header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Tuesday, October 26, 2010

Aku Penagih Dadah Keranamu.



"Inilah keadaanku setelah ditinggalkan kau", kata Dali. Aku merenung wajahnya. Tiba2 aku terpandangkan lengannya yang penuh dengan bekas-bekas tusukan jarum. "Kau.....penagih?" soalku meminta kepastian. "Itu saja cara untukku melupakanmu". Katanya sambil menundukkan kepala. "Tapi, kenapa?" soalku. "Kenapa kau tinggalkan aku?" katanya seakan marah padaku. "Kerana dia, kau yang terlalu mempercayai kata-katanya." Dia mengeluh. Percintaan kami terputus kerana orang ketiga. Si dia yang cemburukan perhubungan kami, lalu fitnah di tabur agar kami saling membenci. "Seharusnya, kau tidak perlu percaya pada kata-katanya", kataku seakan menuduh dia. "Aku percaya padanya kerana dia sahabat karibku. Tak sangka dia begitu". Aku merengus. "Kembalilah padaku" pujuknya. "Sudah terlambat, aku tak mungkin kembali kepadamu. Lihatlah dirimu sekarang. Kau tunduk pada bisikan nafsu hingga kau menjadi penagih, kau tuduh aku puncanya?" kataku dengan nada marah. "Aku berjanji, aku akan tinggalkan benda2 haram itu. Kembalilah", pujuknya lagi. "Tidak, lupakah kau pada kemarahanmu sehingga kau menghina diriku suatu ketika dulu?" kataku sengaja membangkitkan kisah silam. "Aku khilaf, maafkan aku". "Lupakah kau kata-kataku yang tak akan menjengukmu lagi walaupun hanya untuk melihat mayatmu?". Kataku pada dia. "Aku ingat. Kenapa kau katakan itu padaku? Tariklah balik kata-katamu".Dia merayu lagi. "Kata2 itu sekadar membalas hinaan dan cacian kau padaku. Tak mengapa. Anggaplah episod cinta pertama kita sudah berakhir. Aku doakan kau akan mendapat pasangan yang lebih baik dariku. Bertaubatlah. Jangan kau tunduk pada nafsu itu lagi. Tinggalkan benda haram jadah itu" kataku sayu. "Ida, aku terima kesilapanku. Cuma pintaku, maafkan aku dunia dan akhirat. Doakan aku". Katanya mengakhiri pertemuan antara aku dan dia. "Aku juga". Aku mengangguk.

Nukilan
Shahidah Mansor (Bukan nama sebenar)
Kampung Pandan,
Johor Bharu

Sunday, October 10, 2010

Aku Pecahkan Zamrud RM1000

(Foto Zamrud bernilai Rm1000 akan di upload kemudian)
Kejujuran amat mudah dilafazkan, namun agak sukar di praktikkan apabila iainya pahit di telan. Begitulah yang kurasakan tatkala ditimpa musibah yang menguji kejujuranku sebagai penerima tempahan membuat cincin di salah sebuah kedai emas di daerahku.

Suatu petang, kedaiku dikunjungi seorang lelaki muda yang ingin membuat tempahan cincin suasa. Dia menunjukkan batu zamrud yang sederhana besarnya. Katanya, batu zamrud ini bernilai RM1000. Bolehkah aku menerimanya? Sangkaanku, pelanggan itu hanya bergurau. Mana mungkin batu sekecil itu berharga Rm1000? Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum kambing. Setelah mengambil keterangan butir-butir yang diperlukan, aku pun menghantar batu zamrud itu kepada tukang kedai emas itu untuk diikat dengan suasa.

Namun, setelah beberapa tahun, barulah tuan empunya batu zamrud itu menuntutnya. Namun atas masalah tertentu, empunya zamrud itu ingin mengambil batunya kembali. Aku terpaksa menyuruh tukang emasku membuka kembali batu di cincin itu. Entah bagaimana, batu itu retak dan kemudian pecah. Aku mula ketakutan. Aku pun tak tahu sama ada batu itu memang pecah semasa proses mengikat suasa ataupun pecah semasa kami membuka kembali batu itu. Akal jahatku mula merasuk jiwaku. Aku mula mencari batu yang seakan batu itu. Ah, nasib baik ada, cuma berat batunya tak sama. Bukankah lebih baik aku menukarnya daripada aku terpaksa menggantikan wang RM1000? Matilah aku jika batu yang pecah itu nilainya RM1000.

sementara menanti empunya batu zamrud itu datang, aku mula membuat kira-kira. Bagaimana jika empunya batu mengetahui bahawa batu yang akan kuberikan padanya itu bukan miliknya? Pelbagai persoalan bermain-main di benakku. Subhanallah.... Walaupun empunya batu itu tidak mengetahui, tapi Pencipta Batu zamrud itu Amat mengetahui. Akhirnya aku memutuskan untuk berkata benar walaupun pahit.

Selang beberapa jam, empunya batu itu datang untuk menuntut zamrud nya. Dengan nama Allah, nadaku sedikit menggigil, kutabahkan hati untuk berkata benar. Aku ceritakan keadaan sebenar dan akhir sekali aku meminta maaf. Pada mulanya, dia agak terkejut dan mukanya nampak merah menahan marah. Namun setelah diceritakan perkara ini berlaku tanpa disengajakan dan memberi jaminan akan membayar kembali nilai batu itu, barulah mukanya menguntumkan senyuman. Akhirnya, setelah perbincangan dan tawar menawar dilakukan, dia memintaku membayar separuh sahaja dari nilai batu itu sebenar. Aku mengucapkan kesyukuran. Tak mengapalah, biarlah aku rugi sedikit, tapi aku mampu menahan diriku dari menjadi seorang yang tidak jujur.

nukilan
Darwis Rahman
Kelantan

Wednesday, October 6, 2010

Perut Itu Penuh Arak



Hari ini aku pergi mengurut. Biasanya, aku akan ke rumah Pak Kassim, salah seorang tukang urut di daerahku. Ketika aku sampai, Pak kassim sedang mengurut pelanggannya. Aku menunggu di ruangan bersebelahan dengan bilik mengurut. Terdengar suara pelanggan Pak Kassim mengerang. Arrrgggg.... "Sabar ya" pujuk Pak Kassim sambil mengurut di bahagian perut. "Sebenarnya, perut suami anak ni agak keras. Biasanya minum air apa?" tanya Pak Kassim pada pelanggannya. Belum sempat si suami menjawab, si isteri yang menemani si suami mengurut mencelah. "Biasanya, saya sediakan air kopi atau teh untuk suami saya minum". Pak Kassim mengangguk-angguk. "Sebenarnya, kopi atau teh tidak bagus untuk di minum dalam kuantiti yang banyak. Banyakkan minum air putih, milo atau horlick." Nasihat pak Kassim.

Kemudian, dia menekan lagi di salah satu bahagian perut. Nampaknya, pelanggan Pak Kassim mengerang semakin kuat. "Kalau tak keberatan, boleh saya tau , selain air kopi dan teh, suami anak ni ada minum air apa lagi?" Duga Pak Kassim panasaran. Pada mulanya si isteri terdiam mendengar soalan itu, kemudian dia memberitahu juga akhirnya. "Sebetulnya, suami saya selalu bekerja di luar daerah. Untuk meraikan suami saya, teman-temannya selalu menghidangkan air setan kepadanya." Kata si isteri sambil tertunduk malu. "Astaghfirullah... Memang itulah yang terfikir di fikiran pakcik setelah melihat keadaan perut suami anak ini. Sesungguhnya... sepanjang saya menjadi tukang urut, saya sering bertemu dengan kes-kes seperti ini. kalau anak nak tahu, perut orang yang telah minum air itu memang berbeza dengan perut orang islam yang tak pernah meminum air arak. Air arak ini berbeza dengan air halal yang Allah jadikan. Air arak yang melalui perut kita ini, tidak dicernakan secara sempurna seperti air-air yang lain. Ia akan tertinggal di dalam perut kita. Yang tertinggal inilah yang akan menjadi penyakit dalam perut yang akhirnya bisa membawa kematian. Seperti arwah anak menantu saya, dia mati kerana arak. Itulah hikmah Tuhan mengharamkan Arak." Ujar Pak Kassim panjang lebar. Aku terkedu dengan penerangan Pak Kassim. Walaupun, perbualan itu di bilik sebelah, namun aku masih mampu mendengarnya dengan jelas. Subhanallah.. Hari ini aku telah mempelajari satu lagi ilmu yang aku tidak ketahui."Anak harus berhenti dari mengambil air setan itu lagi.Bertaubatlah..." Kata pak Kassim setelah mengurut pelanggan tersebut. Setelah pelanggan itu pulang, kini giliran aku pula yang diurut....


Nukilan
Azahari Omar
Johor Bahru

Friday, October 1, 2010

Bila Hati di sakiti



Bila hati di sakiti, terasa bagai hati disiat2. Aku wanita yg lemah. Tak terdaya melawan perasaanku sendiri. Aku cuba tahan hati agar jangan menangis. Semakinku tahan, terasa semakin sakit jiwa ini menanggung derita... Bila rasa cinta dikhianati, dunia ini bagai menghempap kepalaku. Bagaimana harus ku hadapi? Kemana harus ku pergi? Perlukah ku lepaskan dia pergi? Kerana dia menyayangi saudaraku sendiri......

Hati disakiti
Farisha Ahmad

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails