header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Saturday, December 13, 2014

Aku Suka Isteri Free Hair

"Kenapa kau pilih Damia? Aku tengok dia sosial. Tak bertudung". Adikku tersengih2. "Aku memang sukakan yang free hair. Cuba kau lihat rambutnya. Cantikkan? Tak suka yang tutup2 macam isteri abang tu. Ish...rimas", jawab adikku. Aku hanya terdiam. Memang kami adik beradik tapi cita rasa tak sama. Dia sukakan wanita yg ikut trend. Aku plak suka wanita kampung. Biarlah aku dikatakan kolot.

Itu cerita setahun yang lepas sebelum dia berkahwin dengan Damia. Hari ini dia dihadapanku. Memceritakan masalah rumah tangganya. "Abang, kenapa damia buat aku macam ni? Dia dah buang aku. Aku cuma tegur aje.. bila dia bertepuk tampar dengan lelaki lain. Terus di marahi aku. Katanya aku ni tak up to date. Sekarang kami dah berpisah bilik. Puas aku jelaskan padanya. Dia isteriku. Mana mungkin bertepuk tampar dengan lelaki lain", keluh adikku. Aku tenung mukanya. "Bukankah itu isteri yang kau bangga-banggakan. Up to date. Free hair. Sosial. Kau kena ingat. Kita ada ugama. Kenapa dibanggakan dengan adat barat", marahku. "Aku menyesal bang memilih isteri bukan kerana ugama. Sekarang aku dalam dilema. Dia ingin berpisah", katanya shahdu. Aku kaget.

Seperti diceritakan kepada freeda
Khairul Anwar

Saturday, December 6, 2014

3 Kali Gugur Anak

Aku merenung kawan sepejabatku. Mukanya sugul dan pucat. "Kenapa kau amik cuti panjang bulan lepas?". Soalku... Mira menjeling ke arah ku. "Aku balik kampung la", jawabnya acuh tak acuh. "Jangan tipu aku. Dari anak mata kau, aku tau kau sedang berbohong". Seraya dia datang memelukku. Aku membalas pelukannya dengan erat. Mira sudah kuanggap seperti saudara kandungku sendiri. "Aku baru sahaja menggugurkan kandungan aku", jawabnya sambil menangis teresak2. Aku terperanjat. "Kenapa mesti kau gugurkan kandungan kau? Bukankah itu rezeki pemberian Allah", kataku seakan marah padanya... "Aku tak terdaya. Anak aku yg ada sudah 3 orang. Semua aku yang tanggung keperluan mereka. Duit belanja dapur, belanja ke sekolah, sewa rumah, kereta ke pejabat, semuanya aku yang tanggung". Dia cuba menerangkan padaku sambil melepaskan pelukannya."Suami kau?", soalku meminta kepastian. "Ah!! Dia jantan tak guna. Pemalas. Kerjanya hanya keluar bersama kawan-kawannya, memancing dan membuntingkan aku. Ini sudah kali ketiga aku menggugurkan kandunganku". Astaga... istighfarku di dalam hati. "Mira, kalau kau tak mau mengandung, kau rancang la.. makan pil ke.. iud ke... jangan sampai kau mengandung kemudian barulah nak gugurkan... berdosa", pujukku. Dia hanya terdiam. "Susahkan hidup ini kan Mas. Dan hidup aku malang dapat lelaki macam tu.. aku bertahan hingga hari ini demi anak-anak ... ". Aku mula sebak.. aku peluk Mira... "Bersabar lah sayang".....

Seperti yang diceritakan kawan freeda
Masliana

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails