header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Thursday, June 17, 2010

Nilai Teh Itu



Pagi tadi aku ke sebuah gerai yang menjual makanan dan minuman. Hajatku cuma satu, aku ingin membeli teh ais dan teh o ais. Peniaga itu menyerahkan air itu sambil menyatakan bayarannya . RM2-50 sen. Apa? Mahalnya. Biasa RM2-30 sahaja. Getus hatiku. Aku menyerahkan wang itu dengan muka yang mencuka. Setelah mengambil bakinya, aku terus keluar dari kedai itu. Baru tiga langkah aku keluar, tiba-tiba salah satu air teh yang ku bawa itu terjatuh ke lantai.Semua mata tertumpu ke arahku. Malunya. Aku ingin mengambil kembali air itu. Tiba-tiba tuan kedai itu memanggilku. Dia menggantikan air teh ais yang baru kepadaku. Setelah mengucapkan terima kasih, aku pulang dengan hati yang bengang. Adakah ini kerana aku tidak meredhai duit rm2-50 yang kuberikan tadi? Atau aku tidak ikhlas menerima air teh itu? Entahlah.... Em, syukurlah. Peristiwa itu mengajarku erti KEIKHLASAN.


Coretanku
Puteri Islam
admin

3 comments:

  1. salam.. yup, redha kan je la.. tidak kaya dia kerana 20 sen, tidak miskin kita kerana 20 sen juga..

    sebab, rezeki kita memang dah tertulis seadanya..

    ReplyDelete
  2. salam,

    betul kata padin tu.tak baik kita bermasam muka depan rezeki.lagipon 'memberi tidak akan mengurangkan'.so,anggap jelah ianya sebagai sedekah.

    ReplyDelete
  3. itula...kadang-kadang kita klilaf. kerana nilai 20 sen hati blh rosak.... tq atas nasihat-nasihat teman-teman..

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails