header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Tuesday, November 30, 2010

Syirik Geliga Lipan







Baru-baru ni aku bertemu teman lamaku Ali(bukan nama sebenar) di sebuah restoran. Setelah bertanya khabar, kami mula bercerita. "Kau tak bisness ke hari ni?" tanyaku padanya. "Aku masih bisness lagi, cuma lepas raya ni aku rehat kejap", katanya sambil tersenyum sinis. "Amboi, dah jadi tokey la katakan. Hati pun senang", kataku sambil bergurau. "Ah, tak adalah. Kau ni ada-ada saje. Sebenarnya tujuan aku bertemu dengan kau adalah ingin bertanya samada kau ada menyimpan barang-barang lama?" Aku terkejut. "Barang-barang lama? Barang lama yang macammana?" tanyaku. "Alah... keris yang berusia seribu tahun misalnya?" katanya memberi penerangan. "Ohhh... manalah aku ada simpan benda-benda macam tu. Pisau untuk memasak adala... hahahha" aku jadi lucu dengan keterangannya. Dia mengeluh. "Erm... maaf, aku cuma jadi panasaran, kenapa kau cari benda-benda macam tu?" Sekali lagi aku bertanya macam orang bodoh. "Aku nak tarik duit la..." Katanya padaku."Ha??? tarik duit? Nanti duit tu datang berguni-guni ke?" tanyaku lagi. "Kau ni bodoh la. Ada la upacara tarik duit yang dibuat oleh tok bomoh. Kemudian, duit tu akan ikut kita. Contohnya kalo kau bisness, ramai la pelanggan yang akan datang ke gerai kau. Lebih kurang macam ilmu pelaris" terangnya panjang lebar. Aku ternganga. Waduh, ini dah masuk bab syirik ni.

"Kau pernah lihat dua ekor lipan bergaduh?" Ali bertanya padaku. Aku menggeleng. "Bila dua ekor lipan sedang bergaduh, kau tangkap lipan-lipan tu, kau kerat leher-lehernya, nescaya kau akan bertemu dengan geliga merah. geliga merah tu kau simpan kerana geliga merah tu boleh digunakan sebagai pelaris perniagaan", Aku semakin tak keruan. "Benarkah?" tanyaku lagi. "Benar, geliha itu mesti dipuja dulu, baru jadi", Ali berkata. "Kau ada?" aku bertanya. Dia mengangguk.

Kemudian, dia meneruskan ceritanya dengan bangga. "Kau tahu, baru-baru ni aku menang nombor ekor rm5000". Katanya dengan nada gembira. "Wah! Banyaknya. Kau dapat nombor dari mimpi kah? " Aku semakin teruja dengan ceritanya. "Mana dapat... Aku jumpa sami la... baru dia bagi nombor. Pasal tu aku tak payah bisness pun , duit masyuk", katanya bangga. "Tok sami mana?" tanyaku lagi. "Amboi, kau pun mahu mintak nombor jugak? Aku lihat banyak tok lebai dan pak haji yang pakai kopiah mintak nombor" katanya, kemudian ketawa terbahak-bahak. Aku hampir tersedak. Milo Ais yang ku minum hampir tersembur keluar. "Pak lebai? Pak Haji? Ahh... itu Pak Aji misai kontot", aku jadi semakin panas punggung.

"Ali, aku rasa kau dah tersasar jauh. Ingat tuhan. Allah yang memberikan rezeki kita". Aku menasihatinya. "Memang Tuhan memberikan kita rezeki, tapi kita kena pandai-pandai mencarinya" balas Ali. "Kita kena pandai-pandai mencarinya, tapi itu semua ada aturannya", balasku. "Agghhh!!! Kalau aku ikut aturanNya, sampai bila pun aku tak kaya. Aku sudah jenuh hidup dalam kemiskinan. Kita mesti rebut peluang. Kalau tak kita tak boleh kaya macam cina",katanya lagi. "Orang cina tak ada aturannya, semua di belasahnya. Halal masuk dalam Haram, Haram masuk dalam Halal. Kita tak boleh ikut cara mereka" pujuk ku lagi. "Apa kau syarahkan? Atau kau juga mahu jadi kaya seperti aku? Marilah! Kita bergabung", Ali menduga aku. "Oh, tidak! Cukuplah apa yang aku ada", aku menolak dengan baik. "Baiklah, rasanya aku kena pergi. Aku mahu meneruskan niatku mencari keris seribu tahun itu" katanya sambil meletakkan not rm50 di atas meja. Selepas bersalam, dia pun pergi. Tinggallah aku terpinga-pinga sendirian. Ali yang aku kenal dahulu tidak sama denga Ali yang aku jumpa sebentar tadi. Aku memasukkan not rm50 ke dalam poketku, aku bayar dengan wangku. Duit Ali aku sedekahkan pada makcik peminta sedekah di luar restoran itu. Cuma secebis doa untuk Ali, Semoga dia akan sedar akan perbuatannya dan bertaubat sebelum ajal menjelma. Amin

