header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Monday, January 31, 2011

Sami Buddha Beri Nombor Ramalan (Aku Tertipu)


(Sekadar gambar hiasan)

Artikel ini aku dapat semasa blogwalking mencari info tentang Sami Buddha yang bagi nombor ramalan . http://komunitisiambaru.blogspot.com/2009/02/sami-sesatkan-muslim-betul-ke.html


Sami Sesatkan Muslim, Betul Ke?
'Tok Guru' wat Siam giat sesatkan Muslim

Kami suri rumah beragama Islam, duduk di sebuah kampung di selatan tanah air. Sudah banyak kali kami terima risalah propaganda beberapa wat di Kedah dalam kotak pos kami, dihantar oleh posmen.

Kami bimbang, banyak orang Islam akan terpengaruh, jadi kami ajukan perkara ini kepada pihak tuan agar pihak tuan dapat ajukan pula kepada pihak berkuasa.
Pihak berkuasa tolonglah bertindak, sebelum ramai lagi orang Islam terpengaruh dengan propaganda yang dihantar oleh wat-wat ini. Tolonglah siasat kegiatan wat-wat ini.
Kami syak wanita-wanita yang menyertai satu skim "direct selling" menjadi sasaran kumpulan penyebar propaganda yang boleh membawa kemurtadan ini. Ini kerana kami sendiri adalah ahli kepada skim berkenaan. Kami percaya ada orang menjadi ejen dalam memberi nama dan alamat kami kepada pihak wat untuk menyesatkan kami.

Risalah dari WAT SUWANNARAM

Disertakan gambar beberapa gambar rahib Siam, paparan nombor ramalan yang menang dan testimoni berikut.

Saya Abdul Rashid berterima kasih kepada TOK GURU kerana telah menolong saya mengubah nasib saya, sebelum mendapat pertolongan dari TOK GURU, kehidupan saya sangat susah, suatu hari, saya terima risalah dari TOK GURU, saya rasa ada peluang membangunkan semula kehidupan saya, selepas itu saya pun hubungi TOK GURU dan saya ikut nasihat TOK GURU, akhirnya nombor RAMALAN yang diberi TOK GURU telah mengubah nasib saya.

Hubungi segera: 013-4379101. Alamat A10, Jalan Kodiang Batu 3� Kampung Putat, 06100 Kodiang, Kedah.


Risalah dari WAT NATAWEE

Disertakan gambar sami Siam dan testimoni berikut

Nama saya Hafizudin dari Selangor. Saya ingin mengucap terima kasih kepada TOK GURU kerana telah menolong saya membangunkan semula perniagaan. Dulu kebakaran telah berlaku pada kedai saya. Lagi pun kedai saya tidak mendapat sebarang pampasan dari Insurance. Sejak itu saya menghadapi masalah kewangan. Pada masa itu saya terima risalah dari TOK GURU. Masa itu saya tidak percaya kepada nasib nombor. Ramalan tetapi sudah tiada cara lain lagi. Saya pun hubungi TOK GURU untuk meminta nasihat. Akhirnya nombor Ramalan yang diberi oleh TOK GURU telah mengubah nasib saya.

Sila hubungi: 017-5645925. Alamat No 33, Kampung Lubok Rambai, 06350 Naka, Kedah.

Risalah dari Wat Pailom

Testimoni seorang lelaki tertulis: "Saya Mohd Syahir. ribuan terima kasih kepada Tok Guru kerana telah menolong saya mengubah nasib saya, sebelum dapat pertolongan dari Tok Guru, kehidupan saya sangat susah, satu hari saya terima risalah dari master, saya rasa ada peluang membangunkan semula kehidupan saya, selepas itu saya pun hubungi Tok Guru dan saya ikut nasihat Tok Guru, akhirnya nombor ramalan yang diberi oleh Tok Guru telah mengubah nasib saya."

Sila hubungi 012-4693323/ 019-4543885. Alamat: 13, Jalan Sri Awang, Batu 1/2, 06300 Padang Terap, Kedah.

(petikan daripada Harakah)

Aku turunkan rencana dari Harakah. Tajuknya "Tok Guru Wat Siam Giat Sesatkan Muslim" kurang senang dibaca. Orang Muslim tentu pandang Tok Guru Wat Siam hina kerana perdaya mereka. Orang Siam pula rasa Tok Guru mereka teramat hina kerana memperdaya orang. Soalnya betulkah perbuatan Tok Guru kami? Jangan-jangan ada pihak berkepentingan pergunakan nama Tok Guru dan watnya.

Bagi sesiapa (orang Siam) yang tahu, tolong berikan penjelasan. Walaupun hal ini berlaku lama sudah, tetapi persepsi orang terhadap Tok Guru Wat Siam terpesong. Seekor kerbau bawa lumpur, semuanya terpalit!

Artikel ini berhenti disini. Aku dapat mengagak, penulis blog ini adalah seorang melayu Buddha yang berasal dari Selatan Thailand. Aku pun tak pasti sama ada ini kerja sami Buddha atau org yang tak bertanggungjawab yang menggunakan nama sami buddha. Di sini aku ada satu cerita tentang seorang lelaki yang tertipu dengan risalah seperti ini. Kisah ini merupakan kisah benar. Dan nilai wang yang lelaki ini ditipu ialah RM15k. Banyakkan??

Email dari Zahar bin Adam (Bukan nama sebenar)

Namaku Zahar (bukan nama sebenar). Aku bukanlah dari keluarga senang. Tapi, aku mempunyai cita2 nak jadi senang. Sebagai seorang lelaki, aku pasti ingin memiliki kereta yang mewah, aksesori dan baju yang berjenama, rumah yang besar dan kehidupan yang lebih baik dari sekarang. Kerana sekarang aku cuma pekerja biasa sahaja yang hanya memperolehi gaji bulanan yang cukup2 makan untuk tanggung diriku sehari2.

Suatu hari aku menerima risalah dari tok guru siam yang bisa meramal nombor sekaligus menjadikan kita kaya raya. Pada mulanya , aku tak percaya. Tapi, apabila risalah itu sering di hantar ke rumahku, aku mula tertarik dengan testimoni2 mereka yang telah berjaya merubah hidup hanya dengan nombor ramalan yang tok guru berikan. 'Apa salahnya kalau mencuba', bisik hatiku. Aku mula mendail nombor tersebut. Seorang lelaki separuh umur (agaknya) sambut talianku. Aku mula menanyakan tentang risalah yang aku dapat. Aku ceritakan juga tentang keperitan hidupku. Pada mulanya dia meminta nama penuhku dan tarikh lahirku. Tanpa ragu2, aku memberikannya. Dia berjanji akan menghubungiku 2 hari lagi. Aku menanti hari dengan resah. Setelah genap dua hari, dia menelefonku. Katanya berdasarkan tilikan tok guru (dia hanyalah pembantu tok guru), namaku boleh menang nombor ekor RM400 ribu hingga RM700ribu. Benarkah? Aku menjadi teruja. Aku mula di buai angan2. Cuma katanya, masih ada halangan untuk aku mencapai impian itu, kerana ada org iri dengan ku. Aku terkejut, bagaimana ada org iri denganku, sedangkan aku ini miskin dan hina lagi... Katanya, dia akan hapuskan halangan itu, tapi dia memerlukan sedikit modal. Dia memintaku RM140 untuk membeli lampu lintang. Tujuannya menghapuskan halangan itu. Tanpa berfikir panjang aku memasukkan wang ke dalam akaunnya. Bukannya banyak sangat. Apalah sangat Rm140 tu berbanding ribuan ringgit yang akan aku menang nanti. Selang dua hari dia menelefonku lagi. Katanya dia telah hapuskan halangan itu. Aku berasa gembira. Dia ingin membuat perjanjian denganku, katanya andai aku menang nombor ekor itu aku kena tunaikan janjiku iaitu memberikan 10% hasil wang yang aku menang kepada tok guru dan watt, sedekahkan 10% kepada anak yatim dan sedekahkan 10% untuk org2 miskin. Tanpa berfikir panjang aku lantas setuju dengan perjanjian ini. Aku cuma keluarkan 30% sahaja, aku masih punya 70% lagi. Dia berjanji akan hantar nombor itu melaui pos pada hari khamis. Maka aku boleh membeli nombor itu pada hujung minggu. Katanya lagi, sekiranya aku dapat nombor itu, aku perlu merahsiakan nombor itu dapi pengetahuan sesiapa dan bukti pos laju mesti dihapuskan. Aku bersetuju. Aku menunggu nombor itu dihantar padaku. Dia hantar hari rabu. Sepatutnya sampai hari khamis atau jumaat. Namun apa yang aku tunggu tak kunjung tiba. Mungkin pada hari sabtu, bungkusan itu akan tiba. Namun, sangkaanku meleset. Bungkusan itu tetap tak tiba pada hari sabtu dan ahad, ianya tiba pada hari isnin. Aku buka juga bungkusan itu, ada sekeping kertas yang mencatatkan nombor ramalan. Aku lantas mengoyakkan dan membakar bukti pos laju dan aku cepat2 mengambil nombor itu untuk diperiksa dikedai nombor ekor. Benar!! nombor itu naik first prize... Kenapa nombor ni sampai lambat. Kalo tak aku dah menang besar.

Aku terus menghubungi pembantu tok guru itu. Aku ceritakan padanya, nombor itu mengena, tapi oleh kerana nombor itu sampai lambat, aku tidak memenangi apa2. Aku bertanyakan padanya kenapa dia tak sms je nombor tu. Dia kata, ada halangan persekitaran yang menyebabkan nombor itu sampai lambat. Untuk menghapuskan halangan itu, dia memerlukan rm2000 untuk membeli patung gajah. Patung gajah itu berupaya menghapuskan halangan persekitaran itu. Aku termangu. Rm2000? Banyaknya.... Dia memujukku, dengan menghapuskan halangan itu, mungkin tiada halangan lagi untuk aku memenangi nombor ekor itu. Untuk mendapatkan rm2000 tu aku terpaksa meminjam dari temanku, kukatakan padanya, aku akan bayar balik minggu depan (setelah aku yakin aku akan menang nombor ramalan pada minggu depan). Setelah aku memasukkan duit sebanyak RM2000 ke akaunnya, dia sms suatu nombor. Aku cepat2 pergi membelinya... Namun alangkah hampanya apabila nombor yang diberi melalui sms itu tidak berjaya sebarang hadiah. Aku rasa seperti di tipu. Aku menghubungi pembantu tok guru itu lagi. Katanya aku membeli salah hari. Dia memintaku RM4000 lagi . Katanya untuk membeli colok.Katanya lagi, andai nombor kali ini tak mengena lagi, dia berjanji takkan meminta dariku lagi. Sekali lagi aku meminjam lagi duit dari temanku. Untunglah temanku itu baik orangnya. Aku katakan padanya, aku perlu wang tersebut untuk dikirimkan pada ibuku di kampung kerana ibuku sakit tenat. Atas dasar sahabat, dia memberiku tanpa banyak soal. Dia memang benar2 teman sejatiku.

Namun sehari dari sehari, pembantu itu tiada memberikan apa2 nombor padaku. Kerjanya hanyalah meminta wang dariku. Aku pun tak tahu mengapa hatiku begitu lembut untuk memberikan wang padanya walaupun aku terpaksa berhutang pada along setelah temanku itu tidak mahu meminjamkan wangnya padaku lagi. Dia pandai memujuk dan aku pula terpedaya dengan tipu dayanya. Sehingga kini,aku sudah berhabis hampir RM15 ribu. Tapi, satu apapun aku tak dapat. Hari2 along tu duk mencari aku. Temanku pula duk menagih hutangnya.

Aku semakin bingung. Aku menilik2 telefon bimbitku. Tiba2 aku mendapat mesej dari pembantu tok guru itu. Dia meminta wang dariku lagi. Aku ambil telefon bimbitku lalu aku buka simkad itu, aku patah2kan simkad itu. Baru puas hatiku.

Setelah itu, aku terfikir nak buat laporan polis, namun malangnya aku tiada bukti. Inilah nasibku. Aku menyesal sangat, kerana ingin mengejar kesenangan aku gadaikan akidahku.

Sekarang aku sedar, tiada jalan mudah untuk berjaya. Jika diktakdirkan kita miskin, terimalah dengan redha. Kaya miskin itu ujian. Kalau nak kaya, berusahalah dengan jalan yang halal. Jalan Haram yang dicampur dengan dosa2 besar ni tak berkat. Jangan jadi seperti aku.

4 comments:

  1. PUCHONG – Gara-gara tamakkan hadiah wang loteri yang dijanjikan sebanyak RM2 juta, seorang akauntan kerugian hampir RM400,000 selepas mendakwa tertipu dengan iklan risalah bomoh handal nombor ramalan yang diterimanya Mei tahun lalu.

    Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fredie berkata, dia menerima sekeping risalah yang mengiklankan kebolehan seorang sami Thailand untuk mendapatkan nombor ramalan yang menawarkan hadiah wang tunai dengan jumlah lumayan.

    Terpengaruh dengan iklan itu, Fredi mendakwa dia menghubungi nombor telefon yang tertera di risalah dan bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ah Chung.

    “Dalam perbualan itu, lelaki terbabit memaklumkan saya sudah memenangi nombor ramalan dengan jumlah hadiah hampir RM2 juta.

    “Lelaki itu meminta saya memasukkan sejumlah wang sekiranya mahu menuntut hadiah kemenangan yang dinyatakan,” katanya yang memaklumkan pihak terbabit turut mengirimkan gambar tiket hadiah yang dimenanginya melalui e-mel.

    Mangsa berkata, tanpa berfikir panjang dia kemudian memasukkan wang tunai sebanyak RM392,588 dalam tempoh empat bulan melalui 29 transaksi pembayaran dilakukan di bank.

    “Tunggu punya tunggu, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan terus meninggalkan bulan tetapi saya masih gagal menuntut hadiah yang dimaksudkan.

    “Hanya pada 15 November lalu, saya menyedari sudah ditipu apabila gagal menghubungi semua nombor telefon yang digunakan untuk berurusan sebelum ini,” katanya yang mengadukan perkara itu kepada Ketua Biro Aduan Puchong, Kuan Chee Heng di Puchong Utama.

    Fredie berkata, dia bingung kerana wang yang lebur kebanyakan dipinjam daripada kawan dan juga saudara mara.

    “Saya merasakan penipuan dilakukan turut menggunakan ilmu hitam kerana saya percaya dipukau sindiket itu sehingga menuruti kesemua arahan mereka.

    “Memang rasa menyesal, disebabkan itu saya meminta supaya orang ramai tidak mudah terpedaya dengan janji mendapat hadiah lumayan melalui risalah yang dihantar di rumah mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

    Sementara itu Chee Heng ketika ditemui berkata, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima risalah atau panggilan telefon yang menawarkan hadiah lumayan dan sebagainya.

    “Saya banyak menerima aduan daripada mangsa yang mendakwa ditipu termasuklah membabitkan produk minyak pelincir dan sebagainya.

    “Biasanya sindiket penipuan akan menggunakan pelbagai kaedah dan cara untuk mencairkan hati dan mempengaruhi mangsanya untuk benar-benar yakin dengan hadiah ditawarkan mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  2. tq atas berita ini.... tq juga sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  3. manusia diberikan akal . . gunakanlahnya .

    ReplyDelete
  4. cerita ni sama mcm aku, tpi ak tak truk sbab ak hilang rm30 jer itu pun sbb org tu ckp sama ak reload kat tlefon sndiri then lpas tu call dia....ada jga sya dpt brg dri dia, sama crta da sjruh bakar...lpas tu x lama da call mnta rm150 kononnya mau bt apa bnda...tpi ak fkir sejenak, ak tlg dia kah atau dia tlg ak...lpas dri tu ak x smbut call dia lgi....boleh ckp ak x rugi 1sen pun lah bagi kat dia hehehe

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails