Ingatkah pembaca dengan kisah Puan Farina kita ni? Kisah keluhan hatinya mengenai suaminya yang tidak menjaga solatnya. Ikuti kiriman email dari Puan Farina baru-baru ni. (Rujuk Suamiku Tak Solat (Bila Nur Tak Singgah Di Hati) - Bhgn 1)Suatu ketika setelah suamiku selesai bersolat. dia menghampiriku. Katanya "sayang, abang dah berubah..... abang sudah terima nur", katanya hiba. Aku tersenyum. "Alhamdulillah.... inilah yang sayang panjatkan setiap kali berdoa pada Tuhan. "Abang, boleh tak kita solat berjemaah lepas ni?" Dia menggeleng. "Belum lagi sayang, abang belum bersedia. Abang mahu bersihkan jiwa abang dulu. Abang belum layak menjadi imam lagi". Aku terdiam. Hari demi hari aku hanya melihat dia solat seorang diri. Bilalah agaknya isterimu ini dapat bersolat berjemaah denganmu? Aku akan menantikan saatnya............
Luahan Farina Abdullah

No comments:
Post a Comment