nukilan
Awang Rahmat
Marang.....


p/s Pembaca di larang meniru perbuatan di dalam kisah kali ini. Syirik adalah berdosa besar.

Monday, November 29, 2010

Pelajar UIA bertemu Rasulullah



(Tulisan Muhammad Di langit)

Assalamualaikum

Di bawah ini satu artikel yg amat menyentuh jiwa. Menitik Air mata tatkala membaca coretan ini. Alangkah indahnya jika penulis juga diberi peluang sebegini. Namun siapalah penulis. Semoga kisah ini memberikan iktibar kepada rakan-rakan blog yang lain. Sentiasa merindui Rasulullah.....

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.

Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)

apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan" .

Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."

Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi Tuhan'. Ma'assalamah.

..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..

Sumber
http://zalmarjan.blogspot.com/2010/02/kisah-pelajar-uia-mimpi-jumpa.html

Saturday, November 27, 2010

Ayat-Ayat Al-Qur'an Muncul Di Kaki Bayi




Rusia - Kisah ayat Alquran muncul di tubuh bayi masih menjadi perhatian serius di Rusia. Salah seorang ulama Rusia menganggap pemunculan ayat suci itu sebagai peringatan dari Tuhan.

“Kami menganggapnya sebagai peringatan untuk muslim Rusia dan Dagestan. Mereka harus menjalani perintah Allah, menyesali kesalahan-kesalahannya, dan melepaskan diri dari konflik dan perpecahan yang kini melanda Dagestan dan Caucasus,” kata seorang ulama, Akhmedpasha Amiralaev seperti dilansir The Sun.

Hingga kini logika maupun peralatan kedokteran memang belum mampu memecahkan misteri di Rusia tersebut.

Bocah ajaib yang mendapatkan ‘berkah’ itu adalah Ali Yakubov, bocah berumur 9 bulan. Ayat suci muncul di kulit Ali tidak lama setelah kelahirannya. Salah satu ayat yang muncul menyatakan ‘Allah adalah pencipta seluruh alam’. Uniknya lagi, petikan ayat suci ini hanya timbul setiap Senin dan Kamis malam.

Dilansir Interfax, Rabu (21/10/2009), mulanya orang tua Ali tidak memberitahukan kepada siapapun akan keajaiban si bayi. Tulisan Alquran pertama kali muncul di dagu Ali. Setelah dagu, ayat-ayat Alquran pun mulai terlihat pada punggung, lengan, kaki dan perut Ali.

Setelah berkali-kali terjadi, orang tua Ali akhirnya memutuskan memberitahukan keajaiban itu kepada dokter. Terlebih bila ayat-ayat itu muncul, Ali seperti kesakitan. “Ali selalu merasa tidak sehat ketika tanda itu muncul. Ia menangis dan suhu badannya meningkat,” ujar ibu Ali, Medina.

Saat ayat-ayat Alquran itu muncul di tubuh bayinya, Medina mengaku tidak mungkin menggendong Ali. “Badannya secara aktif bergerak, sehingga kami menaruhnya di tempat buaian. Sangat sulit melihatnya menderita,” ceritanya.

Sumber
http://imanes27.blogdetik.com/

Tuesday, November 23, 2010

Bencana 26 haribulan



Sebenarnya saya amat berminat mengkaji tentang bencana alam yang sering terjadi akhir-akhir ini. Setelah di teliti, hampir kesemua bencana ini terjadi pada 26 hb. Apakah rahsianya? Ada apa dengan angka 26?

Berikut merupakan siri bencana yang terjadi pada 26 hb.


Bencana Tahun 1500-2000:

* 26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
* 26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.
* 26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang tewas
* 26 Agt 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
* 26 Des 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
* 26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
* 26 Agt 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
* 26 Nop 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
* 26 Nop 1930 gempa bumi di Izu
* 26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
* 26 Des 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
* 26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
* 26 Des 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
* 26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
* 26 Des 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepang
* 26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
* 26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
* 26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
* 26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
* 26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
* 26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
* 26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
* 26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
* 26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
* 26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
* 26 Des 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
* 26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
* 26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
* 26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
* 26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
* 26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
* 26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 – kini yang terjadi di Indonesia :

* Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember’04,
* Gempa Jogja 26 Mei 2006
* Gempa Tasikmalaya 26 juni 2010,
* Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010,
* Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Hikmah Sederhanya adalah :

Surah ke 26 ASY SYU’ARAA (Bercerita tentang Musa dan Fir’aun)

untuk maklumat lanjut cuba layari laman ini
http://cahyaiman.wordpress.com/2010/11/01/phenomena-misteri-dan-hikmah-angka-26-merapi-dan-mentawai/

Dibelit Ular Sawa Ketika Sedang Berzina



Kisah benar ini diambil dari sebuah blog, untuk dijadikan pengajaran kepada pemuda atau pemudi .

“Ambillah iktibar dari kisah benar ini.

Melihat pendedahan yang dibuat oleh sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini mengenai anak bangsa kita yang melakukan perbuatan terkutuk di dalam hutan terutamanya di pusat-pusat perkelahan mengingatkan….

Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu,” beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

“Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi.

Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan. Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram,” tegas beliau dengan nada kesal. Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya.

“Apa yang boleh saya bantu encik?”

Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka. Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi
masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai.

“Ustaz…macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya."

“Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular,” beritahu lelaki itu ringkas.

Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan “penyakit” aneh yang dihadapi oleh pasangan itu.

“Awak pernah pukul ular ke?”

Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut.

Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi. “Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya.

Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir,” kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya.
Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya.”Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita,” pujuk Ustaz Abdullah lagi.

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah. Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. “Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular,” akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah.

Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang. Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama.

Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu. Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap.

“Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan.

Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu,” nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi. Seorang
manusia pun tidak kelihatan.

Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya. Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula.


Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.

“Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri,” cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka.

“Saya menjerit sekuat hati meminta tolong. Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya,” beritahunya tanpa segan silu lagi.

Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu.
Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut. Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. “Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

“Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat “projek,” cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk.

Akibat “badi” itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular. Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina.

Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. “Awak berdua patut bersyukur. Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak
mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina,” nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin.

Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar. Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.

DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA :

“SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA.”

Sumber: http://mran3238.wordpress.com/
http://resepirahsiaku.blogspot.com/2010/11/kisah-benar-dibelit-ular-sawa-ketika.html?spref=fb

Tuesday, November 16, 2010

Anak itu Pembawa Sial


(Sekadar Gambar hiasan)

Aku melihat wajah anak itu. Itulah anak keduaku, Tina. Berusia 5 tahun. Badannya yang kurus dan kepada dialah aku serahkan urusan rumahtanggaku. Walaupun dia baru berusia 5 tahun, aku sudah membebankan dia dengan kerja rumah seperti mengemas, mencuci pinggan dan menjemur baju. Ini kerana dia anak yang membawa malapetaka dalam hidupku. Setiap kali memandang wajahnya, aku jadi benci padanya. Tiba-tiba kenangan 5 tahun yang lalu datang mengusik jiwa. Suamiku tiada pekerjaan tetap. Kadang kerja, kadang tidak. Maka akulah yang bekerja keras menanggung keluarga. Ditambah pula aku disahkan mengandung anak kedua. Aku semakin tertekan. Suatu hari, aku mendapat tahu dia mempunyai kekasih. Mereka hampir berkahwin. Kami bergaduh besar. Dia tetap mahu berkahwin dengan gadis itu. Aku nekad ingin bertemu dengan gadis itu untuk berbincang. Setelah bertemu, aku merayu padanya supaya melepaskan suamiku. Untunglah gadis itu sanggup meninggalkan suamiku. Setibanya di rumah, aku teruk di pukul oleh suamiku setelah dia mengetahui dia tak jadi berkahwin dengan kekasihnya gara-gara aku. Aku hanya mampu menangis. Oleh kerana dendam , dia enggan mengakui bayi dikandunganku ini adalah bayinya. Dia menuduhku berselingkuh dengan orang lain. Puas aku memujuknya. Kukatakan bayi ini adalah zuriat kami. Namun dia enggan mengakuinya. Aku kecewa. Aku memukul-mukul perutku. Kerana kaulah semua ini berlaku. Kau memang pembawa sial. Kini Tina sudah berusia 5 tahun. Tiada kasih sayang untuknya. Dia membesar seperti hamba abdi. Sedikit kesalahan yang dilakukan, aku akan pukul dengan 'hanger'. Aku puas memukulnya. Pabila hari raya, dia hanya mendapat baju terpakai kakaknya sahaja. Kakaknya makan ayam goreng, dia hanya dapat kentangnya sahaja. Pabila bercuti aku hanya membawa kakaknya, Tina kutinggalkan dengan jiran. Padaku dia tak layak dapat itu semua. Dahulu aku senggasara kerana dia. Ibu mertuaku juga tidak menerima Tina. Katanya Tina bukan cucunya. Tina juga tak pernah mendapat belaian manja dari seorang neneknya. Hanya ibuku sahaja menyayangi Tina. Ah, orang tua itu tidak mengerti apa-apa. Kerana padaku, Tina anak pembawa malang.

Nukilan
Mama Rina

Thursday, November 4, 2010

Bisikan Syaitan



Bulan ini, genaplah usiaku menjangkau 29 tahun. Aku merenung kembali perjalanan yang aku lalui semalam. Bermula dari zaman kanak2, remaja hinggalah aku kini bergelar ibu. Kosong. Tiada apa yang boleh kubanggakan. Aku masih belum menjadi muslimah sejati. Auratku kadang ku tutup dan kadang ku buka. Solatku pula selalu ditinggal-tinggalkan. Hampa. Andai aku mati tika ini, apakah amalan yang boleh ku bawa? Masya-Allah. Lalu aku bertekad untuk berubah. Aku ingin menjadi muslimah sejati. Bermula dengan solat dan aurat, aku mula berkerudung dan menjaga solatku. Alhamdulillah.... Hatiku mula tenang. Sebulan kemudian, aku disahkan mengandung anak kedua. Ini bermakna, setelah aku berubah, aku dikurniakan rezeki pula. Aku menyambut dengan baik. Memang inilah yang aku nantikan setelah tiga tahun menunggu anak kedua. Aku mula berazam untuk membaca Al-Quran sehingga khatam di sepanjang tempoh kehamilanku. Setelah mengetahui diriku hamil aku terus membaca Al-Quran. Aku cuba memahami maknanya sekali. Setelah 3 bulan aku membaca al-quran, aku mula diganggu dengan bisikan-bisikan aneh. Aku tak tahu dari mana bisikan itu datang. Sehinggalah suatu hari bisikan itu membisikkan sesuatu yang fatal. "Usah di baca Quran ini, ini semua karangan Muhammad" . Aku terkejut. Serta merta aku menutup Al-quran. Aku dilanda ketakutan. Kemudian aku menghubungi sahabatku, katanya itu adalah bisikan syaitan. Katanya lagi, aku perlu kuat. Memang sukar untuk membuat kebaikan. Hampir seminggu Aku meninggalkan ayat-ayat Tuhan. Setelah memperolehi keyakinan dan disulami tasbih-tasbih, aku cuba melanjutkan bacaan al-quran ku. Walaupun bisikan itu semakin kuat menggodaku, aku semakin membulatkan tekad untuk membaca dan memahami firman-firman Nya. Sehinggalah ke saat aku melahirkan bayiku, aku disahkan menghidap diabetis. Aku terkejut, dan doktor memintaku untuk melahirkan anak secepatnya. Aku mula gusar. Aku masih mempunyai baki lima juz lagi untk aku habiskan. Sampai di rumah aku menangis sepuas-puasnya. Aku cuba menghabiskan bacaanku agar cita-citaku untuk khatam termakbul. Alhamdulillah, sebelum tarikh yang dijangkakan melahirkan bayi, aku berjaya khatam. Semasa usia kandunganku 9 bulan, aku dipaksa bersalin. Aku memilih bersalin melalui pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjaya, anakku sihat. Namun aku lihat terdapat perbezaan pada anak keduaku ini. Perkembangannya terlalu cepat berbanding kakaknya. Aku cuma pinta dia menjadi anak yang soleh dan pintar. Jangan jadi seperti aku yang penuh dengan dosa-dosa silam.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails