habis tu ? sebab tension . Stress dan sebagainya . Kenapa boleh jadi macam tu ? sebab selalu fikir nak bergembira dengan jalan mudah . Sebelum ni tak boleh berfikir ke benda ni buruk ? boleh tetapi tapi galakan dari kawan-kawan . Eh ?! galakan dari kawan-kawan ? silap tu ! Semuanya silap dari kita ! kenapa ? sebab kita yang tidak menggunakan akal untuk berfikir yang mana harus , dan yang mana tidak . Bukan kawan-kawan puncanya , tapi diri kita . Banyak cara untuk kita elakkan dan banyak cara kita cari jalan penyelesaiannya . Semua ini kerana apa ? EMOSI .

Sebab apa EMOSI ? emosi lah yang akan mengawal diri kita apabila kita tak mampu melawannya . Itu lah aku , kawan-kawan . Ini lah aku . Tapi alhamdulillah aku mampu berubah dan menuju kejalan yang lebih elok lagi . Dulu aku ni peminum arak . memang aku dah tak fikir dah halal haram . Sebab apa ? jawapan sebab nak enjoy . Hentikanlah , bila EMOSI mengawal diri kita , maka kita mampu bertindak di luar batasan dan diluar normal . Aku masih tak sedar adakah aku ini beragama Islam pada masa tu .

Kerana aku tak yakin Tuhan mampu memberikan aku kejayaan . Tapi akhirnya aku sedar , Tuhan sentiasa memberikan rezeki dan kejayaan buat aku , cuma aku nak tak tahu berusaha dan cetek mengenali apa itu usaha . Sedangkan aku berdalih dariNya dan bergembira hiburkan diri dengan dadah , arak dan sebagainya . Tidak ke bodohnya aku ? aku harap korang yang baik dan yang buruk kat sini . 'Point' aku kat sini , korang tak perlu rasa apa yang aku rasa dulu , sebab Tuhan Maha Pemurah . Sentiasa memberikan rezeki buat kita , tapi cuma kita yang tak tahu dan mencuba nak berusaha . Aku nak cerita lagi bab aku ni memang panjang dan kadang-kadang tak membawa maksud dah buat korang . Korang dengar cerita seterusnya . Aku ada seorang kawan baik . Dia juga bekas peminum arak . Alhamdulillah dia dah pulih . Dia ceritakan kat aku , pada suatu hariketika dia tengah stress dan tension , dia mahu minum arak . Dalam keadaan sedang menjunjung arak , Tiba-tiba dia terserempak dengan seorang lelaki . Lelaki ni pun tegurlah dia . ''Assalamualaikum , nama sapa ni ? '', kata lelaki tu . ''Waalaikumsalam , saya amin .'', Kata kawan saya , amin ( bukan nama sebenar ) . '' Oh Amin , sedap nama tu . Kenapa Amin minum arak ni ? tahu tak arak itu haram '', kata lelaki itu . " tahu tapi saya sebenarnya tension dan stress , saya nak tenangkan fikiran dan release tension''. Amin bersuara . '' Andai tension sekalipun bukan dengan cara sebegini , ermm . Amin kalau tension , stress amin akan buat apa ? Amin akan pergi kat mana ? tanya lelaki itu lagi .''Saya akan pergi ke pulau yang indah-indah ,saya akan minum sepuas saya , saya akan relax tenangkan perasaan '', Amin berkata-kata menggunakan bahasa kias .''Ok pulau itu siapa yang buat ?'', tanya lelaki itu lagi .''Eerr ... Tuhan yang buat '', Balas Amin .


''Jadi untuk apa Amin ke pulau itu ? lebih baik Amin sembahyang minta petunjuk dan sebagainya . Buat apa membazirkan wang pergi pulau semata-mata nak tenangkan perasaan . Minum ini minum itu semata-mata nak tenangkan fikiran sedangkan jalan mudah untuk mencari ketenangan dan tension adalah Sembahyang Kepada Tuhan , ingat Tuhan . ingat Amin , Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang '', kata lelaki itu mengakhiri perbualan mereka .Tamat sudah cerita tentang kawan aku ni . Korang dapat tak mesej yang nak aku sampaikan ? kesimpulannya tiada satu pun perbuatan didunia ini yang mampu menangani masalah kita , tekanan kita dan stress kita melainkan kita Ingat pada Tuhan , sembahyang kepada Nya . Sebab apa yang kita lakukan didunia ini akan mendapat balasan tak kira didunia atau akhirat . Hentikan dari mendengar hasutan syaitan dan bukalah telinga mendengar seruan Illahi . Berkat doa dan usaha aku , akhirnya aku mampu tandingi masalah , tension dan tekanan aku tanpa mencuba benda-benda terlarang ni lagi . Alhamdulillah , terima kasih Tuhan ..

Sumber

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails