header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Saturday, April 23, 2011

PERISTIWA SEBELUM DISAHKAN HIV POSITIF



Sejak 2,3 tahun yang lalu aku disahkan diabetic. Beberapa kesan biasa seorang diabetic ialah kelesuan, kebas kaki dan tangan serta sering keletihan. Memang sukar mengawal gula walaupun aku tahu diabetes adalah ibu kepada segala macam penyakit kronik. Tambahan lagi aku memang kaki makan. Aku sangka keletihan aku selama ini hanyalah disebabkan penyakit tersebut.

Dalam tempoh tersebut juga aku sering mengalami pendarahan gusi dan bibir tetapi tidaklah terlalu serius. Aku jangkakan ianya berpunca daripada masalah gusi dan bibirku yang kering kerana aku sering berasa dahaga.

Suatu hari, 4 bulan yang lalu aku mengalami pendarahan (bleeding) gusi dan bibir yang hampir tidak berhenti langsung. Walaupun sering berkumur dengan antiseptic mouthwash, bleeding tetap berlaku. Akhirnya aku cuba dapatkan rawatan di klinik swasta.

Klinik swasta menyarankan aku membuat ujian darah di Klinik Kesihatan Daerah kerana bimbang aku dijangkiti denggi. Memang sah bacaan plateletku amat rendah dan aku dimasukkan ke Hospital Daerah kerana suspek denggi.

Selama 2 hari aku di wad biasa, akhirnya aku dipindahkan ke HDW (High Dependency Ward) kerana bacaan platelet dan sel darah putihku tidak menunjukkan peningkatan.

Selepas 2 hari di HDW, aku kembali ke wad biasa. Ramai doctor dan nurse adalah kenalanku kerana daerah yang aku tinggal ini bukanlah besar sangat. Tambahan aku tinggal dan bertugas di kawasan berdekatan.

Sejak itulah secara tiba-tiba sahaja aku terasa berbagai-bagai mimpi ngeri datang dalam hidupku.

Mula-mula doctor menjangkakan aku menghadapi masalah leukimia. Hampir pitam bila aku menerima berita tersebut. Puas bertungkus lumus menguatkan hati cuba menerima berita sedih. Aku cuba terima suratan takdir seadanya.

Baru sahaja aku mula menerima hakikat, timbul pula andaian lain bahawa aku mengidap sejenis kanser yang jarang berlaku iaitu multiple myeloma. Jangka hayatku dijangkakan antara 3-5 tahun sahaja lagi. Lagilah trauma dibuatnya.

Untuk mengesahkannya, doctor perlu menjalankan bone marrow biopsy. (pengambilan sampel darah dari tulang sum-sum). Aku diberi ‘cuti’ selama seminggu sebelum menjalaninya.

Pihak hospital menjanjikan aku doctor pakar tetapi yang melakukan prosedur bone marrow biopsy tersebut terdiri daripada M.O. yang muda-muda. Akibatnya, bukannya 1 tetapi 3 tusukan di tulang punggungku. Derita melaluinya, Tuhan sahaja yang tahu. Sampai sekarang ngilunya masih terasa. Itu pun dimaklumkan kemudiannya bahawa sampel yang diambil tidak mencukupi dan tidak diperlukan. Failnya dikatakan ‘hilang’ entah ke mana.

Ketika prosedur bone marrow biopsy tersebutlah berkampit-kampit platelet dan plasma dimasukkan ke tubuhku. Ketika itu jugalah baru aku tahu bahawa aku berisiko mendapat jangkitan kuman melalui prosedur tersebut terutama melalui pemindahan darah. Tambahan lagi aku seorang diabetic. Aku perlu menandatangani beberapa borang ‘kebenaran’ danakujanji sebelum menjalani prosedur tersebut.

Bila aku membuat sedikit carian maklumat melalui kenalan yang bertugas sebagai doctor, pengalaman individu, internet dan memahami sedikit sebanyak tentang tatacara pendermaan dan pemindahan darah, jelaslah kemungkinan human error semasa ujian penyaringan darah tetap berlaku. Bahkan pesakit berkemungkinan dijangkiti apa-apa saja jenis jangkitan.

.. sehari selepas menjalani bone marrow biopsy, aku ditempatkan di isolation room kerana ditakuti mendapat jangkitan kuman. Selain itu aku demam. Mahu tak demam, kena tebuk tulang punggung sampai 3 lubang sekaligus. Meraung aku dibuatnya. ‘Terkurunglah’ aku di situ selama seminggu dan dimasukkan dengan gentamycine dan taxocin antibiotic, (katanya antara antibiotic yang paling kuat)

(Ada beberapa perkara yang menyebabkan aku keliru ketika berada di isolation room ini apabila doctor gagal menjelaskan kenapa dan mengapa aku perlu menjalani rawatan begitu begini ketika itu. Doctor kelihatan seperti mengelak untuk berterus-terang dan kebanyakan masa aku hanya berkomunikasi dengan doctor pelatih wanita berbangsa india yang sentiasa ragu-ragu membuat keputusan kerana perlu merujuk kepada M.O. Aku tidak salahkan beliau bahkan kami menjadi akrab kerana sentiasa berhubung sepanjang masa)

Alhamdulillah ketika di situ juga bleeding bibir dan gusi aku mula pulih. Doctor menjalankan ujian x-ray yang lebih terperinci termasuk ujian hepatitis dan HIV. Resultnya, buah pinggang, hati, paru-paru dan jantung aku katanya normal. Ketika itu keputusan ujian HIV aku masih negative. Sampel darah aku diambil untuk dihantar ke makmal Hospital Negeri untuk ujian yang lebih detail.

Selepas seminggu, aku dibenarkan balik dan diberikan temujanji supaya datang sebulan kemudian. Aku dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti lasak, menjauhi tempat-tempat awam dan memakai mask (jika perlu). Doctor bimbang berlaku pendarahan dalaman dan aku mudah terkena infection. Sejak itu aku perasan badanku menjadi semakin lemah.

Sebulan kemudian aku kembali ke hospital untuk mengetahui keputusan ujian darah terakhir yang telah dilakukan.

Alhamdulillah keputusan ujian hepatitis dan HIV aku tetap negative. (Bermakna aku telah menjalani ujian HIV sebanyak 2 kali dan kedua-duanya adalah negative dalam tempoh sebulan). Di fasa window period kah aku? Wallahu a’lam!

Berdasarkan keputusan tersebut, bulan berikutnya aku diminta ke Hospital Ampang dengan andaian mempunyai masalah multiple myeloma. (syukurlah keputusan HIV aku negative ketika itu kerana di wad harian tersebut ramai nurses yang mengenali aku)

Di hospital Ampang, doctor bertanyakan beberapa soalan tentang latar belakang penyakit aku. Sekali lagi aku terpaksa menjalani ujian darah termasuk ujian mengesan hepatitis C dan HIV. Beliau berjanji akan cuba mendapatkan keputusan bone marrow biopsy yang ‘hilang’ daripada pihak Hospital Negeri.

(+/- sebulan) 22 Disember 2010 aku hadir lagi ke Hospital Ampang. Ketika itulah aku menerima keputusan yang sungguh mengejutkan. Aku terasa seolah-olah tubuhku disambar petir apabila mengetahui keputusan ujian darah tempoh hari.

Sejak hari itu bermulalah riwayatku sebagai HIV positif!

sumber

2 comments:

  1. salam,
    t kasih,
    mungkin kisah ini pun sesuai dan bertepatan dgn konsep blog

    http://akuhivpositif.blogspot.com/2011/05/exlusive-penyesalan-seorang-pembawa-hiv.html

    ReplyDelete
  2. tq ......blog saya siarkan di blog saya?

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails