header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Friday, December 17, 2010

Andartu jodoh Penghafaz Al-Qur'an



Aku baru saja memutuskan hubunganku dengan Halim. Jantan tak guna. Suka saja mengambil kesempatan pada wanita yang lemah. Ibu ku bertanya. "Bagaimana pertemuan tadi? Dia melamar Yani kah?" kata ibu sebaik aku pulang dari bertemu dengan Halim. Aku menjeling ibu. "Nampak gayanya, ibu terpaksa tunggu lagi la untuk menimang cucu" sindir ibu. Aku terus masuk bilik. Aku tahu ibu amat kecewa. Tapi ibu patut tahu, orang seperti Halim itu tak layak untuk di jadikan suami. Penggoda. Aku tersenyum sendiri teringatkan peristiwa tadi. Sebuah tamparan hebat melekat di pipi Halim tatkala tangannya cuba meraba punggungku. Hahaha... rasakan. Kemudian aku terdiam. Benarkah aku ini cerewet dalam memilih teman hidup? Salahkah aku memilih yang terbaik untuk diriku? Memang sukar mencari bakal suami yang baik budi pekerti. Aku bukan memilih rupa, kerjaya atau pun pangkat. Aku cuma perlu seorang suami yang boleh membimbing aku. Bukan seperti Halim, Adi dan Razman yang kukenali itu. Adi seorang yang baik, cuma tak solat. Aku reject dia. Razman pula solat dan suka membaca Al-Qur'an, cuma aku tidak suka dengan sifatnya yang suka menunjuk2 kebaikan yang telah dia lakukan. Aku reject dia juga. Tinggallah aku seorang diri dalam meniti uia 32 tahun ni. Sampai bila harus aku tunggu. Atau aku perlu kahwin saja dengan sesiapa saja. Oh, tidak! Biarlah aku membujang sampai ke tua daripada mendapat suami yang buruk pekerti. Lalu sejak hari itu, aku menanamkan azam tak akan kahwin selagi tidak mendapatkan seorang putera yang baik pekerti dan berjaya menghafaz Al-Qur'an sekurang-kurangnya 10 juzuk. Syarat itu kukhabarkan pada ibu. Ibu hanya merenungku. "Berat syaratnya, Yani. Zaman sekarang, mana ada lagi pemuda yang kerjanya hanya duduk menghafaz Al-Qur'an?" Aku tersenyum. "Insyaallah...ada.kita tunggu ya" kataku seakan memujuk ibu. Aku tahu ibu teringin sangat untuk menimang cucu.

Setelah setahun berlalu, aku masih menunggu putera idamanku yang tak muncul-muncul. Setiap hari aku berdoa padaNya. Suatu petang, sebaik saja pulang dari kerja, aku singgah di kedai runcit pak Leman untuk membeli sedikit barang keperluan. Setelah itu, aku terus pulang ke rumah tanpa aku sedari aku tertinggal dompet di kedai Pak Leman. Untung la ada seorang pemuda yang menemuinya dan terus menghantar dompet itu ke rumahku. Ibu dan ayah sangat gembira apabila mengetahui dompetku ditemui semula. Semasa pemuda itu berbual-bual dengan ayahku, barulah aku tahu pemuda itu merupakan seorang graduan yang baru pulang belajar dari negara Timur Tengah. Perawatakannya agak menarik, sopan santun dan budi bahasa. Umurnya baru 29 tahun. Lebih muda dariku. Erm...alangkah baiknya jika dia jodohku. Tiba-tiba aku terdengar ayah beranyakan soalan cepumas yang membuatkan jantungku hampir-hampir terhenti. "Adakah anak ni boleh menghafaz Al-qur'an?" Dia tersenyum dan menjawab. "Boleh la sikit-sikit, insyaAllah." aku lihat ibu sangat gembira. "Setakat ni berapa juzuk dah yang anak dah hafaz?" Duga ayah sekali lagi. "Sebenarnya, saya memang mengambil bidang pengajian Al-Qur'an, Alhamdulillah.. dengan izin Allah, saya telah menghafaz 15 juzuk Al-Qur'an. Sekarang saya masih cuba menghafaz lagi" katanya dengan merendahkan diri. Ayah mengambil senaskah Al-Qur'an lalu duduk semula."Boleh perdengarkan bacaan kepada pakcik?" Dia makin tergamam. Tapi dia tetap tidak menghampakan ayah. Lalu dia membaca beberapa baris Al-Qur'an tanpa melihat naskah agung itu. Setelah selesai, aku melihat ayah dan ibu tersenyum puas. "Sudikah anak ni menjadi anak menantu pakcik?" kata ayah nekad. Aku yang sedang bersembunyi di balik langsir dapur tergamam. Pemuda itu pun tergamam. "Maafkan saya, pakcik bergurau kah?" pemuda itu bertanya. "Tidak, pakcik serius. Pakcik memang sedang mencari jodoh untuk anak pakcik. Namanya Yani, empunya dompet ini. Itupun kalau anak tak keberatan". "Bukan macam tu pakcik, memandangkan saya baru pulang dari belajar, saya masih belum mempunyai sebarang pekerjaan. Bagaimanakah saya mahu membayar mas kahwin dan menyara anak pakcik?" katanya ikhlas. "Anak, asalkan anak sudi, pakcik akan uruskan perkahwinan kalian, soal mahar, usah di risau, pakcik akan pinta setakat yang anak mampu, cuma... jangan hampakan pakcik" pinta ayah sungguh-sungguh. "Baiklah...saya akan fikirkan, beri saya tempoh untuk berbincang dengan keluarga saya" katanya sebelum mengundur diri. Ayah tersenyum-senyum memandangku, aku tersipu-sipu malu. Perempuan melamar lelaki. Umpama Khadijah melamar Nabi.

Selang bebrapa hari, dia bertandang ke rumahku sekali lagi. Kali ini, aku meliahat wajahnya berseri-seri. "Bagaimana keputusannya,nak?" tanya ayah memulakan bicara. "Alhamdulillah, setelah bermunajat, saya terima cadangan pakcik. Sedikit masa lagi, keluarga saya akan datang untuk urusan peminangan. Mungkin inilah ketentuan Tuhan untuk saya.Saya redha " katanya. "Alhamdulillah....." ucap ayah dan ibu serentak.

Kemudian, aku dan dia pun bernikah. Setelah bernikah, aku membantunya memberikan sedikit modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan. Alhamdulillah... Aku bahagia. Ya Allah.. Aku bersyukur atas jodoh, nikmat dan rahmat yang Kau Kurniakan. Amin....

sumber
Seperti yang diceritakan oleh Ayah mertuaku....

2 comments:

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails