header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Saturday, December 13, 2014

Aku Suka Isteri Free Hair

"Kenapa kau pilih Damia? Aku tengok dia sosial. Tak bertudung". Adikku tersengih2. "Aku memang sukakan yang free hair. Cuba kau lihat rambutnya. Cantikkan? Tak suka yang tutup2 macam isteri abang tu. Ish...rimas", jawab adikku. Aku hanya terdiam. Memang kami adik beradik tapi cita rasa tak sama. Dia sukakan wanita yg ikut trend. Aku plak suka wanita kampung. Biarlah aku dikatakan kolot.

Itu cerita setahun yang lepas sebelum dia berkahwin dengan Damia. Hari ini dia dihadapanku. Memceritakan masalah rumah tangganya. "Abang, kenapa damia buat aku macam ni? Dia dah buang aku. Aku cuma tegur aje.. bila dia bertepuk tampar dengan lelaki lain. Terus di marahi aku. Katanya aku ni tak up to date. Sekarang kami dah berpisah bilik. Puas aku jelaskan padanya. Dia isteriku. Mana mungkin bertepuk tampar dengan lelaki lain", keluh adikku. Aku tenung mukanya. "Bukankah itu isteri yang kau bangga-banggakan. Up to date. Free hair. Sosial. Kau kena ingat. Kita ada ugama. Kenapa dibanggakan dengan adat barat", marahku. "Aku menyesal bang memilih isteri bukan kerana ugama. Sekarang aku dalam dilema. Dia ingin berpisah", katanya shahdu. Aku kaget.

Seperti diceritakan kepada freeda
Khairul Anwar

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails