header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Monday, May 24, 2010

Pencuri Itu Datang Kembali




Kisah ini terjadi kira-kira lima tahun yang lalu. Ketika itu aku membuka sebuah kedai pakaian siap. Suatu petang, kedaiku dikunjungi seorang gadis. Gadis itu begitu cerewet. Dia mencuba bajuku hampir dua puluh helai. Aku benar-benar letih melayannya. Kemudian dia meminta aku mengambil baju yang tergantung di hadapan. Aku terpaksa mengikut kehendaknya, ini kerana aku perlu menjaga hati customer. Setelah mencuba baju yang terakhir, akhirnya dia memutuskan untuk tidak membeli sebarang pakaian dari kedaiku. Ummp...penatnya. Em, mungkin bukan rezeki ku lagi. Aku ke meja kaunter untuk mengambil kunci kereta. Tiba-tiba, mataku terbeliak. Duit lapan ribu yang kuletakkan di dalam laci sudah tiada. Aku mencari di laci yang lain pula. Tiada. Aku membongkah seluruh kedaiku. Mustahil ! Bagaimana duit yang baru ku simpan itu hilang dengan tiba-tiba? Tiba-tiba aku teringatkan pelanggan tadi. Mungkin pelanggan tadi sudah mencuri wang itu. Aku keluar meninjau-ninjau customer tadi. Aku berdoa semoga dia belum jauh dari kedaiku. Tapi hampa. Aku menangis.

Aku memberitahu perkara ini pada suamiku. Dia nampak terkejut. Dia menanyakan watak customer itu. Kukatakan orangnya hitam manis, agak rendah dan usianya dalam lingkungan awal dua puluhan. Dia mencari gadis itu di bandar kami. Akhirnya dia kembali dengan wajah muram. Sudahla...mungkin bukan rezeki kita. Pujuknya.

Sejak peristiwa itu, dia bayak bermunajat pada Tuhan. Hampir setiap malam dia membaca surah Yassin. Suatu petang, aku lihat gadis itu berlegar-legar di hadapan kedai ku. Aku lantas memberiahu suamiku. Setelah pasti dialah orangnya yang mengambil wangku, kami terus menahannya. Pada mulanya, dia cuba melarikan diri. Tapi, dengan pertolongan jiran-jiran, gadis itu tertangkap juga. Gadis itu di bawa ke balai polis.

Di balai polis, dia disoal siasat. Akhirnya dia mengaku dialah yang mengambil wangku. Polis itu bertanya lagi, "setelah awak mengambil wang itu, kenapa awak datang semula ke kedai itu?", dia diam. kemudia dia menjawab "saya pun tak tahu, kenapa hati saya meronta-ronta ke kedai itu semula". Semua orang kaget mendengar jawapannya. Katanya, dia telah menggunakan wangku untuk bercuti bersama-sama temannya. Katanya lagi dia baru sahaja bernikah 3 bulan dengan seorang yang berjawatan tinggi. Dia melakukan perbuatan mencuri adalah kerana hobi. Dia sudah terbiasa dengan mencuri. Sehari tidak dapat mencuri, hatinya tidak tenang. Walaupun hakikatnya dia boleh memperoleh barang tersebut dengan membeli. Dia juga sudah melakukan perbuatan mencuri ini beberapa kali termasuklah di kedai emas, pasaraya dan kedai serbaneka.MasyaAllah.

Kemudian polis menghubungi suaminya. Kemudian suaminya hadir untuk membantu siasatan polis. Suaminya amat terkejut atas penahanannya. Dia menawarkan kami untuk selesai diluar balai polis. Namun suamiku tidak bersetuju. Tujuan kami adalah untuk memberi pengajaran kepada isterinya supaya tiada lagi yang jadi mangsa isterinya.

Walaupun kejadian ini telah 5 tahun berlalu, namun ia masih segar diingatanku. Semoga gadis itu telah insaf dan menjadi muslimah yang sejati. amin...

Nukilan Seri Hussin
Marang

Sunday, May 23, 2010

Utusan Seorang Sahabat



Ucapan di bawah merupakan utusan surat dari seorang sahabat pena kepada sahabatnya. Renungkanlah...

Salam
16-04-2000

Ke minda saudari muslimah yang masih memikir-mikir bilakah akan dapat menatapi warkah nan secebis ini. Ha.. ini dia sudah sampai, bersama doa dan harapan agar hidupmu diberkati selalu. Saudara disini, alhamdulillah, telah pun menyambut hari asyura' dengan seadanya.

Akal manusia dibahagi tiga. Pertamanya, akal yang memikir tentang dunia semata-mata, melebihkan harta daripada ibadat, maka akal ini akal yang paling rendah. Keduanya, akal yang memikir tentang akhirat, melebihkan ibadah daripada harta, tahu akan dirinya akan mati dan bersiap untuk menghadapinya, maka akal ini akal yang sederhana. Akal yang paling tinggi dan mulia ialah akal yang ketiga iaitulah akal yang memikir tentang Tuhan dan tahu akan dia hanya hamba dan mengabdikan seluruh hidupnya kepada Tuhannya. Bukan berfikir tentang zat Tuhan, tetapi berfikir tentang kebesaran dan keesaan tuhan yang menjadikan dan mentadbirkan sekelian alam.

Bagaimana alam yang begitu kompleks dan halus ciptaannya lagi seni dan indah kejadiannya? Tentu, bila kita bertanya kepada mereka, siapakah kamu? Jawabnya kami ini ciptaan Allah. Kami tidak menciptakan diri kami sendiri. Kami berserah kepada Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Berkuasa. Benarlah akan kata-kata "andaikata segala sesuatu itu boleh berbicara denganmu, nescaya mereka akan menyerumu kepada Tuhanmu". tidakkah begitu? Betu? Betullah tu....

Saya suka berfikir tentang alam, falsafah alam, manusia dan kerenahnya, Tuhan dan segala ciptaanNya, mencari jalan kebaikan yang berpanjangan dan seterusnya menutup pintu-pintu maksiat kepadaNya, seboleh-bolehnya.

Saya juga suka membaca Al-qur'an dan mencari hikmah dan maani di sebalik ayat-ayatnya yang suci itu. Menghafal hadis dan mendalami sirah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Membaca HARAKAH adalah minat saya. Selain daripada itu semua saya tak baca dan tidak berminat untuk membaca.

Pada firasatku, anda bakal menjadi seorang pendidik. Oleh itu, didiklah anak buahmu agar mereka mencintai Allah, Rasulullah dan Ulama' Pewaris Nabi. Ajarilah mereka dengan panduan Al-Qur'an dan siramilah mereka dengan cahaya hadis nabi akhir zaman. Semoga kita sama-sama mendapat berkat hidup dan bahagia di Syurga nanti...

sekianlah dahulu buat kali ini.
Permisi.


dari sahabat penamu kepada saudari muslimah Siti Aqilah
April 2000

Thursday, May 20, 2010

Ku Racun Saudaraku Kerana Harta Itu




Ayah masih menatap wajah abang. Abang menangis. Nampaknya abang tidak bersetuju menerima usul ayah. Hatiku bertambah sakit. Gilakah ayah. Ayah tidak adil membahagikan hartanya. Kata ayah, ayah memberikan harta warisan yang lebih kepada abang kerana abang yang akan menjagaku. Ahh... satu alasan yang aku tak boleh terima.

Setelah sebulan peristiwa itu, ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ayah menderita sakit tua. Setelah semua urusan pengkebumian selesai, kami membahagi-bahagikan harta warisan yang ayah tinggalkan. Seperti yang diduga, aku hanya mendapat sepertiga daripada harta ayah. Selebihnya, harta tersebut menjadi milik abangku. Aku merasakan wasiat ayah itu sungguh tidak adil. Semenjak itu aku menjadi seorang pendendam. Aku mula benci kepada abangku sendiri.

Apabila perasaan benci mula berkumpul, lahirlah perasaan dendam. Tekadku, aku akan membalas segala rasa sakit hatiku ini. Aku pergi menemui Pak Hamid, seorang dukun di kampung sebelah. Setelah menceritakan apa yang terjadi, Pak Hamid bersedia menolongku. Dia akan menunaikan apa saja permintaanku. Aku mula terfikir-fikir. Apa yang perlu aku lakukan terhadap abangku? Setelah berfikir, aku memutuskan agar abangku tidak boleh makan. Kemudian, dia menanyakan penawarnya. Adakah aku mahu membuang penawarnya ke dalam laut atau tanam ke dalam tanah saja? Menurutnya, jika menanam penawar itu, abangku bisa sembuh tapi sekiranya penawar itu dibuang ke laut, abangku akan menderita selama-lamanya. aku memilih penawar dibuang ke dalam laut. Baru puas hatiku. Setelah beurusan dengan Pak Hamid, aku segera ke rumah abangku.

Setibanya di sana, aku disambut baik oleh abangku. Mungkin aku mahu memulihkan hubungan kami,fikirnya. Dia menjamuku dengan makan malam. Tanpa disedari, aku telah berjaya memasukkan serbuk yang diberikan oleh Pak Hamid sebentar tadi ke dalam hidangan abangku. Malam itu kami benar-benar menikmati hidangan makan malam dengan penuh senda gurau. Sebentar lagi, abang akan rasakan pembalasannya. Ini adalah makan malamnya yang terakhir. Aku ketawa di dalam hati.

Setelah beberapa hari kejadian itu berlaku, kakak iparku menelefonku memberitahu keadaan abangku yang tidak boleh membuka mulutnya. Menurut kakak iparku, sudah dua hari juga abangku tidak menjamah makanan kecuali minum minuman melalui straw. Aku berpura-pura terkejut. Tetapi hakikatnya, aku bersa sangat gembira kerana usahaku berhasil. Kakak iparku memintaku menemaninya membawa abang ke hospital. Aku menurut saja.

Di hospital,doktor tidak berjaya menemukan sebarang penyakit abang. Kata doktor, abang cuma stress berikutan kematian ayah. Itu yang menyebabkan dia tak mahu makan. Kemudian abang dibawa pulang. Kakak iparku membuatkan bubur dan membiarkan abang menyedut bubur cair itu dari straw. Itulah saja yang membolehkan abang meneruskan hidupnya. Abang juga tidak boleh berbicara. Dia seolah-olah seperti orang yang kebingungan.

Kemudian, kakak iparku membawa abang berubat secara tradisional pula. Tetapi tiada seorang pun pakar pengubat tradisional yang boleh mengubati abang. Kata mereka, abang disihir. Dari sehari ke sehari, keadaan abang semakin lemah. Badannya semakin kurus dan tak bermaya. Kulitnya pula penuh dengan kudis dan nanah. Sudah beribu wang yang dibelanjakan untuk mengubat abang.

Aku menjadi sedih melihat keadaan abangku. Seribu penyesalan mula menerpaku. Setitis airmata mengalir di pipiku. Aku melutut di kaki abangku sambil diperhatikan kakak iparku. Aku memohon kemaafan darinya. Aku mengaku segala kesalahanku. Aku tewas dengan bisikan hatiku. Aku terlalu mementingkan diri dan ego dengan keputusanku. Kakak iparku benar-benar terkejut. Dia tidak menyangka bahawa selama ini , akulah yang menjadi penyebabnya. Dia menangis. Aku berjanji akan mencari penawar penyakit abangku.

Keesokannya, aku membawa abangku menemui Pak Hamid. Katanya, aku telah membuang penawarnya ke dalam laut. Maka , tiada penawar untuk penyakit abangku.
Aku meraung. Kenapa aku begitu bodoh menurut kata hatiku ketika itu tanpa memikirkan nasib abangku??? Aku menangis sepuasnya meratap nasib abangku....

Semakin hari, keadaan abang semakin parah. Sehinggalah suatu ketika, apabila jasadnya tidak mampu lagi bertahan, dia kembali menghadap Tuhan. Akulah orang yang paling sedih sekali. Sehingga hari ini, aku masih lagi menangisi nasib abangku. Aku rasa amat berdosa. Aku tidak akan memaafkan diriku ini. Oh abang! Ampuni adikmu ini.


Seperti yang diceritakan
seseorang
pengalaman teman-temannya

Wednesday, May 19, 2010

Tidur di atas Periuk Api



ng meletus di Kemboja. Ketika Pol Pot cuba menakluk Kemboja, ramai orang islam di tindas. Alim Ulama di bunuh dengan kejam. Masjid dijadikan kandang babi. Orang Islam di paksa makan babi. Anak-anak dipisahkan dari ibunya. Para Isteri pula dipisahkan dari suaminya. Mereka dipaksa bekerja di ladang dan sawah. Sesiapa yang sakit, akan dibunuh atau dibuangkan ke dalam satu lubang. Kadang-kadang, mereka akan menghimpunkan orang yang mempunyai masalah seperti mereka yang sakit, degil dan berilmu untuk dilakukan pembunuhan beramai-ramai. Mereka akan ditembak atau diseksa terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Setelah vietnam masuk campur, keadaan negara Kemboja bertambah kacau bilau. Ramai tahanan yang berjaya melarikan diri. Aku, dan beberapa saudara yang lain juga berjaya melarikan diri. Tujuan kami hanya satu, kami ingin pergi ke arah selatan (Malaysia). Ustaz Ali(bukan nama sebenar) antara ulama yang terselamat, mengetuai kumpulan kami. Ketika itu, aku mengandungkan anakku, cuba menggagahkan diri mengikuti kumpulan itu. Kami terpaksa berlapar dan menahan dahaga. Sepanjang perjalanan itu, kami hanya memakan daun kayu hutan dan meminum air yang bertakung di tempurung kelapa yang bersepah di sepanjang perjalanan itu. Sehingga aku pernah meminum air yang bercampur dengan arang dan debu untuk tujuan meneruskan hidupku.

Disana- sini kedengaran bunyi periuk api meletup. Serta merta kedengaran orang menjerit akibat terkena periuk api itu. Ada yang kehilangan tangan, kaki bahkan nyawa. Kami semakin ketakutan. Namun kami meneruskan juga perjalanan itu. Ketika sampai di suatu tempat, Ustaz Ali membentangkan tikar buruk yang kami bawa, kemudian dia membacakan sepotong ayat dari surah Al-Quran. Kemudian, dia menyuruh kami bermalam di situ. Setelah Azan subuh berkumandang, dia mengejutkan kami. Dia mengarahkan kami agar beredar segera. Setelah berjalan agak jauh, tiba-tiba kedengaran periuk api meletup dari arah tempat tidur kami semalam. Rupa-rupanya, kami semua tidur di atas periuk api. Semua orang memanjatkan kesyukuran kerana selamat dari malapetaka itu.

Walaupun peristiwa ini telah lama berlaku tapi, ia benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam hatiku. Aku semakin yakin pada kuasaNya. Tiada pertolongan yang lebih hebat selain dari pertolonganNYa.Amin..

Seperti yang diceritakan kepada penulis
Oleh seseorang warga kemboja

Monday, May 17, 2010

Ayahku Muallaf


(Sekadar gambar hiasan)


Namaku Dina. Ibuku melayu Pahang dan ayahku cina tetapi memeluk islam sebelum mengahwini ibuku. Aku mempunyai tiga orang adik beradik lelaki. Setelah ayah mengambil keputusan mengahwini ibuku, keluarga ayah terus membuangnya.Atuk menarik kembali kemudahan yang diberikannya iaitu wang, kad kredit, kereta dan segalanya.

Pada mulanya ayah terima semuanya dengan sabar. Ini kerana demi membuktikan cintanya kapada ibuku. Kemudian, setelah adikku yang ketiga lahir, ayah mula tertekan. Dia kehilangan pekerjaannya. Dia mula menyalahkan ibu. Semenjak itu ayah dan ibu sering bertengkar.Ayah pula sering mabuk-mabuk. Apabila ibu menegur, dia akan memukul ibu. Kamilah adik beradik yang akan merayu pada ayah supaya menghentikan pukulan yang bertubi-tubi itu. Ayah mula meninggalkan laranganNya. Dia mula berjinak-jinak dengan pembelian nombor ekor. Dari segi pendidikan, dia melarang kami pergi mengaji. Cuma kadang-kadang ibu curi-curi mengajar kami mengaji. Tetapi, apabila ayah tahu ibu mengajar kami mengaji, teruk ibu dipukulnya. Sejak itu ibu tidak mengajar kami lagi. Sehingga kini kami adik beradik tidak pandai mengaji.

Apabila tiba bulan puasa, ayah memaksa ibu masak makanan tengah hari untuknya. Ayah juga melarang kami berpuasa, jika ayah tahu kami berpuasa, ayah akan menunggu kami berbuka puasa. Apabila tiba waktu berbuka, dia akan menghempaskan pinggan mangkuk yang mengandungi makanan berbuka kami. Oleh kerana takut, ibu akan membawa kami adik beradik lari jauh dari ayah. Kami akan menumpang di rumah jiran-jiran sementara menunggu kemarahan ayah reda. Masih kuingat,ketika ayah memukul ibu, ibu lantas menarikku yang ketika itu masih mandi(berusia tujuh tahun). Dengan hanya memakai tuala, aku melarikan diri bersama ibu. Ibu Takut ayah akan memukulku pula.

Kini, aku telah meningkat dewasa. Ayahku masih seperti dulu. Dia sering menyalahkan takdir. Ibu juga masih seperti dulu, sabar dengan kerenah ayah. Aku pula masih tercari-cari sinar dalam hidup. Aku ingin mengenali Islam dengan lebih dekat. Semoga suatu hari nanti, masih ada yang sudi membantuku untuk mengenal Islam dengan lebih sempurna. Agar aku dapat mengajarnya pada ayah dan ibuku....

Nukilan Dina Aziz
Pahang

Monday, May 10, 2010

Tersalah Niat


Mak Senah adalah seorang pekerja yang baik. Tahun ini, Mak senah berhenti bekerja. Mak Senah akan mendapat uang KWSP sebayak rm15 ribu. Sudah lama Mak senah memasang niat akan ke Tanah Suci setelah mendapat uang tersebut.

Suatu sore, tetangga Mak Senah yaitu Mak Hitam datang bertandang. Dia menunjukkan perhiasan yang baru dibelinya. Setelah melihat, barang kemas milik Mak Hitam, Mak Senah mulai memasang angan-angan ingin memiliki perhiasan seperti Mak Hitam. Keesokannya, Mak Senah ke kota untuk mengeluarkan duit KWSP dan membeli perhiasan yang bernilai hampir sepuluh ribu. Mak Senah seakan-akan lupa niat asal Mak Senah yang ingin ke Tanah suci setelah mendapat uang KWSP itu. Setelah mendapatkan barang kemas itu, Mak senah Ke rumah Mak Hitam dengan tujuan untuk menayangkan perhiasan yang baru dibelinya.

Suatu sore, ketika Mak Senah sedang menunggu bus untuk pulang ke rumah, Mak Senah disapa oleh seorang gadis. Gadis itu terus mengulurkan salam. Salam disambut. Mak Senah hilang kata-kata. Mak Senah seakan dipukau. Gadis itu meminta semua perhiasan yang di pakai oleh Mak senah pada hari itu. Mak Senah menyerahkan semua perhiasan yang dipakainya. Kemudian gadis itu pun beredar.Tinggallah Mak Senah seorang diri terpinga-pinga. Ketika azan asar berkemundang dari sebuah surau dekat, Mak Senah tersadar. Dia meraba-raba tubuhnya. Mencari-cari rantai leher, rantai tangan dan gelang yang dipakainya sebentar tadi. Semuanya tiada. Dia tidak dapat mengigati apa-apa. Cuma yang diingatnya, ada seorang gadis menyapanya. Serta merta Mak Senah meraung di perhentian bus. Dia menyesal karena tidak menunaikan niat asalnya.
sampai sekarang, Mak Senah masih kelihatan bingung. Orang kampung kata, Mak senah sudah tidak siuman lagi. kejadian tersebut benar-benar mengganggu mentalnya ... amin.

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails