header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup. coretan-coretan ini dapat dikirim ke email najwainsyirah@gmail.com.

Followers

Sunday, November 9, 2014

Jin Itu Mengejarku



video
Sudah seminggu rasa hati ini tak keruan. Apa yg aku lakukan semua serba tak kena. Resah. Gelisah. Cepat marah dan cepat melenting. Jualan dagangan ku pula tak seberapa laku minggu ni. Sales pula jatuh gila-gila.Em..entah la... mungkin rezeki ku bulan ini agak tipis. Hari ini aku cuti. Sedang aku melayari internet, aku terbuka video ni. Mula-mula hati rasa berdebar, kemudian rasa nak pitam dan akhirnya aku muntah membuak-buak. Aku biarkan video tu running sampai habis. Bila video tu habis, barulah aku pun habis muntah. Lepas tu, aku segera menghubungi ustaz yang merawatku dulu. Katanya terdapat gangguan. Tapi aku pelik kali ini aku tak dapat mimpi terlebih dahulu seperti selalu. Yang lepas, aku akan bermimpi tentang ular. Ular hitam dan kuning mengejarku. Kali ini aku langsung tak mengalami mimpi seperti sebelumnya. Nasihatnya lagi, tingkatkan amalan. Dengarkan ayat ruqiyyah setiap hari. Jangan la berfikir siapa penghantarnya. Anggapla ini ujian Allah untukku. Aduh... kalo dah jadi macamni, macammana la aku nak positifkan diri. Memang aku akui, aku bukanlah seorang yang baik. Setakat ni dah tiga orang aku bergaduh...teringat kata ibuku "freeda, buatlah baik dengan orang sekalipun mereka mengkhianatimu". Insya allah... aku cuba jadik budak baik. Kurangkan sifat kaki gadoh ku Itu. Cuba istiqamah membaca al-qur'an satu juz sehari. Solat di awal waktu. Doakan aku...

Freeda
9 nov 2014
READ MORE
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, October 16, 2014

Kasihan Isteri Penjenayah Itu..

 
Aku menghirup teh tarik dan mencubit sedikit roti canai dihadapanku. Seketika mata ini terpaku pada makcikku Cik Adah bersama temannya. Temannya menggendong anak kecil. Setelah bersalaman, aku mempelawa mereka duduk bersamaku. "Ibu ayah mu sihat, Freeda?". Tanya makcikku... "Alhamdulillah.... Cik dari mana ni?" Soal ku berbasa basi... "Dari melawat teman cik ni, baru lepas bersalin... ". Aku mengangguk kecil. Kemudian.. teman makcikku ke tandas. Anak kecil itu diberikan kepada makcikku untuk digendongnya... "Ini kan bininya Abang Boy?". Soalku seakan aku mengenali temannya makcikku itu.. "Yela, takkan Freeda tak kenal lagi?". Kata makcikku. "Mana suaminya?", tanyaku seakan menyibuk pulak.... "Tula.. Freeda. Laki dia memang tak guna. Tak bertanggungjawab. Mati lagi bagus". Amboi, marah benar makcik ku ini. "Kau tahu, laki dia baru je kena tahan reman sebab disyaki kes pecah rumah. Bininya baru je habis pantang ni. Kesian, kadang-kadang tak de duit beli makanan. Freeda fikir la, anak dah tiga orang. Teruk betul laki dia tu. Tahun ni je dah brapa kali klua masuk lokap". Aku ternganga. La... Kesiannya. "Kenapa bini dia tak mintak cerai?". Soal ku bila aku rasa perlu bininya dilepaskan. "Entahla Freeda, Cik dah cakap brapa kali. Kalo tak tahan mintak lepas je.. Dia bukannya tak lawa, masih bergetah lagi. Ramai yg nak kat dia. Daripada dia duk setia ngan suami penjenayah tu". Cebik makcikku. "Dia yang tak nak.. Sayang betul dengan suaminya. Katanya suaminya lah yang terbaik. Dia tak kisah kalo suaminya masuk lokap, dia sanggup tunggu. Aku rasa dia ni dah gila la..". Aku terperanjat. Sampai macam tu sekali sayangnya pada suaminya. Aku terdiam je la.. Tak boleh nak cakap apa. Seketika, teman makcikku kembali dari tandas. Aku merenung teman makcik ku itu. Memang benar, dia masih lawa. Pinggang ramping lagi walaupun sudah beranak tiga. Aduhai..manusia..manusia....

READ MORE
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 12, 2014

Aku Izinkan Suami Kahwin



Aku menatap wajah sahabatku. Air oren di hadapannya di hirup tenang. Aku yang gundah gulana. "Kau gila Fiza. Nape kau izinkan suami kau kahwin lagi? Aku tak faham la dengan kau ni..". Marah ku. Dia pandang wajahku. "Aku harus bagaimana lagi, Freeda. Dia sayang sayang sangat gadis itu. Dibelikan hadiah. Dikirimkna wang". Aku ketap bibir. "Iyer.. aku tahu.. yang aku tak setuju.. kan gadis tu tolak suami kau... kau pegi pujuk budak tu buat apa? pujuk suruh kawini suami kau. Kau gila? " Marahku. Dia tersenyum. Entah senyum ikhlas atau tidak. "Aku kesian pada suamiku. Salahkah aku pujuk gadis itu untuk kahwini suamiku? Aku cuma inginkan dia bahagia... ". Aduh... macamana nak terangkan. "Fiza, aku bersyukur gadis itu tolak suami kau. Kau juga sepatutnya bersyukur dan berterima kasih dengannya. Tapi kau lagi pergi pujuk dia. Aku tak faham la...". Aku lagi pening. "Biarlah.. Aku sanggup menderita, asalkan suamiku bahagia", katanya sambil berlalu pergi... Aku terkaku... Inilah realiti kehidupan.
READ MORE
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, June 11, 2014

Aku Kembali...

Aku Kembali Setelah beberapa tahun aku tidak menjenguk blog ini, Hari ini aku kembali. Aku seakan merajuk bila perompak itu masuk ke rumah ku lalu merampas laptop yang aku anggap nadi hidupku.... Alhamdulillah... Masih bernafas, terima kasih Ya Allah... memberi keizinan lagi untuk aku berdakwah lewat tinta ini... Terima kasih juga kepada pengunjung yang tak putus-putus kunjung ke blog yang tak berpenghuni ini.... Ikhlasku.. Freeda jiwaLara..
READ MORE
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 22, 2011

Dia campur arak dalam masakannya ; Buangkan saja lauk pemberiannya...



Pintu rumahku diketuk. Siti tercegat sambil memegang pinggan yang berisi lauk ayam masak kicap. Aku tersenyum. "Kak, ni ada sikit lauk untuk akak", katanya sopan. "Terima kasih, buat susah-susah je" jawabku ikhlas. Kemudian pinggan lauk itu bertukar tangan. Aku membalas balik dengan buah limau. Kemudian siti beredar.

Kemudian, sekali lagi pintu rumahku di ketuk. Rupanya Jenab yang datang. Dia tergesa2 masuk ke rumahku sambil menutup kembali daun pintu. Aku kehairanan. "Dibah, Siti bagi apa kat kau?" aku terkejut dengan soalannya. "Lauk ayam masak kicap.Salahkah? Atau Siti tak bagi pada kau...hehhehe", kataku mengusiknya. "Ish, kau ni. Aku kesini nak bagitau kau, si Siti tu kalau masak, dia akan tambahkan arak dalam masakannya.." Aku terkejut. "Arak???" mataku terbeliak."Iya...arak. Dulu dia pernah bekerja jadi maid dengan orang cina. Majikannya suruh masak campur ngan arak. Daging babi pun dia makan tau dulu...." Aku lagi terkejut dengar cerita Jenap sebentar tadi. "Mana kau tahu... mungkin dia dah bertaubat." Kataku untuk berbaik sangka pada Siti. "Taubat apanya. Aku duduk belakang rumah dia. Aku selalu nampak dia campur arak dalam masakannya. Bila aku tanya dia, dia mengaku. Dia kata dah terbiasa dari semenjak dia kerja di rumah majikan cinanya dahulu". Aku mengucap panjang..... Aku memang tak berapa kenal dengan Siti ni. Maklum la aku ni orang baru di sini.

"Lagi satu,baru2 ni dia ada buat jamuan akikah untuk anaknya. Kau tahu semua org kampung tak mahu datang ke jamuannya. Yang datang hanya orang masjid 10 orang dan 5 orang sedaranya saja.... ". Aku semakin keliru. "Kenapa?" Tanyaku panasaran. "Hai, ko tak tahu ke, Siti tu kejenya GRO kat kelab malam, lakinya tu pulak penagih. Dari mana dia dapat duit buat jamuan akikah tu? Kalau bukan dari duit GRO??" Sekali lagi aku mengucap panjang.... "Benarkah??" Iyalah.. Takkan aku nak tipu kau....Erm, ok la aku nak balik ni. Terpulang la pada kau nak makan ke tidak masakan ayam masak kicap Siti tu. Aku balik dulu. " Kemudian Jenap tergesa2 balik..... Aku kembali ke ruang dapur . Ku renung ayam masak kicap pemberian si Siti sebentar tadi. Ku belek2 masakan tersebut. Akhirnya, aku ambil jalan selamat. Aku buang saja masakan si Siti tu.
READ MORE
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails