header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Sunday, October 23, 2011

Kenapa Aku Benci Menjadi Wanita Bertudung?

(Sekadar Gambar Hiasan)

Aku merupakan seorang wanita yang sederhana. Kulitku sawo matang dan memiliki seraut wajah yang manis. Aku mempunyai kekasih yang baik hati. Gaya kehidupanku adalah sederhana. Namun aku akui, aku bukanlah seorang gadis yang sosial. Kehidupanku sehari-harian adalah pergi kerja, pulang ke rumah dan memerap di rumah. Aku hanya keluar bertemu dengan kekasihku hanya pada hujung minggu sahaja.

Sehinggalah suatu hari, dia melamarku untuk dijadikan isterinya. Hatiku berbunga riang. Akhirnya impian aku untuk menjadi suri hidup kekasihku terkabul juga. Setelah mengikat tali pertunangan selama beberapa bulan, akhirnya kami pun melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan yang diadakan amat meriah sekali. Pada malam pertamaku, dia meminta aku menjadi penemannya sehingga akhir hayatku nanti. Aku mengangguk. Dia memintaku lagi untuk menjadi isteri yang solehah, taat pada perintah Tuhan, Rasul dan suami. Menutup aurat selayaknya. Aku mengangguk lagi.... Untuk dia, aku sanggup lakukan apa sahaja, asalkan aku dapat bersama dengannya.

Pada tahun pertama semuanya berjalan lancar. Aku berusaha menjadi isteri yang solehah. Apa yang suami inginkan, sedaya upaya ku penuhi. Makan pakai dan juga auratku. Tak lepas selendang di kepalaku. Kami hidup aman dan damai.

Sehinggalah aku mendapat dua orang anak. Aku lihat, dia mula berubah. Dia mula memakai minyak wangi jenama yang mahal ke pejabat. Pulangnya pula kadang2 lewat malam. Masakan yang ku masak kadang2 tak disentuhnya. Bila aku ajak dia keluar, katanya penat. Semenjak hari itu, kehidupanku bertambah bosan. Penat melayan kerenah anak2 lagi, membuatkan aku lelah untuk berdandan.

Suatu hari, ketikaa ku ke shopping mall untuk membeli barang2 harian, aku terserempak dengan suamiku berjalan dengan wanita lain. Wanita itu free hair, bermini skirt, bermekap tebal dan bertumit tinggi. Setibanya suami ku di rumah, kami berperang besar. Dia tidak menafikan malahan dengan bangganya dia katakan dia mahu menikahi perempuan itu. Hancur luluh perasaanku. Pengorbananku selama ini adalah sia2. Kenapa dia memilih perempuan itu? Bukankah dahulu dia tidak menyukai wanita free hair? Akhirnya, dia katakan padaku, dia sudah bosan denganku. Pada hari itu jugak aku di ceraikan. Sejurus diceraikan, aku buang tudung di kepalaku. Aku menangis sepuas-puasnya.

Setelah berjaya mendapatkan hak penjagaan kedua anakku, aku nekad berpindah untuk memulakan kehidupan baru. Di tempat kerjaku, aku mula menukar penampilan diriku. Tiada lagi kerudung di kepalaku. Aku mula mengenakan mini skirt yang menampakkan betisku. Make up yang tebal menjadi kesukaanku. Baru sekarang aku puas. Aku suka menjadi perhatian lelaki2 berhidung belang di pejabatku. Hampir setiap hari juga, aku membuat temujanji keluar dengan mereka. Aku seronok dengan kehidupanku yang bebas dan menjadi perhatian mereka. Walaupun kadang2 aku sunyi, tetapi aku suka cara mereka melayanku. Aku pun tak tahu, sampai bila aku jadi begini. Adakah hatiku penuh dengan dendam dengan suamiku yang mendorong aku jadi begini atau aku yang bodoh dan tak ikhlas pada Tuhanku? Entah lah........

Seperti diceritakan Pn Aini (Bukan nama sebenar) kepada penulis

Saya takkan ampunkan dosa isteri saya



SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.

Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.

Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.

Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.

Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan
selama ini.

Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.

Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.

Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.

Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.

Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.

Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.

Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.

Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.

Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.

Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.

Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.

Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.

Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.

Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.

Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.

Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

Sumber:

http://irwan007.wordpress.com/saya-takkan-ampunkan-dosa-isteri-saya/

Saturday, October 22, 2011

LorongBelakang: Ika menjadi pelacur kerana teman lelaki



Cerita yang akan ku paparkan ini tak kurang menariknya. Kisah benar untuk pedoman pengunjung blog ini. Kredit dari teman blog freeda iaitu Mohd Syahmi Ismail. Terima kasih kepada beliau membenarkan freeda menyiarkan entri ini. Sama-sama la kita ambil iktibarnya.

Ika,27,mengakui tersilap memilih teman lelaki sehingga perkerja seks kelas murahan.Sejak terjebak dengan pekerjaan tersebut.Ika sering menangis mengenangkan nasibnya mencari nafkah dengan cara begitu.
Ketika mahu ditemubual oleh akhbar ini (BuletinRakyat),ika ditemui di JalanRaja laut agak keberatan kerana tidak mahu kisah peribadinya ditonjolkan untuk pengetahuan umum.Setelah dipujuk mungkin kisahnya boleh manjdi pengajaran kepada orang lain akhirnya Ika mengalah.

Ika yang berasal dari Beufort,Sabah memberitahu berkenalan dengan seorang lelaki mesra dipanggil "Boy"semasa bekerja sebagai promoter di sebuah gedung membeli belah di ibukota.Boy sentiasa mengambil berat pasal Ika akhirnya mengambil keputusan menetap sebagai suami isteri tidak sah di rumah sewa lelaki berkenaan.

Selepas setahun menjalinkan hubungan terlarang dengan Boy,Ika mula berasakan sesuatu tidak kena pada lelaki berkenaan.Perasaan itu wujud lantaran Ika melihat sikap Boy yang sering ponteng kerja dan adakalanya pulang hingga lewat malam.
"Saya tidak tahu siapa Boy sebenarnya.Adakalanya Boy lansung tidak keluar dari bilik dan bila keluar rumah sentiasa berada dalam keadaan ketakutan.Seperti ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya.Mulalah fikiran saya jadi kacau dibuatnya.Dalam seminggu pula saya nampak beberapa lelaki tidak dikenali mencari Boy,"kata Ika mula mengesyaki Boy menyembunyikan sesuatu darinya.

Namun selepas beberapa hari,Boy mengakui berhutang dengan peminjam wang dangan jumlah yang besar.Dia mengakui tidak mampu membayar hutang dan bunga pinjaman kepada pihak berkenaan.

"Boy kata hanya ada satu cara untuk membantunya melangsaikan hutang-hutangnya iaitu saya terpaksa menjual batang tubuh saya kepada pihak berkenaan.Boy juga berjanji akan mengahwini saya selepas itu.Pada awalnya saya menolak dengan sekeras-kerasnya cadangan Boy.Saya bukannya pelacur mahu serahkan tubuh saya begitu sahaja.Namun Boy terus menampar,memukul dan memaksa saya melayan pihak peminjam dengan sepuas-puasnya jika mahu melangsaikan hutang.Mahu tidak mahu terpaksalah saya mengikut arahan Boy melayan kehendak seks peminjam wang berkenaan,"katanya.
Selepas kejadian itu,malang terus menimpa Ika apabila Boy dibuang kerja.Sejak itu Ika yang terpaksa membayar sewa rumah dan menanggung makan minum Boy.Ika mengakui pendapatannya bekerja sebagai promoter tidak mencukupi untuk mereka berdua.Dalam keadaan tersepit dengan masalah kewangan,sekali lagi Boy mencadangkan Ika menjadi pekerja seks separuh masa bagi menambahkan pendapatan.

"Saya membantah cadangan Boy dengan alasan sekeras-kerasnya.Saya tak mahu menjadi pelacur tetapi Boy terus mendesak dengan kekerasan.Dia memukul dan menerajang saya.Dia ugut akan mengapa-ngapakan saya jika berani melawan arahannya.Saya tidak berdaya melawan kehendak Boy dan dibawa ke sekitar Choe Kit untuk melacur.Manakala Boy bertindak mencari pelanggan di situ,"katanya.
Ika mengakui setiap malam,Boy berjaya mendapatkan tiga pelanggan dengan pendapatan RM150 semalam.Ika akan memulakan kerja sebagai pekerja seks selepas selesai pukul tujuh sehinggalah ke lewat malam pukul12 tengah malam.

"Kalau tak ada pelanggan terpaksalah saya menunggu sehingga mengantuk.Pagi esoknya pula saya terpaksa berkerja sebagai promoter.Memang penat dibuatnya.Sementara Boy hanya makan tidur di rumah sewa.Janji untuk menikahi saya hanya tinggal janji.Bila saya desak pelbagai alasan diberikan katanya tidak mampu dan sebagainya.,"beritahu Ika dengan nada sedih.

Namun disebabkan tidak tahan dengan penderaan diterima dari Boy,Ika bertekad untuk meninggalkan lelaki yang tidak bertanggunjawab itu.Untuk sementara waktu Ika menumpang dirumah rakan sekerjanya tanpa menjawab semua panggilan Boy.Ika juga mengugut Boy jangan menganggunya lagi jika tidak akan menelefon polis memberitahu segala kegiatan Boy termasuk memaksanya menjadi pelacur.Oleh kerana takut,Boy tidak lagi menganggu kehidupan Ika.

Malang menimpa hidup Ika sekali lagi apabila pihak majikan memberhentikan kerjanya sebagai promoter kerana sering ponteng dan menghadapi masalah peribadi.
"Selepas diberhentikan kerja barulah saya tahu langit tinggi itu tinggi atau rendah.Hidup saya sudah tidak bermakna lagi.Saya terpaksa berpindah dari rumah kawan sekerja kerana tidak mampu membayar sewa bilik dan tidak mahu menyusahkannya.Saya tidak tahu ke mana hendak pergi dalam keadaan diri saya sudah rosak seperti ini.Akhirnya saya mengambil keputusan menjadi pekerja seks di lorong belakang.Sekurang-kurangnya saya mampu membayar sewa bilik hotel murah di sini,"katanya masih menyimpan perasaan marah dengan Boy yang menjerumuskannya ke lembah kehinaan tersebut.

Bila ditanya sampai bila mahu meneruskan pekerjaan tersebut Ika tidak dapat memberikan apa-apa komen.Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala seolah-olah menyesali apa yang berlaku dalam hidupnya.

"Tak tahulah bang,sudah nasib saya begini.Nak ke mana lagi?Hidup saya sudah rosak dan tidak seperti orang lain lagi.Tak mengapalah.Tiba masa saya berhenti maka berhentilah.Kalau tidak saya teruskan mencari rezeki dengan cara seperti ini(Pekerja Seks),"

sumber

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails