header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Wednesday, June 30, 2010

Baby daun Pisang



RAWANG: Malang sungguh nasib seorang bayi lelaki yang baru beberapa jam dilahirkan apabila ditinggalkan dalam keadaan bogel dengan hanya beralaskan daun pisang oleh ibu kandungnya sendiri di belakang sebuah rumah di Jalan Mawar 6, Taman Mawar, Rawang di sini, pagi semalam.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan remaja berusia 18 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kain di bandar ini bagaimanapun menjerat dirinya sendiri apabila dia ditahan polis selepas seorang penduduk membuat laporan mengenai penemuan bayi berkenaan yang masih bertali pusat sejam selepas bayi itu ditinggalkan di belakang rumahnya, kira-kira jam 10 pagi.

Ketika ditahan, remaja berkenaan berada dalam keadaan lemah dan letih dipercayai kerana baru melahirkan anak dalam sebuah bilik di rumah ibu saudaranya di kawasan sama.

Difahamkan, remaja terbabit menumpang di rumah ibu saudaranya di sini selepas dia didapati mengandung hasil hubungan seks dengan teman lelakinya yang dikenali sejak Oktober tahun lalu dan sepanjang perkenalan itu, mereka dikatakan sudah dua kali melakukan persetubuhan haram.

Bagaimanapun, sejurus mengetahui remaja itu mengandung, teman lelakinya yang selama ini dikatakan hanya mengambil kesempatan selepas menabur janji dan ungkapan cinta, menghilangkan diri.

Difahamkan, teman lelakinya enggan bertanggungjawab menyebabkan kehidupan remaja terbabit terumbang-ambing sebelum dia mengambil keputusan menumpang di rumah ibu saudaranya.

Remaja dari Taman Puchong Permai, Puchong, dekat sini itu terpaksa menumpang di rumah ibu saudaranya untuk mengelak jiran mengetahui dia mengandung.

Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui seorang penduduk selepas dia mendengar tangisan ketika melalui kawasan berkenaan, sebelum memaklumkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan laporan itu, anggota Unit Peronda Polis (MPV) Rawang bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati bayi terbabit masih hidup dan cukup sifat.

“Hasil siasatan dan beberapa maklumat yang diperoleh, polis menahan seorang remaja berusia 18 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi terbabit kira-kira jam 11 pagi.

“Suspek ditahan di rumah ibu saudaranya yang berusia 40-an,” katanya.
Menurutnya, ketika ditemui bayi malang itu dalam keadaan sihat dan tidak ada kesan lebam atau luka di badannya kecuali hanya sedikit kesan gigitan serangga.

“Kami percaya bayi itu hasil hubungan terlarang suspek bersama teman lelakinya yang dilahirkan di rumah saudaranya itu dan polis tidak menolak kemungkinan ada individu lain membantu membuang bayi terbabit.

“Polis akan mengambil keterangan ibu saudara suspek yang berkemungkinan besar bersubahat dalam kes pembuangan bayi itu dan gerakan mengesan teman lelakinya dijalankan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, manakala bayi dan suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan berikutan bimbang terdapat kecederaan dalaman pada bayi terbabit.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan remaja terbabit kurang bergaul dengan penduduk di kawasan itu dan beberapa jiran memaklumkan mereka pernah ternampak suspek, namun tidak mengetahui yang dia mengandung hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya.

SUMBER
Harian Metro 3-6-2010
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buangatasdaunpisang/Article

Bayi Tong Sampah



SEREMBAN: “Pilunya hati saya apabila melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar,” kata Maideen Machapu, 42, pemandu lori syarikat kontraktor pemungut sampah yang menemui seorang bayi lelaki, semalam.
Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat.

Bayi malang berpakaian lengkap itu dikatakan hampir terjatuh sebelum diangkat beberapa jiran berdekatan yang turut tersentak menyaksikan kejadian terbabit.
Maideen berkata, dia berada dalam lori dan terkejut apabila dimaklumkan Bed Prasad Sharu, 23, mengenai penemuan berkenaan.

“Saya turun dari lori untuk memeriksa dan mendapati bayi lelaki cukup sifat itu terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas surat khabar tanpa sebarang nota atau objek lain.

“Saya seperti mahu menangis melihat bayi yang memakai baju, seluar, sarung tangan dan kaki menggigil teruk walaupun ketika itu tidak hujan,” katanya.

Menurut Maideen, dia segera memaklumkan kepada pemilik rumah berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.


“Saya bersyukur kerana bayi malang yang dianggarkan seberat dua kilogram (kg) itu masih bernyawa dan amat kesal dengan tindakan kejam ibu bapanya yang sanggup membuangnya begitu.

“Mujur bayi itu tidak dibuang di rumah kosong kerana sampah di premis berkenaan kebiasaannya tidak dikutip dan saya tidak dapat bayangkan apa terjadi kepada bayi terbabit,” katanya.


Pemilik rumah berkenaan, Ng Ah Moy, 68, berkata, dia sedang berehat, terkejut apabila terdengar teriakan seseorang dari luar rumahnya.

“Sejurus keluar, saya dimaklumkan penemuan itu dan melihat jiran berdekatan sedang mendukung bayi malang terbabit sebelum sepasukan anggota polis tiba.

“Selain terkejut, saya yang menetap di sini sejak empat tahun lalu bersama anak dan menantu, sedih dengan kejadian ini. Kejam sungguh mereka yang tergamak membuang bayi tidak berdosa itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menahan wanita warga asing berusia 20-an di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Penahanan dilakukan hasil penelitian rakaman CCTV rumah berdekatan lokasi bayi itu dibuang,” katanya.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut.

Perkara itu mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Zainab Nasir.

SUMBER
Harian Metro 30-6-2010
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayimenggigil1/Article

Tuesday, June 29, 2010

Takut isteri, anak murtad



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup berkorban apa saja bagi memulih dan mengembalikan isteri ke pangkuannya selepas wanita saudara baru itu dipercayai terpesong akidah dan kembali mengamalkan gaya hidup bukan Islam.

(BERBEKAS...Malik menunjukkan kesan libasan penyangkut baju oleh isterinya di belakang badan.)Lihat pada gambar.

Lebih membimbangkan lelaki berkenaan, dia mendapat maklumat bahawa isteri dan keluarga mentuanya membuat perancangan untuk melarikan anak perempuan bongsunya yang berusia lapan tahun ke Australia sebelum menukar agama sesampai di sana kelak.

“Saya tak rela anak saya menjadi bukan Islam. Saya sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan akidahnya, begitu juga isteri saya,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Malik.

Malik, 50, berkahwin dengan isterinya yang kini berusia 43 tahun pada 1999 atas dasar cinta walaupun mendapat tentangan daripada mentuanya. Isterinya menganut Islam dua tahun sebelum mereka berkahwin.

“Isteri saya kini sudah menyimpang jauh daripada ajaran Islam. Saya amat bimbang anak bongsu saya juga akan turut terpesong akidah akibat terpengaruh gaya hidup isteri saya itu.

“Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan isteri. Ini kerana keluarga mentua tidak pernah berhenti menjalankan usaha untuk menarik isteri saya ke agama asalnya. Mereka memang tidak bersetuju dengan perkahwinan kami kerana berlainan agama,” katanya di sini, semalam.

Malik mendakwa sejak mendirikan rumah tangga, keluarga isterinya tidak pernah putus asa menggunakan pelbagai cara untuk menghancurkan perkahwinan mereka sama ada dengan cara kasar dan halus.

“Saya tidak lagi tinggal bersama isteri sejak April lalu. Ketika itu, isteri saya bertindak ganas apabila membaling batu alas peti sejuk ke arah saya selepas berlaku perselisihan faham.

“Saya kemudian mengambil keputusan keluar dari rumah dan meninggalkan dua anak bersama isteri.

“Saya turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan polis menasihatkan saya tidak kembali ke rumah kerana dikhuatiri isteri saya bertindak lebih ganas termasuk membunuh saya,” katanya.

Dia berkata, sikap isterinya mula berubah menjadi panas baran selain sering meneguk arak sejak setahun lalu sehingga sanggup memukulnya dan anak dengan pelbagai objek termasuk batu alas peti sejuk dan penyangkut baju sehingga mendatangkan kecederaan.

Malah, Malik mendakwa anak perempuan sulungnya pernah dipukul dengan garpu kayu hiasan dinding hanya semata-mata lambat datang ke dapur apabila dipanggil.

“Saya sudah melakukan pelbagai ikhtiar untuk memulihkan kembali akidah isteri termasuk menemui 22 pakar agama terkenal, namun sehingga kini masih tidak berjaya. Saya juga sudah menggunakan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM16,000 bagi tujuan itu.

“Anak sulung saya pernah memberitahu bahawa ibunya selalu membawa dia dan adiknya ke rumah ibadat bukan Islam serta melarangnya memakai tudung dan pakaian menutup aurat,” katanya.

Malik berkata, sebelum ini, walaupun tinggal berasingan, dia masih pulang untuk melihat kedua-dua anak perempuannya itu tetapi tidak bermalam.

Selepas anak sulungnya memberitahu dipukul dengan garpu hiasan, Malik membawa anaknya itu ke balai polis untuk membuat laporan.

“Di balai polis, anak sulung saya menceritakan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan tinggal bersama saya.

“Saya ada pergi ke rumah isteri di Rawang, awal bulan ini tetapi rumah berkenaan berkunci. Sejak itu, saya tidak tahu di mana isteri dan anak bongsu saya berada.

“Saya syak mereka kini berada di Australia kerana keluarga isteri memiliki taraf penduduk tetap (PR) di negara berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, Malik berkata, dia meminta pihak berkuasa membantunya untuk mengesan isteri dan anak bongsunya itu.

Sumber Harian Metro 29 Jun 2010
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Takutisteri_anakmurtad/Article

Kondom Untuk Wanita




Artike ini sata jumpa ketika sedang jalan-jalan melawati blog teman-teman. Blog ni penuh info tentang kesihatan dan penjagaan dalaman wanita. Banyak maklumat yang boleh didapati dari blog ini umpamanya cara menyusukan bayi dengan betul, cara membuat perancangan keluarga, H1N1 dan lain-lain. Harap-harap orang PEREMPUAN yang dah berkeluarga sahaja boleh klik link ni.... (Malu lerrr)






http://wanitamingguan.blogspot.com/2009/03/understanding-female-condom.html

Monday, June 28, 2010

Ibu desak jual tubuh




KUALA LUMPUR: “Jika bukan kerana desakan ibu mengatakan kerjaya melacur saka dan warisan keturunan kami, tak mungkin saya sanggup menjual tubuh pada usia muda,” kata seorang pelacur jalanan yang menjalankan kegiatan sambilan di sekitar ibu kota.
Dia yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu pada harga RM30 untuk sekali perkhidmatan sejak tiga tahun lalu mendakwa dipujuk ibu supaya tidak segan-silu melakukan kerja terkutuk itu dengan alasan ia tidak akan merugikan apa-apa pun.


Gadis terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ila, 21, hanya berjaya dipujuk membuka mulut dan mendedahkan pengalaman hidupnya selepas diyakini wartawan yang menemuinya ketika berpeleseran mencari pelanggan di hadapan sebuah hotel murah di Jalan Raja Laut di sini, semalam.


“Saya tak salahkan ibu kerana dia selama ini menghantar saya ke sekolah dan membesarkan kami adik beradik selepas bapa lari dari rumah ketika saya masih di bangku sekolah.


“Ibu mendakwa ayah seorang penagih dadah tegar dan sering keluar masuk pusat serenti sebelum hilang dari rumah sekitar 2002 dipercayai ada kaitan dengan samseng dadah yang mahu memungut hutang,” katanya.


Menurut Ila, sejak ketiadaan bapa, ibu kerap keluar waktu Maghrib dengan alasan pergi bekerja di kilang elektronik di Keramat sebelum pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 pagi setiap hari.


“Mulanya saya percaya dia pergi bekerja, namun lama kelamaan saya mula mengesyaki ada yang tidak kena apabila kerap kali ibu dihantar pulang lelaki berasingan.


“Malah, pakaian seksi lengkap dengan kasut tumit tinggi digunakan ibu setiap kali keluar rumah jelas tidak menunjukkan langsung ciri penampilan seorang operator pengeluaran kilang,” katanya.


Namun, menurutnya, misteri pekerjaan ibunya terjawab apabila dia diminta menghantar wanita itu dengan kereta ke sebuah bangunan rumah kedai usang di Jalan Petaling di sini, empat tahun lalu. “Ketika itu saya yang sudah berhenti sekolah dan mempunyai lesen memandu tergamam apabila ibu memperkenalkan saya kepada seorang lelaki Cina serta beberapa wanita berusia hampir separuh abad didakwa rakan ‘sekerjanya’.


“Selepas 10 minit memerhati baru saya sedar, ibu seorang pelacur yang menjual tubuh kepada lelaki yang memasuki rumah usang terbabit melalui pintu belakang. Ibu hanya perlu menunjukkan tiga jari tangannya sebagai simbol harga RM30 ditawarkan untuk perkhidmatan seks,” katanya.


Ila berkata, ibunya mungkin tidak mahu lagi menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuannya kerana dia sudah dewasa, apatah lagi pernah terlanjur beberapa kali dengan teman lelaki juga jirannya di Sentul.

“Namun, ibu tak pernah memaksa saya mengikut jejak langkahnya sehinggalah setahun selepas itu apabila dia mula kerap kali sakit akibat darah tinggi. Saya sebaliknya disuruh menjual tubuh di pusat pelacuran murahan itu bagi menggantikannya.


“Mulanya saya enggan kerana jijik, namun ibu mengatakan saya tiada pilihan kerana itu saja pekerjaan yang mampu menanggung kehidupan kami sekeluarga. Malah, dia mendakwa pekerjaan itu tidak ubah seperti saka yang perlu saya ikuti generasi demi generasi,” katanya.


Menurut Ila, walaupun tertekan, dia terpaksa akur selepas didesak berulang kali selain diminta melapor diri untuk bertugas dengan bapa ayam yang menyelia rumah pelacuran terbabit.


Dia yang bertubuh sedikit gempal mendakwa meletakkan syarat awal dengan hanya mahu melayan lelaki tempatan dan muda saja berikutan hilang selera dengan bau badan lelaki asing.

“Dengan RM40 dikenakan kepada setiap pelanggan, saya memperoleh bahagian RM30 ringgit. Jika bernasib baik dan ramai pelanggan, saya mampu memperoleh sehingga RM2,000 sebulan.


“Bagaimanapun, selepas dua tahun dijaga bapa ayam, saya mengambil keputusan bergerak bersendirian dengan menawarkan seks di kaki lima setiap waktu petang dan malam,” katanya.


Namun, menurutnya, tindakan tegas anggota polis Kuala Lumpur yang berterusan menggempur dan menahan puluhan pelacur dan pondan di kawasan terbabit beberapa bulan lalu menyebabkan pendapatannya kini terjejas teruk.

sumber
Harian metro 28 Jun 2010
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibudesakjualtubuh/Article

Kesal ibu mentua dilayan buruk oleh bapa mentua



Perkahwinan kami sudah memasuki usia dua tahun namun apa yang ingin saya kongsi bukanlah berkaitan dengan rumah tangga kami sebaliknya bapa mentua. Selepas dua tahun berkahwin, pelbagai kisah buruk mengenai dirinya terkeluar. Sebelum ini, ibu mentua sakit tenat, setahun selepas kami berkahwin, dia pergi buat selama-lamanya. Namun selepas pengebumiannya, bermacam-macam cerita terbongkar. Mula-mulanya saya tidak percaya tetapi semakin ramai jiran berkata, saya mula berfikir, mungkin ada benarnya. Malah kawan baik kepada ibu mentua juga menceritakan hal yang sama.

Di mata suami, dia melihat ibu bapanya amat bahagia. Tidak ada cacat celanya. Tetapi hakikatnya, ibu mentua saya menanggung derita yang amat panjang. Ibu mentua disahkan mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak sekian lama tetapi dalam masa setahun ini, ibu mentua hanya mampu baring dan kadangkala dia meracau memanggil nama saya. Saya tahu ibu mentua amat sayangkan saya. Pernah sekali arwah mengadu yang bapa mentua selalu mengeluarkan perkataan “bodoh, bila kau nak mampus” dan macam-macam lagi tetapi saya tidak mempercayainya kerana menganggap arwah di bawah pengaruh ubat. Sampai ke hari ini saya menyesal kerana tidak mempercayainya.

Apabila arwah meninggal, suami menganjurkan majlis tahlil tiga hari berturut-turut. Dalam masa itulah, banyak cerita yang dikeluarkan mengenai perangai bapa mentua. Sahabat baik arwah pernah bercerita, tiga bulan sebelum arwah meninggal, bapa mentua saya banyak buat perangai, dihempas pinggan mangkuk ke arah arwah, memaki hamun, menghina dan mencaci ibu mentua saya. Perkataan kesat banyak digunakan dan selalu mengurung ibu mentua saya di dalam rumah. Dibiarkan ibu mentua saya keseorangan dan makan minumnya langsung tidak dijaga.

Bayangkan, untuk memberi ibu ubat pun dia sanggup menunggu suami saya balik. Bapa mentua selalu mengeluh kerana tiada wang untuk membawa arwah ke fisioterapi tetapi hakikatnya sekarang baru kami tahu, dia sebenarnya mempunyai banyak wang. Sebelum ini, suami banyak mengeluarkan belanja sehingga kami berhutang banyak. Semakin hari semakin saya membenci bapa mentua, mengingati cara dia melayan arwah, membuatkan saya sakit hati. Pernah bapa mentua meninggalkan ibu mentua di dalam rumah dan keluar dalam tempoh yang agak lama hinggalah arwah meninggal seorang diri di dalam rumah.

Semua mata menyaksikan alangkah teruknya perangai bapa mentua saya. Langsung tiada belas kasihan terhadap isteri yang banyak berkorban untuknya. Kerana sikapnya itulah, saya menjadi sangsi terhadap suami. Adakah nanti apabila saya sudah tua dan sakit, suami saya akan melayan saya begitu? Jika bapanya sanggup berbuat begitu mungkin juga suami saya akan melakukan perkara yang sama. Atas faktor itu juga hubungan saya semakin renggang dengan suami. Sekarang bapa mentua sudah berkahwin lain di kala kubur arwah isterinya masih merah. Saya pula semakin tidak berminat untuk balik ke rumahnya. Suami nyata memahami dan tidak pernah memaksa. Suami juga kecil hati dengan sikap bapanya, usahkan menjenguk kubur tetapi dia sudah seperti melupakan ibu mentua.

Saya selalu sebak dan menangis apabila melihat kubur arwah. Tidak terurus malah tiada siapa yang berminat melawatnya. Mengapa jadi begini? Apa salah ibu mentua saya? Mengapa arwah dilayan begitu? Walaupun saya hanya menantu tapi bagi saya ibu mentua amat penyayang dan mulia. Sepatutnya suami menjaganya dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang saya terfikir, jika dijaga baik, mungkinkah usianya masih panjang? Al-fatihah untuk ibu mentua kesayangan.

sumber
Mingguan wanita

http://www.karangkraf.com.my/E-majalah/MingWanita/newMW/luahan.asp

Friday, June 25, 2010

Bawalah Emas itu Ke Kubur



Kisah ini berlaku ketika aku masih bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai emas. Sememangnya kerja sebagai jurujual ini memerlukan kesabaran yang tinggi.

Suatu petang seorang customer lelaki datang ke kedaiku. Dia meminta untuk melihat seutas rantai tangan yang berpintal-pintal. Setelah berpuashati, dia menanyakan harganya. Aku memberikan sebuah harga sebelum diskaun. Setelah tawar menawar, dia masih tidak berpuas hati dengan harga yang aku tawarkan. Dia ingin mebdapatkan harga yang lebih rendah. Namun, aku hanya mampu memberikan harga yang telah aku tawarkan. Akibat keengganan aku menuruti kehendak harganya, dia amat berang. "Kalau macam tu, awak bawak la semua emas yang ada ni masuk kubur", katanya dengan marah. Aku terkejut. Setitis air mata jatuh di pipi. Sampai hati customer itu berkata begitu. Bosku datang menenangkanku. Lantas bosku menerangkan kepada customer tersebut, bahawa harga yang kami tawarkan amat berpatutan. Setelah dia membayar harga rantai tangan tersebut, dia terus berlalu.

Tinggallah aku masih sedih dengan kata-kata customer itu. WAAAA...Sedihnya. sampai sekarang aku masih teringat-ingat kata customer itu. Ada ke patut dia suruh aku angkut semua emas-emas, permata dan bahan galian masuk kubur??

coretanku
puteri islam
admin

Friday, June 18, 2010

Tragedi Cinta Monyet




Aku masih melihat foto zaman persekolahan sekolah rendahku. Aku terpana pada gambar seorang budak lelaki. Namanya Imran. Serta merta mengingatkan aku pada satu peristiwa yang tidak pernah aku lupakan. Aku mengenali Imran ketika kami sama-sama ditempatkan tahun 1 di sebuah sekolah rendah di daerahku. Ketika kami di darjah tiga, kukatakan pada teman baikku yang aku menyukai Imran. Mungkin kerana pada ketika itu, dia merupakan budak lelaki yang paling comel di dalam kelasku. Tanpa pengetahuanku, teman baikku itu mengutuskan surat pada Imran. Dan kononnya aku yang menghantar surat itu. Apabila surat itu sampai ke tangan Imran, dia menyerahkan surat itu kepada cikgu. Cikgu memanggilku dan menanyakan benarkah surat itu ditulis olehku? Aku hanya menggelengkan kepala. Memang aku pun tak tahu bagaimana surat itu boleh berada ditangannya. Aku melihat dia hanya menjelingku.

Sejak itu aku cuba menghapuskan perasaan suka aku padanya. Aku menjadi seorang yang pendiam. Aku terlalu malu padanya akibat kejadian itu. Mujurlah, apabila kami melanjutkan pendidikan di sekolah menengah, kami berpisah kelas. Sejak itu aku belajar melupakan dia. Sehinggalah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Suatu petang, aku bertemu dengan teman lamaku. Katanya Imran telah menemui Illahi pada ketika usianya menjangkau 21 tahun. Aku benar-benar kaget. Segera aku sedekahkan al-fatihah padanya. Selang beberapa tahun, aku sering bermimpikan arwah Imran. Kadang-kadang aku bermimpi aku berpegangan tangan dengannya. Didalam mimpi itu dia hanya tersenyum. Bila aku tersedar, aku sedekahkan al-fatihah pada arwah. Cuma yang memushkilkan aku, kenapa aku sering bermimpikan arwah? Sehingga kini sudah lima tahun aku bermimpikan arwah. Dalam setahun dalam 3 atau 4 kali aku bermimpikan arwah. Adakah aku masih berhutang dengan arwah? Atau ada sesuatu yang tak selesai lagi antara kami? Aku lantas berdoa, aku memaafkan dosa arwah padaku dan menghalalkan segala hutang-hutang arwah padaku. Namun aku masih dikunjungi mimpi bertemu dengan arwah.

Pernah suatu ketika , ketika aku menziarahi pusara nenekku, aku ternampak pusara arwah, aku ingin singgah ke pusara arwah. Oleh kerana ibu mahu cepat, aku tak sempat singgah. Namun bila aku datang untuk singgah pada keesokannya, ternyata aku tidak menemui batu nisan yang tertulis nama arwah. Padahal aku pasti, inilah kawasan pusara arwah ditempatkan semalam. Aku menjadi semakin buntu.

Sehinggalah seminggu lepas. Aku dikunjungi mimpi bertemu arwah lagi. Kali ini arwah membawaku berjalan sambil berpimpin tangan denganku. Dia mungkin ingin membawaku ke satu tempat. Tiba-tiba aku terserempak dengan ibuku. Dia memanggil-manggil aku pulang. Aku melepaskan pegangannya. Tiba-tiba aku tersedar dari mimpi. Apakah maknanya? Adakah aku akan menyusul seperti arwah? Ya Allah... Panjangkan usiaku. Aku ingin membuat amalan yang banyak sebelum meninggalkan fana ini... amin.

Nukilan
Nurfarina Ishak

Thursday, June 17, 2010

Nilai Teh Itu



Pagi tadi aku ke sebuah gerai yang menjual makanan dan minuman. Hajatku cuma satu, aku ingin membeli teh ais dan teh o ais. Peniaga itu menyerahkan air itu sambil menyatakan bayarannya . RM2-50 sen. Apa? Mahalnya. Biasa RM2-30 sahaja. Getus hatiku. Aku menyerahkan wang itu dengan muka yang mencuka. Setelah mengambil bakinya, aku terus keluar dari kedai itu. Baru tiga langkah aku keluar, tiba-tiba salah satu air teh yang ku bawa itu terjatuh ke lantai.Semua mata tertumpu ke arahku. Malunya. Aku ingin mengambil kembali air itu. Tiba-tiba tuan kedai itu memanggilku. Dia menggantikan air teh ais yang baru kepadaku. Setelah mengucapkan terima kasih, aku pulang dengan hati yang bengang. Adakah ini kerana aku tidak meredhai duit rm2-50 yang kuberikan tadi? Atau aku tidak ikhlas menerima air teh itu? Entahlah.... Em, syukurlah. Peristiwa itu mengajarku erti KEIKHLASAN.


Coretanku
Puteri Islam
admin

Tuesday, June 15, 2010

Kekasih Lama Meminta Seks pada Malam Nikahku




Memang benar kata pujangga, Jangan biarkan nafsu beraja di hati,nanti hancurlah segalaya. Selepas menamatkan alam persekolahan, aku mula menjadi liar. Aku mula berkawan dengan teman-teman yang sosial. Dengan memiliki wajah yang angguna, dengan mudah aku menjalinkan hubungan dengan beberapa orang kekasih dalam satu masa. Aku terbuai dengan alam ciptaanku. Sehinggalah aku melangkaui batas-batas pergaulan seorang muslimah. Aku membiarkan mereka yang durjana itu menikmati tubuhku. Aku jatuh dari satu pangkuan lelaki ke pangkuan lelaki lain. Sehinggalah suatu hari aku mengenali seorang lelaki yang bernama Adam.

Aku benar-benar menyintai dia walaupun kutahu dia suami orang. Seperti lelaki lain, aku juga sanggup menyerahkan diriku padanya. Hubungan kami berlanjutan beberapa bulan tanpa diketahui isterinya. Hasil hubungan terlarang itu, aku mengandung. Kukhabarkan berita ini padanya. Tanpa kuduga,dia memintaku menggugurkan kandungan itu. Demi cintaku padanya, aku sanggup menggugurkan janin itu. Setelah itu, aku begitu menderita. Sakit hasil pengguguran haram itu benar-benar menguji kesetiaanku padanya. Dia semakin menjauhkan diri. Puas aku menghubunginya, tapi akhirnya aku hampa.

Kemudian aku bertemu dengan Azlan. Setelah menceritakan apa yang terjadi padanya, rupa-rupanya dia sanggup mengahwiniku. Katanya dia menyintaiku dan mahu membimbing aku ke jalan yang benar. Aku amat terharu. Seminggu aku ingin bernikah, Adam menghubungiku. Dia ingin bertemu denganku. Katanya dia ingin meminta maaf dariku dan ingin menikahiku juga. Katanya lagi, dia sanggup tinggalkan isterinya. Aku menangis. Adakah aku perlu kembali padanya? Akhirnya aku memutuskan untuk meneruskan perkahwinanku dengan Azlan. Pada malam aku bernikah, tiba-tiba telefon berdering. Rupanya itu panggilan dari Adam. Katanya dia ingin bertemu denganku sebentar. Untuk apa bertemu denganku lagi. Semuanya sudah berakhir. Katanya dia ingin menikmati tubuhku buat kali terakhir. Aku terus mnghempaskan telefon itu. Jantan Sial. Aku menangis semahu-mahunya. Sejurus, ibu memanggilku. Katanya, aku perlu bersiap-siap kerana sebentar lagi aku akan dinikahkan. Aku memandang wajah Azlan. Terima kasih suamiku.


Nukilan via email
Nur Shahira (bukan nama sebenar)

Saturday, June 12, 2010

Zaiton Sameon lihat dirinya disula



Penyanyi yg cukup popular suatu ketika dahulu, Zaiton Samion, pernah dibawa ke alam barzakh ketika dia mengalami koma selama lebih sebulan selepas mengalami kemalangan jalan raya pada tahun 1990 lalu.

Walaupun pengalaman itu sudah lebih sepuluh tahun berlaku, namun Zaiton masih dapat mengingatinua dengan jelas setiap detik yg dilalui semasa menziarahi alam kubur, khususnya mengalami seksaan neraka.

“Bila mengenangkan pengalaman itu, saya berasa cukup ngeri. Ia benar benar membuatkan saya insaf,” kata Zaiton kepada editor VARIASI, Rodly Fadly.

Ikuti pengalaman Zaiton itu.

Zaiton membuka matanya. Dilihatnya disekeliling. Dimana aku? Bisik hati kecilnya. Bilik itu terlalu saing bagi Zaiton. Tidak pernah dia sampai kesitu. Nak kata bumi, dia seolah olah berada diawang awangan. Tubuhnya terasa terlayang layang. Tiada siapa disitu. Sunyi dan bungkam. Dimana semua orang pergi? Dimana ayahnya, emaknya, adik adiknya dan kawan kawannya? Dan dimana anak tunggalnya, Irwan? Pertanyaan itu berasak asak menerjah di dlm fikiran Zaiton.

Di pandangnya sekeliling. Dia cuba mencari cari arah. Di depanya seoalah olah ada jalan tapi tiada berpenghujung. Di kiri kanan jalan itu tiada apa apa. Tiada pokok, tiada rumah dan tiada bangunan. Lapang selapang lapangnya bagai padang jarang padang terkukur.

Ah! Dimana aku ini? Tempat apa ini? Zaiton masih kebingungan. Dia cuba mengingati bagaimana dia sampai ke situ. Seingatnya sebelum itu, dia mengadakan pertunjukan pentas di sebelah utara tanah air. Sambutan cukup hebat. Penonton berasak asak memenuhi ruang pertunjukan utk melihat dia menyanyi.

Ketika dia menyanyikan lagu top hitnya, ‘Menaruh Harapan’, penonton ghairah bersorak sorak. Melihat itu Zaiton cukup bersemangat. Tubuhnya yg seksi dilenggang lenggokkan mengikut alunan lagunya.

Kemudian?

Zaiton cuba menginggatinya betul betul. Selepas persembahan itu, dia dan budak budak band pergi makan dan seterusnya bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki van. Di dalam van itu, Zaiton meriba anaknya, Irwan yg turut sama menemaninya ke pertunjukan tersebut. Lenguh ia meriba, dia menyuruh Irwan duduk di sebelahnya. Dan akhirnya Zaiton tertidur…

Hah?!

Zaiton terperanjat. Dimana Irwan? Di mana aku ini?

Mati?!

Apaha aku sudah mati? Dalam kuburkah aku?

Zaiton menjadi cemas. Dia berlari lari anak, tidak tentu arah tujuannya. Didepan dan kemudia berpatah balik ke belakang. Dia tidak tahu arah tujuannya. Didepan dan kemudian berpatah balik ke belakang. Dia tidak tahu kemana harus dituju.Tiba tiba Zaiton terhenti. Didepannya, dia melihat ramai orang. Bukan seoarang dua, tetapi berpuluh bukan, beratus ratus, tidak juga beribu ribu. Rasanya berjuta juta orang. Suara orang mengerang kesakitan dan bersahut sahutan. Ada yg terpekik terlolong meminta tolong. Yg menangis juga meratap bukan sedikit.Bila Zaiton menghampiri orang orang itu, dia dapt melihat mereka dengan jelas, mereka semua seolah olah berada dalam kawah yg besar, direbus dengan air yg sedang menggelegak. Badan mereka melecur, menampakkan isi mereka yg merah. Eeiii …. Ngeri Zaiton melihatnya.

Zaiton terpaku melihat suasana itu. Dia cuba menghulurkan tangan menarik narik mereka drpd kawah kawah itu tetapi walaupun nampak dekat tapi tangannya tidak sampai ke arah mereka.Tiba tiba Zaiton merasa bahang yg amat panas di sekelilingnya. Dia mendonggak keatas. Api yg menjulang dengan maraknya disekeliling dirinya. Sekelip mata api itu membaham tubuhnya.

‘Tolong! Tolong! Aduh! Sakitnya ..,’ Zaiton menjerit sekuat kuat hati sebaik sahaja api itu menjamah tubuhnya. Api itu berwarna kemerah merahan, membakar seluruh tubuh Zaiton dr hujung rambut sampai ke hujung kaki.

“Mak, ayah tolong Eton!” jarit Zaiton

Dia merasakan kesakitan yg amat sangat. Perit dan pedih. Sambil meronta ronta kesakitan, Zaiton menjerit jerit meminta pertolongan namun tiada seseorang pun yg datang membantunya. Api itu terus membakar tubuhnya sehingga menjadi rentung seperti kayu api. Ketika merintih kepedihan dek dibakar api itu Zaiton terdengar satu suara berkata:

“Itulah balasan kepada engkau yg tidak pernah bersembahyang, derhaka kepada ibu bapa, dedah aurat dan melanggar perintah agama.”

Zaiton mencari cari siapakan yang berkata kata itu tapi tidak kelihatan. Hanya suaranya yg kedengaran. Dia berasa lega kerana baru terlepas melalui pengalaman yg menyakitkan itu.

Namun sebelum habis keperitan yg dialami akibat dibakar, Zaiton terasa punggungnya ditusuk suatu benda tajam. Walaupun tidak kelihatan apakah bendanya namun Zaiton dapat merasai kepedihan yg amat sangat.

Tusukan diduburnya itu terasa masuk hingga ke dadanya. Pedihnya sukar digambarkan dengan kata kata. bisa dan ngilu. Sekali lagi Zaiton menjerit sekuat hati meminta pertolongan. Nama emak dan ayahnya dipanggil berulang ulang kali namun tiada siapa yg muncul.

“Inilah balasan orang berzina!” Sekali lagi Zaiton mendengar suara berkata kata. Zaiton hanya mampu menanggis mendengar kata kata itu.

“:Tolonglah jangan seksa saya lagi,” rayu Zaiton kemudiannya.Namun rayuan Zaiton itu tidak dipedulikan. Punggungnya terasa disula berulang ulang kali. Setiap kali disula Zaiton meraung menahan kesakitan. Selepa disula, Zaiton menerima azab ketiga. Kali ini tubuhnya dipalu bertalu talu dengan benda kerasa seperti rotan. Hancur lumat tubuhnya dipukul namun rayuan Zaiton agar dihentikan seksaan itu tidak diendahkan.

“Ingat, inilah pembalasan ALLAH kepada mereka yg ingkar akan suruhanNYA dan berbuat dosa semasa didunia. Bertaubatlah dan sedarkan rakan rakan artis kau akan perbuatan mungkar mereka.”

Kata kata itu mengakhiri seksaan ke atas Zaiton. Tidak lama selepas itu dia tersedar drpd koma dan mendapati kedua ibu bapanya berada disisi. Barulah dia tahu rupanya dia berada di hospital.

Pengalaman bertandang ke alam barzakh dan menyaksikan seksaan di neraka benar benar meninggalkan kesan mendalam kepada diri Zaiton.

“Saya mengakui banyak berbuat dosa sebelum kejadian itu. Saya melawan cakap emak dan ayah sendiri, mengabaikan sembahyang dan banyak lagi kemaksiatan yg saya lakukan. Mungkin itulah balasan yg saya terima.

“Begitupun saya bersyukur kerana ALLAH masih memberi kesempatan utk saya bertaubat dan kembali ke pangklal jalan. Saya dah insaf dan taubat,” kata Zaiton berulang kali. Zaiton berharap rakan rakan artisnya mengambil iktibar drpd pengalamannya ini.

“Menyanyi itu tak salah tapi janganlah membuat perkara perkara yg tak elok seperti mendedahkan aurat dan sebagainya,:katanya.

Menurut Zaiton, sebagai melaksanakan tanggungjawabnya, dia bercadang merakamkan lagu lagu berunsur nasihat jika diberi kesempatan oleh syarikat rakaman.

“Saya tak mahu menyanyi lagu-lagu yg mengkhayalkan lagi. Kalau boleh, saya mahu berdakwah melalui lagu,” kata Zaiton



Penerbitan asal: VARIASI Februari 2003

Malik noor Insaf



Artikel kali nie saya perolehi dari salah sebuah laman web iaitu http://beautifulnara.com/malek-noor-dan-cerita-keinsafannya/. Diharap cerita ini dapat memberikan sedikit keinsafan kepada kita yg bergelar manusia.


SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.
Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.
Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

ZAMAN KANAK_KANAK

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.
“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.
“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.
“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Sumber
http://beautifulnara.com/malek-noor-dan-cerita-keinsafannya/

Thursday, June 10, 2010

Cerai Di Malam Pertama



(sekadar gambar hiasan)

Kisah yang akan dipaparkan ini merupakan kisah yang telah berlaku hampir 5 tahun yang lalu. Seseorang telah meminangku. Ibu menunjukkan fotonya. Kata ibu umur pemuda itu baru menjangkau 35 tahun. Aku melihat foto itu, kemudian aku mencampaknya ke atas katil. Aku tak mahu kahwin lagi. Getus hatiku. Namun atas pujukan ibu, akhirnya aku bersetuju berkahwin dengan pemuda itu. Sejak menerima lamarannya, aku tidak pernah bertemu dengan tunanganku. Sehinggalah di hari persandingan, aku memandang bakal suamiku dari kejauhan. Mukanya yang berkedut-kedut. Wajahnya seakan wajah orang tua. Aku ingin turun dari pelamin dan kembali ke bilik. Tetapi ditegah oleh Mak Andam. Aku hanya mendiamkan diri. Namun di dalam hatiku, aku menjeruk rasa. Kenapa ibu tergamak mengahwinkan aku dengan seorang yang sudah tua. Setitis air mata jatuh di pipi. Aku rasa diri ini tertipu. Bukan aku membenci dia, tetapi aku marah pada orang sekeliling yang menipuku.

Setelah tetamu pulang, suamiku masuk ke kamarku. Aku hanya merenungnya dari birai katil. Dia tersengih-sengih. Mukaku merah padam. Kemudian dengan tak semena-mena, aku meluru ke almariku. Aku keluarkan semua baju-bajunya. Aku humbankan ke atas lantai. Dia nampak terkejut. Ibu dan suamiku datang menenangkanku. Aku menjerit-jerit histeria. Dengan tak sengaja, aku menendang suamiku. Dia jatuh tersungkur. Pada malam itu juga kami bersengketa. Aku minta dilepaskan. Aku tak sanggup menjadi isterinya. Semua orang terkedu. Ibu memujukku. Kata ibu, aku tak sepatutnya berkelakuan seperti itu. Ibu juga meminta maaf padaku. Kata ibu, ibu hanya mahu melihat aku senang di sampingnya. Aku tahu ibu hanya melihat harta yang ada pada suamiku. Namun aku enggan mengalah. Aku menjadi benci pada sebuah perkahwinan. Kenapa mereka sanggup membohongiku. Akhirnya, aku dilepaskan juga. Cuma aku perlu membayar pampasan pada suamiku. Jadilah aku janda berhias.

Kisah Adira zakaria
Teluk Intan

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails