header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Sunday, January 23, 2011

Aku Tak Mahu Bayar Air Tin Itu



(Bukan Gambar Sebenar)
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”

Ikuti kisah yang dikirimkan Nasir Ibrahim melaui emailnya. Semoga kisah ini memberikan pengajaran kepada kita. Berhati-hatilah memilih makanan. Pastikan Halal.

Aku mempunyai seorang teman. Dia berasal dari keluarga yang agak kaya. Tapi, kadang2 sifatnya yang teramat kedekut buat aku keliru benarkah dia ni sememangnya orang berada. Dia terlalu kedekut terutama soal makan. Apabila teman2 ingin meminjam wang, pelbagai alasan diberikan untuk mengelakkan wangnya dipinjam teman. Sekiranya teman2 itu terlalu berhajat meminjam, dia akan memberikan pinjam tetapi disertakan riba 10%.

Namun, setelah kejadian ini, aku telah memutuskan tidak mahu berkawan terlalu rapat dengannya. Suatu petang kami ke sebuah restoran untuk makan tengah hari. Kami memilih tempat yang agak terbuka. Tempat duduk kami berhadapan dengan kaki lima. Seperti biasa aku memesan nasi goreng dan teh limau. Dia pula memesan nasi berlauk dan air tin(tanpa ais). Kami makan sambil berbual kosong. Aku menjadi pelik apabila dia sedaya uapaya menghabiskan air yang di dalam tin itu sebelum dia menyentuh nasi di hadapannya. Kemudian dia membuangkan tin itu kedalam longkang. Kemudian dia memesan air suam. Setelah itu barulah dia makan seperti biasa. Aku cuba berlagak seperti biasa. Namun hatiku tidak tenang. Apakah sebenarnya yang ingin dilakukan? Kenapa tin itu dibuangkan ke dalam longkang sedangkan makanan kami belum lagi dikira.

Setelah hampir setengah jam menjamu selera, dia memanggil pelayan itu untuk mengira jumlah hidangan kami. Setelah aku membayar makananku, kini tiba pula giliran pelayan itu mengira makanannya. Pada permulaannya, pelayan itu hanya mengira nasi berlauk dan air suam sahaja. Namun, dia bertanya semula kepada bosnya, adaklah kami ada menmambah sebarang makanan atau minuman? Bosnya menjawab dari jauh yang menyatakan temanku ada menambah air tin. Dia terkejut. Dia menyatakan bahawa dia tidak pernah mengambil sebarang minuman tin sebelum ini. Dia akan membayar apa yang dimakannya sahaja. Kemudian, pelayan itu memanggil bosnya. Bosnya pun datang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tapi mati-matian temanku itu tidak mengaku yang dia pernah mengambil air tin itu. Oleh kerana tin itu telah di buang ke dalam longkang, maka mereka tiada bukti menuduh temanku mengambil air tin itu. Akhirnya pelayan dan bos kedai itu terpaksa mengalah. Mereka hanya mengira nasi berlauk dan air suam sahaja. Setelah itu kami pun beredar. Di dalam perjalanan pulang, aku bertanya soal tadi. Katanya dia sudah kerap kali melakukan taktik itu di restoran2 yang mengira makanan customer kemudian. Setakat ni, dia tak pernah kecundang dan ternyata taktik ini amat berjaya menjimatkan wangnya walaupun dia boleh menikmati air tin yang agak mahal harganya. aku beristighfar panjang.... "Sudah la tu. Nanti kalo ko kantoi, susah nanti" kataku padanya. Dia hanya merenungku. "Aku takkan kantoi la....aku akan buat lagi.hahhahaha" katanya sambil ketawa panjang. Aku terdiam. Aku tak percaya bahawa ada juga manusia yang sanggup melakukan penipuan dalam bab makanan. Aku rasa amat menyesal kerana tidak menerangkan kepada tuan kedai itu bahawa kawanku itu memang ada mengambil air tin di kedainya. Aku terlalu panik. Namun, sejak hari itu, aku berjanji, aku tak akan keluar makan dengan temanku yang kedekut itu. Cuma aku akan sentiasa berdoa semoga dia cepat insaf akan perbuatannya.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails