header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Sunday, November 9, 2014

Jin Itu Mengejarku



video
Sudah seminggu rasa hati ini tak keruan. Apa yg aku lakukan semua serba tak kena. Resah. Gelisah. Cepat marah dan cepat melenting. Jualan dagangan ku pula tak seberapa laku minggu ni. Sales pula jatuh gila-gila.Em..entah la... mungkin rezeki ku bulan ini agak tipis. Hari ini aku cuti. Sedang aku melayari internet, aku terbuka video ni. Mula-mula hati rasa berdebar, kemudian rasa nak pitam dan akhirnya aku muntah membuak-buak. Aku biarkan video tu running sampai habis. Bila video tu habis, barulah aku pun habis muntah. Lepas tu, aku segera menghubungi ustaz yang merawatku dulu. Katanya terdapat gangguan. Tapi aku pelik kali ini aku tak dapat mimpi terlebih dahulu seperti selalu. Yang lepas, aku akan bermimpi tentang ular. Ular hitam dan kuning mengejarku. Kali ini aku langsung tak mengalami mimpi seperti sebelumnya. Nasihatnya lagi, tingkatkan amalan. Dengarkan ayat ruqiyyah setiap hari. Jangan la berfikir siapa penghantarnya. Anggapla ini ujian Allah untukku. Aduh... kalo dah jadi macamni, macammana la aku nak positifkan diri. Memang aku akui, aku bukanlah seorang yang baik. Setakat ni dah tiga orang aku bergaduh...teringat kata ibuku "freeda, buatlah baik dengan orang sekalipun mereka mengkhianatimu". Insya allah... aku cuba jadik budak baik. Kurangkan sifat kaki gadoh ku Itu. Cuba istiqamah membaca al-qur'an satu juz sehari. Solat di awal waktu. Doakan aku...

Freeda
9 nov 2014

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails