header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Monday, June 28, 2010

Ibu desak jual tubuh




KUALA LUMPUR: “Jika bukan kerana desakan ibu mengatakan kerjaya melacur saka dan warisan keturunan kami, tak mungkin saya sanggup menjual tubuh pada usia muda,” kata seorang pelacur jalanan yang menjalankan kegiatan sambilan di sekitar ibu kota.
Dia yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu pada harga RM30 untuk sekali perkhidmatan sejak tiga tahun lalu mendakwa dipujuk ibu supaya tidak segan-silu melakukan kerja terkutuk itu dengan alasan ia tidak akan merugikan apa-apa pun.


Gadis terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ila, 21, hanya berjaya dipujuk membuka mulut dan mendedahkan pengalaman hidupnya selepas diyakini wartawan yang menemuinya ketika berpeleseran mencari pelanggan di hadapan sebuah hotel murah di Jalan Raja Laut di sini, semalam.


“Saya tak salahkan ibu kerana dia selama ini menghantar saya ke sekolah dan membesarkan kami adik beradik selepas bapa lari dari rumah ketika saya masih di bangku sekolah.


“Ibu mendakwa ayah seorang penagih dadah tegar dan sering keluar masuk pusat serenti sebelum hilang dari rumah sekitar 2002 dipercayai ada kaitan dengan samseng dadah yang mahu memungut hutang,” katanya.


Menurut Ila, sejak ketiadaan bapa, ibu kerap keluar waktu Maghrib dengan alasan pergi bekerja di kilang elektronik di Keramat sebelum pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 pagi setiap hari.


“Mulanya saya percaya dia pergi bekerja, namun lama kelamaan saya mula mengesyaki ada yang tidak kena apabila kerap kali ibu dihantar pulang lelaki berasingan.


“Malah, pakaian seksi lengkap dengan kasut tumit tinggi digunakan ibu setiap kali keluar rumah jelas tidak menunjukkan langsung ciri penampilan seorang operator pengeluaran kilang,” katanya.


Namun, menurutnya, misteri pekerjaan ibunya terjawab apabila dia diminta menghantar wanita itu dengan kereta ke sebuah bangunan rumah kedai usang di Jalan Petaling di sini, empat tahun lalu. “Ketika itu saya yang sudah berhenti sekolah dan mempunyai lesen memandu tergamam apabila ibu memperkenalkan saya kepada seorang lelaki Cina serta beberapa wanita berusia hampir separuh abad didakwa rakan ‘sekerjanya’.


“Selepas 10 minit memerhati baru saya sedar, ibu seorang pelacur yang menjual tubuh kepada lelaki yang memasuki rumah usang terbabit melalui pintu belakang. Ibu hanya perlu menunjukkan tiga jari tangannya sebagai simbol harga RM30 ditawarkan untuk perkhidmatan seks,” katanya.


Ila berkata, ibunya mungkin tidak mahu lagi menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuannya kerana dia sudah dewasa, apatah lagi pernah terlanjur beberapa kali dengan teman lelaki juga jirannya di Sentul.

“Namun, ibu tak pernah memaksa saya mengikut jejak langkahnya sehinggalah setahun selepas itu apabila dia mula kerap kali sakit akibat darah tinggi. Saya sebaliknya disuruh menjual tubuh di pusat pelacuran murahan itu bagi menggantikannya.


“Mulanya saya enggan kerana jijik, namun ibu mengatakan saya tiada pilihan kerana itu saja pekerjaan yang mampu menanggung kehidupan kami sekeluarga. Malah, dia mendakwa pekerjaan itu tidak ubah seperti saka yang perlu saya ikuti generasi demi generasi,” katanya.


Menurut Ila, walaupun tertekan, dia terpaksa akur selepas didesak berulang kali selain diminta melapor diri untuk bertugas dengan bapa ayam yang menyelia rumah pelacuran terbabit.


Dia yang bertubuh sedikit gempal mendakwa meletakkan syarat awal dengan hanya mahu melayan lelaki tempatan dan muda saja berikutan hilang selera dengan bau badan lelaki asing.

“Dengan RM40 dikenakan kepada setiap pelanggan, saya memperoleh bahagian RM30 ringgit. Jika bernasib baik dan ramai pelanggan, saya mampu memperoleh sehingga RM2,000 sebulan.


“Bagaimanapun, selepas dua tahun dijaga bapa ayam, saya mengambil keputusan bergerak bersendirian dengan menawarkan seks di kaki lima setiap waktu petang dan malam,” katanya.


Namun, menurutnya, tindakan tegas anggota polis Kuala Lumpur yang berterusan menggempur dan menahan puluhan pelacur dan pondan di kawasan terbabit beberapa bulan lalu menyebabkan pendapatannya kini terjejas teruk.

sumber
Harian metro 28 Jun 2010
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibudesakjualtubuh/Article

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails