header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Sunday, July 24, 2011

KISAH ISTERI CURANG



Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan Aina, 2.Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.

” Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang. Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

Kerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadu dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot dia meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya.

” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.

” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ?. Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak.

Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya.

“Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alas an di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah. Saya lakukannya dengan ikhlas sebab tidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah balasan untuk isteri yang derhaka ‘.”

Sumber

Aku Benci Ibuku




Ibu saya hanya mempunyai sebelah mata..Saya bencikan ibu saya..Saya malu mempunyai ibu yang cacat..Ibu saya bekerja di sebuah kedai kecil di pasar..Ibu mengumpul rumpai laut untuk dijual..Ibu selalu memalukan saya..

Saya teringat suatu kisah semasa saya masih belajar di sebuah sekolah rendah..Hari itu merupakan hari sukan saya, dan ibu turut hadir di situ..Saya berasa sungguh malu..Kenapa ibu buat saya macam ni? Saya membuat muka jelik pada ibu dan berlari pergi meninggalkan sekolah..

Keesokan harinya di sekolah.."Ibu awak cuma ada sebelah mata?"

dan mereka mengejek2 saya..Saya berharap pada masa itu agar ibu hilang terus daripada dunia ini jadi saya pun berkata kepada ibu,

"Ibu, kenapa ibu cuma ada sebelah mata?! Ibu hanya akan menjadikan saya bahan ketawa di sekolah. Kenapa ibu tak mati je?"

Ibu tidak membalas..Saya berasa sedikit bersalah, tapi pada masa yang sama, saya berasa lega kerana dapat meluahkan segala perkataan yang ingin saya sampaikan kepada ibu selama ini..Mungkin kerana ibu tidak mengenakan hukuman kepada saya pada masa itu, tapi saya tidak merasakan yang saya telah mengguris hatinya pun..

Malam itu..Saya bangun daripada tidur, dan menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air kosong..Ibu sedang menangis di situ dengan perlahan, seolah2 takut yang dia akan mengejutkan saya daripada tidur..Saya memandang ibu dan terus berpaling..Memikirkan apa yang telah saya katakan pada ibu pada siangnya, saya merasa tidak sedap hati..Walaupun begitu, saya tetap benci ibu saya yang sedang menangis di saat2 air mata yang mengalir dari sebelah matanya..Jadi saya memasang azam untuk menjadi orang yang berjaya apabila sudah dewasa kelak, sebab saya benci ibu saya yang bermata satu dan benci hidup dalam kemiskinan..

Kemudian saya belajar bersungguh2..Saya meninggalkan ibu untuk melanjutkan pelajaran ke Seoul dengan segala keyakinan yang saya ada..Kemudian, saya berkahwin dengan gadis pujaan saya..Saya membeli sebuah rumah sendiri..Kemudian saya dikurniakan seorang anak perempuan..Sekarang, saya hidup sebagai seorang lelaki yang sangat berjaya..Saya suka berada di sini kerana tempat ini tidak mengingatkan saya pada ibu..Kebahagiaan saya semakin bertambah dari sehari ke sehari, hinggalah pada suatu hari seseorang yang tidak dijangka2 mucul dalam hidup saya.."Apa?!!Siapa ni?!"..Orang itu adalah ibu saya..Masih bermata satu..Saya merasakan seperti langit akan runtuh saat itu..Anak perempuan saya lari ketakutan melihat mata ibu..Dan saya bertanya padanya, " Siapa kau ni? Aku tak kenal kau!!!" seolah2 saya betul2 tidak mengenali ibu..Saya menjerit padanya "Berani kau datang sini dan takutkan anak perempuan aku! KELUAR! SEKARANG!!!"

Ibu menjawab perlahan, "oh, maafkan makcik. Makcik mungkin dah tersalah alamat," dan ibu pun berlalu..Nasib baik..ibu memang tak kenal saya rupanya..Saya berasa lega..Saya merasakan bahawa saya tidak perlu berasa risau lagi tentang kejadian yang berlaku pada hari ini buat selama2nya..

Satu hari, sepucuk surat jemputan menghadiri perjumpaan semula rakan2 sekolah lama tiba di rumah saya..Saya membohongi isteri mengatakan bahawa saya akan pergi ke luar negara beberapa hari atas urusan perniagaan..Selepas tamat perjumpaan itu, saya berjalan ke arah sebuah pondok yang pernah saya panggil rumah suatu ketika dahulu..Tiba di situ, kelihatan ibu yang sedang terbaring kaku di atas tanah..Tapi saya tidak mengalirkan walau setitis air mata pun..Dalam genggaman tangan ibu, ada sekeping kertas..Rupa2nya itu adalah surat untuk saya..

Ibu menulis:

Ke hadapan anakanda yang disayangi..

Ibu rasa hidup ibu sudah terlau lama sekarang.

Dan..Ibu tak akan melawat Seoul lagi..tapi adakah terlalu melampau jika ibu minta kamu datang melawat ibu sekali sekala? Ibu rindukan kamu sangat2..Dan ibu sangat gembira mendengar berita yang kamu akan menghadiri perjumpaan bersama kawan2 sekolah lama di sini..Tapi, ibu memang sudah memutuskan untuk tidak pergi menemuimu di sekolah itu..Demi kamu..Ibu minta maaf sebab ibu hanya mempunyai sebelah mata, dan ibu memalukan kamu..Sebenarnya, sewaktu kecil, kamu terlibat dalam suatu kemalangan dan hilang sebelah mata..Sebagai seorang ibu, tak sanggup untuk ibu melihat kamu membesar dengan hanya sebelah mata..Jadi ibu telah memberikan sebelah mata kepunyaan ibu untukmu..Ibu merasa sangat bangga kamu dapat melihat dunia baru bagi pihak ibu dengan mata itu..Ibu tidak pernah sedih/marah denganmu walau apa sahaja yang kamu lakukan sebelum ini..Memang ada beberapa kali kamu marah pada ibu..Ibu cuma berfikir "kamu buat begitu sebab kamu sayangkan ibu"..

Ibu rindukan saat2 kamu masih kecil di samping ibu.. Ibu rindukan kamu sangat2..Ibu sayang kamu..Kamulah segala2nya buat ibu.

Dunia saya terasa berkecai!!

Kemudian saya menangis untuk insan yang telah memberikan hidupnya untuk saya selama ini..

sumber:

Sunday, July 3, 2011

Aku Murtad Kerana Cinta


Kisah ini agak sedih. Gadis murtad kerana cinta. Kerana cinta gadis ini sanggup menjual akidahnya. Bahasa penyampaiannya adalah bahasa Indonesia. Faham2 la sendiri yaa......

Karena Cinta Aku Murtad
Kategori Kisahku by sutikno

Aku seorang wanita berusia 27 tahun. Dua tahun yang lalu aku melahirkan seorang anak ke dunia. Hanya saja mungkin keadaanku sebagai seorang ibu berbeda dengan ibu-ibu yang lain. Mereka senantiasa memandang wajah putra dan putrinya dengan tatapan kasih sayang, bangga dan penuh cinta. Sedangkan aku? Yang kudapat saat menatap bola matanya adalah kepedihan yang teramat perih dari kisi-kisi hati yang tersayat sesal.

Sebelum peristiwa pahit itu menyapa dalam hidupku, kehidupanku yang sederhana senantiasa diliputi oleh ketenangan. Aku bahagia dengan keadaanku, dengan rutinitasku. Setiap hari kujalani dengan hati yang riang sebagai seorang wanita. Kebanggaanku pada kehormatan yang senantiasa kujaga demi satu mimpi mendapatkan keluarga yang bahagia suatu saat nanti. Hingga sosok itu hadir menghancurkannya.

Peristiwa itu bermula saat aku bekerja sebagai salah satu staf tata usaha di sebuah akademi kesehatan di kota Daeng. Aku berkenalan dengan dengan seorang pria yang mengaku bujang. Dia juga bekerja sebagai staf tata usaha di kampus tempatku bekerja, namun jabatannya lebih tinggi dariku.

Seperti kata orang, “mulanya biasa saja,” yah, memang semuanya biasa saja. Saling ber-say hello, bercerita, bercanda, bertegur sapa. Sesuatu yang lazim dilakukan oleh sesama pegawai staf. Apalagi dalam satu kantor. Hingga waktu terus berjalan seiring dengan hubungan kami yang begitu akrab. Semuanya mulai menjadi sesuatu yang tidak biasa lagi.

Jujur saja, dalam hal agama, pengetahuanku memang tidak terlalu dalam. Orang mungkin biasa mengatakannya “awam”. Di alam pikiranku, bergaul dengan lawan jenis itu adalah sesuatu yang biasa. Seperti yang terjadi ditengah masyarakat. Apalagi aku dilahirkan dari lingkungan keluarga yang pendidikan agamanya “biasa-biasa saja” tidak mengenal apa itu tarbiyah, ikhtilath, ghibah, dan istilah-istilah yang lain.

Sebenarnya aku tidak pernah berkeinginan untuk dekat dengannya, karena pertimbangan beda agama. Dia seorang non muslim. Namun rayuan demi rayuannya, perjuangannya mendekatiku, janji manisnya, perhatiannya yang berlebihan dan tidak henti-henti meski selalu kutolak dengan cara yang halus, sedikit demi sedikit meluluhkan hatiku.

Gayung pun bersambut, akhirnya kuterima uluran tangannya. Waktu itu aku tidak berpikir untuk serius. Hanya sekedar pengisi waktu saja. Apalagi dia sudah banyak berkorban untukku, dan aku merasa kasihan padanya. Waktu itu aku berpikir suatu saat nanti aku akan minta putus. Mudah kan?

Hubungan kami pun berjalan secara rahasia, back street. Untuk menghindari ocehan dan desas desus penghuni kampus.

Seiring dengan waktu yang mengantar kebersamaanku dengannya, entah mengapa tanpa sadar aku sudah mulai menyukainya, mencintainya. Aku tidak tahu, apa yang telah membuatku begitu tergila-gila kepadanya. Kehidupannya juga sederhana, wajahnya malah dibawah rata-rata. Apa karena rayuannya? Kelihaiannya mengumbar rayuan gombal menjadikanku merasa tersanjung dan berbunga-bunga. Seakan-akan akulah wanita yang paling menarik di dunia ini. Di sampingnya aku selalu merasa yang terbaik. Dia sungguh pandai menggombal.

Tak pernah kusangka dan kuduga sebelumnya, hubunganku dengannya sudah melewati ambang batas moral dan norma agama.

Tragedi yang tak mungkin pernah bisa kulupakan dalam lembaran sejarah hidupku. Aku hamil. Aku tidak tahu, iblis mana yang merasukiku waktu itu. Mengapa aku bisa menjadi sehina ini? Mengorbankan sesuatu kepada seseorang yang sebenarnya tidak berhak dan tidak boleh mengusiknya.

Aku tidak tahu harus berbuat apa. Aku tidak berani lagi pulang ke kampung dengan corengan hitam di wajahku. Tidak sampai di situ, entah darimana pihak birokrasi kampus mengetahui kehamilanku di luar nikah, yang berujung dengan memecatku.

Pihak kampus tidak mengetahui siapa bapak dari bayi yang kukandung. Dia mengancamku dan menyuruhku untuk tutup mulut. Aku tersudut. Entah mengapa dia sudah begitu menguasai hidupku. Seakan membuatku tak mampu bergerak.

Dan aku tidak mengerti, mengapa aku selalu menurut saja pada setiap kata dan perintahnya. Yang bisa kulakukan hanya memohon kepadanya untuk bertanggung jawab atas perbuatannya terhadapku.

Ia bersedia menikahiku dengan satu syarat, aku harus keluar dari Islam dan masuk ke agamanya. Menjadi seorang non muslim sepertinya. Ternyata orang yang selama ini mencurahkan perhatiannya -yang kukira tulus untukku- adalah seorang misionaris.

Istilah ini juga baru kukenal setelah semuanya sudah terlanjur terjadi. Selama ini istilah itu hanya lewat saja di kepalaku. Masuk telinga kiri, keluarpun juga lewat telinga yang sama. Aku tidak pernah membayangkan jika aku akan menjadi korbannya. Aku tidak pernah menduga kalau istilah dan kekhawatiran sebagian kaum muslim tentang misi itu ternyata menimpa kehidupanku.

Mirisnya karena aku sudah terlanjur menjadi korbannya. Kakiku sudah sulit dan mungkin tidak bisa lagi aku tarik kembali. Yang ada di kepalaku saat itu bukan lagi tentang aqidahku, tetapi tentang makhluk kecil yang ada di rahimku. Tentang aib, tentang calon istri bayi yang aku juga mulai mencintainya. Aku tidak ingin menggugurkannya. Ia darahku dan aku ingin merasakan desahan nafasnya. Merasakan kaki-kaki kecilnya nanti akan meronta di dalam dekapanku.

Otakku sudah buntu, bagiku sudah tak ada lagi pilihan lain. Aku tidak sanggup menghadapi aib ini sendiri, imanku begitu lemah. Aku tidak mau bayiku terlahir tanpa ayah dan akan dicemooh kelak di tengah masyarakat. Ditambah lagi siapa yang akan menanggung beban ekonomi kami nanti? Sedangkan aku sudah dipecat dan menjadi salah satu dari sekian banyak pengangguran yang ada di kota ini.

Akhirnya, kuikuti keinginannya. Kujual akidahku dengan harga yang sangat murah dan tak bernilai. Kulepas jilbab yang selama ini menutup kepalaku, beralih ke agamanya, murtad dari agama Islam yang benar dan suci.

Tapi lagi-lagi, keputusanku itu bukanlah hal yang tepat. Saat ini, meskipun ia sudah berhasil menjadikanku sebagai salah satu korban misinya, ia tengah berusaha mendekati dan mengejar seorang mahasiswi, tetap di kampus yang sama. Korban misi yang berikutnya.

Aku sama sekali tidak berdaya, aku sangat lemah dan pengecut. Aku selalu ketakutan dengan ancaman-ancaman dan perlakuannya yang keras dan kasar. Aku ketakutan pada kekasaran tangannya yang selalu menyiksa tubuhku. Rasanya perih. Aku menjadi semakin lemah. Aku tak tahu mengapa harus menjadi seperti ini? Padahal bisa saja aku lari menjauh dari hidupnya. Tapi lagi-lagi tetap saja aku tidak bisa. Ada yang mengikatku dengannya, sesuatu yang tidak aku mengerti.

Tapi hatiku sedikit lega saat kudengar bahwa mahasiswi itu memiliki sahabat seorang akhwat berjilbab besar yang selalu bersamanya. Akhwat itu pastilah lebih mengerti tentang kristenisasi dan akan memahamkan dirinya. Sehingga mau tidak mau, misionaris yang saat ini sudah menjadi suamiku sulit unutk bisa mendekatinya.

Saat kisah ini dituturkan, aku masih dalam keadaan seperti ini, terkatung dalam penderitaan dan penyesalan. Penderitaanku ini mungkin adalah balasan atas dosa besar yag telah kuperbuat.

Hanya ini yang bisa kulakukan untuk para calon ibu di manapun berada. Semoga kisahku ini yang hanya berwujud tinta di atas kertas, dapat dibaca dan dijadikan sebagai pelajaran bagi seluruh perempuan -khususnya para remaja muslimah- bahwa misionaris sedang berkeliaran di sekitar kita dengan metode-metodenya yang beragam.

Selagi masih sempat, belajarlah tentang agama Allah. Jangan tunggu sampai menyesal seperti keadaanku sekarang. Jangan menunggu sampai kau merasa bingung dengan tindakan apa yang harus kau lakukan saat kehancuran kita sebagai wanita yang gagal mempertahankan kehormatannya menyapa.

Selagi muda, belajar dan belajarlah untuk memperkuat aqidah keislaman yang mulia. Kenalilah mereka dari metode-metode apa saja yang mereka gunakan. Tingkatkan kewaspadaan dan tolong sebarkan pada saudarimu yang lain. Agar tidak lagi menjadi tangis penyesalan seperti yang aku alami terhadap mereka. Agar tidak ada lagi terjadi perusakan fitrah terhadap bayi-bayi yang tak berdosa. Jika ibu mereka adalah Islam, maka insya Allah anaknya juga akan Islam.

Habiskan waktumu untuk ilmu, dan jangan kau habiskan untuk mencari-cari trend model terbaru, berjalan di mall tanpa manfaat atau menghabiskannya di kegelapan malam dengan lelaki yang kau pandang sebagai kekasih.

Mereka bukan kekasih …, tetapi serigala yang ingin menelanmu bulat-bulat. Bacalah buku-buku atau majalah-majalah Islami. Jadilah wanita yang cerdas dan tangguh. Belajarlah dari kesalahan dan kelemahanku. Belajarlah dari penyesalan dan penderitaanku. Sungguh …, apa yang kualami sangat menyakitkan. Kau akan merasa antara hidup dan mati. Tak ada lagi senyum ceria. Air matapun mengering. Selagi kau bisa meniti dan merencanakan mada depanmu.

Aku hanya bisa bercerita, setidaknya semoga engkau bisa merenung barang sedetik. Sekali lagi …, belajarlah dari hidupku!!! Dan tolong doakanlah aku semoga saja suatu saat nanti keberanian itu akan muncul dalam diriku, sehingga aku bisa kembali ke jalan-Nya yang benar.

Mudah-mudahan Allah mendengar doamu meski hanya seorang diantaranya. Tolong doakanlah aku barang semenit saja. Karena saat ini aku benar-benar merasakan ketidakberdayaan sebagai seorang wanita dan sebagai seorang manusia.

“Anakku, maafkan Ibu karena telah merusak fithrahmu, cepatlah besar untuk bisa menentukan sendiri jalan hidupmu.” Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda,

“Semua bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapaknyalah yang menjadikannya yahudi, nasrani, atau majusi.” (HR.Bukhari)

Dari seorang sahabat, Cahaya Bintang
Semoga Allah selalu menjagamu.
24 Juli 2005

sumber:

http://saungmahabbah.com/karena-cinta-aku-murtad/

Saturday, July 2, 2011

PENGAKUAN PEROGOL YANG MEROGOL ANAK SENDIRI

Artikel ini amat menarik. Kisah penyesalan seorang ayah yang telah merogol anaknya sendiri. Semoga kisah ini memberikan kita pengajaran kepada kita. sumbernya :

http://syahrilkadir.wordpress.com/2008/11/18/pengalaman-menemubual-banduan-sumbang-mahram-di-penjara-kajang/

AKU INTERVIEW BANDUAN SUMBANG MAHRAM NI SEKITAR TAHUN 2005 DI PENJARA KAJANG. SUSAH JUGA NAK PUJUK DIA BERCERITA. AYAT PUNYA AYAT, AKHIRNYA DIA BUKA JUGALAH MULUT DIA TU. HAMPIR SEJAM JUGALAH DIA MELUAHKAN APA YANG TERPENDAM DALAM HATINYA. DALAM TEMURAMAH ITU AKU LEBIH BANYAK MENDENGAR DAN MENCATIT DARIPADA BERTANYA…

Rebah, tewas – Digoda anak sendiri

Oleh SYAHRIL A. KADIR

Hati pakcik makin hari makin resah. Anak gadis sulung pakcik, Julie (bukan nama sebenar) sering pulang lewat ke rumah.

Dia juga sudah tidak berminat untuk belajar sehingga memaksa pakcik menghentikannya daripada sekolah.

Puas pakcik menegur dan memarahi anak pakcik itu tetapi ia berlalu bagaikan mencurah air di daun keladi, masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Lebih membimbangkan, apabila beberapa orang rakan sekerja pakcik memberitahu yang mereka pernah terserempak dengan Julie di salah sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang.

Menurut mereka, pakaian Julie ketika itu sangat seksi dan sedang berpelukan dengan lelaki bukan Melayu.

Walaupun jauh di sudut hati pakcik tidak mahu mempercayai kata rakan-rakannya itu, tetapi pakcik sedar sesuatu harus dilakukan, bak kata pepatah kalau tidak ada angin, mana mungkin pohon bergoyang.

Oleh kerana tidak mahu membuat tuduhan melulu, pakcik mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri pergerakan anak gadis pakcik itu.

Pakcik akhirnya akur. Sesuatu harus dibuat sebelum nasi menjadi bubur.

Suatu malam ketika sedang menonton televisyen di rumah bersama isteri, pakcik tercium bau wangi.

Ketika itu pakcik lihat Julie sudah siap bersolek dan berpakaian seolah-olah hendak pergi ‘party’.

Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya Julie mengaku hendak ke disko bersama teman lelakinya.

Apalagi mengamuk sakanlah pakcik!

Pakcik marah Julie semahu-mahunya.

Nasib baiklah isteri pakcik cepat meredakan suasana, kalau tidak sudah pasti pipi Julie melekat dengan penampar sulung pakcik.

“Sejak itulah agaknya dia mula sakit hati dan memasang dendam terhadap pakcik,” katanya pada aku yang menemubualnya di bilik rekod Penjara Kajang.

Menurutnya, selepas insiden itu perangai Julie tiba-tiba berubah menjadi baik dan tidak lagi berani keluar malam.

Sebagai bapa, katanya, siapa yang tidak gembira dengan perubahan itu.

Namun yang agak menghairankannya ialah Julie semakin manja dengannya.

Bahkan adakalanya Julie yang berumur 15 tahun itu tidak segan silu tidur di atas ribanya, mengurut kakinya dan pernah satu ketika membelai-belai rambutnya.

Pun begitu dia dan isterinya langsung tidak menaruh sebarang syak wasangka terhadap kelakuan anak mereka.

Sehinggalah pada suatu hari sewaktu dia tinggal berdua dengan anaknya itu di rumah mereka.

Ketika itu isterinya sudah keluar ke pejabat.

Tiba-tiba pakcik terdengar suara sayup-sayup memanggil namanya.

“Abah, masuk kejap dalam bilik,” kata Julie.

Pakcik yang tidak menyangka sebarang keburukan akan berlaku, terus ke bilik Julie.

Alangkah terperanjatnya pakcik sewaktu masuk ke dalam bilik tersebut, kerana anak perempuan pakcik itu hanya memakai coli dan seluar ketat getah berwarna hitam.

Belum sempat dia berkata apa-apa, tiba-tiba Julie merangkul tubuh dan mencium bibirnya dengan rakus.

Serentak dengan itu juga Julie melondehkan seluarnya dan berlakulah perbuatan terkutuk antara bapa dan anak kandung sendiri.

“Walaupun ia merupakan dosa besar tetapi iman pakcik ketika itu terlalu lemah, pakcik tewas dengan nafsu sendiri sehingga tidak mampu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.

“Yang menghairankan pakcik, sewaktu tengah `bersama’ tiba-tiba ada suara halus yang berbisik di telinga, ia seolah-olah memberitahu yang pakcik sudah jauh terpesong.

“Pakcik yang terkejut dengan suara itu terus menolak tubuh Julie dan menyarungkan semula pakaian pakcik. Dalam erti kata lain `kejadian’ itu berlaku tidak sampai tiga minit,” katanya.

Menurut pakcik, anak gadisnya ketika itu hanya ketawa manja melihat kelakuannya, malah sempat merengek agar `permainan’ yang terhenti itu disambung semula.

Dia bagaimanapun tidak menghiraukan pujukan Julie dan terus keluar dari rumah.

Semuanya berjalan seperti biasa selepas hari itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Bagaimanapun ketika dia pulang kerja pada suatu malam, isterinya tiba-tiba menangis sambil memberitahu yang Julie mengaku telah mengandung tiga bulan, dan menuduh dia sebagai orang yang bertanggung jawab ke atas perbuatan terkutuk itu.

“Akhirnya baru pakcik tahu yang Julie sebenarnya sudah memasang perangkap untuk mengenakan pakcik, setelah teman lelakinya bertindak meninggalkannya.

“Julie yang memang berdendam dengan pakcik merasakan inilah saat terbaik untuk membalas dendam kesumatnya itu.

“Pun begitu pakcik yang paling bersalah dalam hal ini, pakcik sepatutnya melindungi Julie ke jalan yang benar dan bukannya tewas dalam perangkapnya,” kata pakcik.

Setelah dihadapkan ke mahkamah, dia terus mengaku salah dan dikenakan penjara selama 10 tahun dan 12 sebatan.

Dia yang baru menjalani hukuman penjara selama dua tahun itu bagaimanapun kini sedang merayu kepada mahkamah agar hukuman sebat itu dikurangkan seminimum mungkin.

Ujarnya, dia mungkin tidak mampu menahan azab sebatan itu kerana usianya kini sudah mencecah 49 tahun.

Dia turut menasihatkan ibu bapa supaya meluangkan lebih masa dengan anak-anak dan pada masa yang sama jangan terlalu memberikan kebebasan kepada mereka.

“Pakcik terlalu menyesal dengan kejadian ini tetapi ia sudah tidak berguna lagi.

“Pakcik juga tidak tahu adakah dosa saya akan diampunkan kerana binatang sendiri pun tidak sanggup menodai anaknya sendiri.

“Kepada Julie, abah minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki di atas apa yang berlaku ini,” katanya.

Sebelum kami menamatkan perbualan penulis ada bertanyakan isterinya tetapi pakcik berkata: “Baru-baru ini dia ada menghantar surat untuk bercerai… pakcik belum memikirkannya tetapi pakcik tahu lambat laun pakcik terpaksa juga melepaskannya.”

Sumber : Artikel ini disiarkan dalam ruangan Agama, Utusan Malaysia pada 17 Mei 2005.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails