header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Wednesday, June 1, 2011

Duit Nombor Ekor Boleh Di Makan?

Dari Surah Al-Baqarah, ayat 219, Allah berfirman :

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

Ikuti satu kisah pemikiran orang yang telah terpedaya dengan tipu muslihat syaitan.

Suatu hari, ketika aku sedang membeli belah bersama-sama dengan anak sulungku, aku terserempak dengan kawan lamaku. Namanya Halim. Dia mengajakku minum di sebuah cafe. Pada mulanya aku menolak, namun oleh kerana desakannya, aku terpaksa beralah. Cuma, kukatakan padanya, aku tak boleh lama, ada kerja yang perlu aku laksanakan.

Di cafe, aku hanya memesan secawan kopi. Dia merenungku. Aku menjadi malu. Kemudian aku cepat2 bertanyakan khabarnya. Dia hanya mengangguk. "Kau semakin berubah, tak seperti Halim yang aku kenal dulu", kataku memulakan bicara. "Berubah? Berubah yang macammana? Aku masih seperti dulu" katanya seakan menyindirku. "Ooo... maksudmu, dulu aku miskin, sekarang aku dah bergaya? Begitu?" dia bertanya. Memang aku lihat dia semakin berubah. Pakaiannya semuanya berjenama. Begitu juga dengan jam tangan dan kasutnya.

"Kau kerja apa sekarang?" tanyaku untuk meminta kepastian. Dia hanya tersenyum. "Kerjaku mudah, sedikit usaha, tapi labanya banyak", katanya sambil tersengih2. Aku kebingungan. Kerja apa macam tu? Entah2 dia main nombor ekor. Aku merenung matanya dalam2. "Baik kau bagitau aku, kau beli nombor ya?" kataku menduga...Kelihatan dia serba salah. "Alah..... aku main sekali sekala aje, tuah aku, aku menang besar", katanya selamba. "Apa? Kau tahu tak hukum beli nombor itu?" Aku semakin marah dengan pengakuannya. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. "Aku nak buat macam mana? Itu saja jalan yang aku ada untuk menjadi kaya dengan mudah. Kalau aku tak makan, ada orang peduli?". Katanya seakan-akan mempertahankan dirinya.

"Halim, aku lebih menghormati kau kalau kau kerja tukang sapu daripada kau kaya raya hasil menang nombor ekor tu. Macammana kau boleh menang?" Tanyaku lagi. "Kenapa , kau nak cuba ke? Hahaha..... Kalau kau nak cuba, nanti aku bawak kau gi ngangkung", katanya sambil terbahak2. Astaghfirullah...... "Sampai ngangkung sekali? " Tanyaku semakin tak percaya dengan apa yang aku dengar. "Yelah... kalau tak, macammana kau nak dapat nombor yang naik?" Katanya seakan-akan tak bersalah dengan apa yang dilakukannya.

"Halim, syirik hukumnya kau pergi ngangkung. Duit yang kau dapat tu pun haram hukumnya". Kataku memberi nasihat. "Aku mintak nombor dengan ustaz la. Ustaz ni dia belajar kat seberang sana. Aku dengar dia mintak nombor baca2 surah al-qur'an lagi. Lagipun ustaz aku cakap, duit menang ni, kalo aku bayar zakat, kira dah bersih. Boleh buat makan". Aku semakin terkejut dengan pengakuannya. "Halim, ustaz mana yang cakap macam tu? Itu ustaz sesat. Kau sudah diperdayanya". Kataku seakan meninggi suara.

"Arghhh... apa aku peduli? Aku bosan menjadi miskin. Sebab aku miskin lah, ayah kau menolak pinangaku, bukan?" Katanya mengungkit kisah silam. "Bukan macam tu Halim, ketika kau hantar rombongan meminang aku telah dirisik dahulu oleh suamiku sekarang. Kau jangan salah faham". Kataku cuba menerangkan perkara sebenar. "Arghh.... Kau jangan nak berdalih. Macammana dengan kau sekarang? Kalau kau pilih aku dulu, hidup kau akan senang. Aku tahu, kau susah sekarang. Suamimu hilang pekerjaan bukan?" katanya seakan mengejekku. "Aku redha atas takdir-Nya. Aku lebih rela hidup susah daripada hidup senang di atas kemurkaan-Nya. Aku pulang dulu" kataku sambil meletakkan not merah di atas meja lantas menarik lengan anakku beredar dari situ. Terdengar Halim memanggil2 namaku. Ah.... Aku tak mahu berjumpa dengannya lagi.......

Kiriman
Nur amirah zainal (Bukan nama sebenar)
By email

2 comments:

  1. assalamualaikum,
    sekadar kongsi maklumat. terpulang kpd 'tuan rumah' :)

    http://akuhivpositif.blogspot.com/2011/06/hidayah-setelah-hiv.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon izin share kisah teladan

      Delete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails