header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Sunday, October 23, 2011

Kenapa Aku Benci Menjadi Wanita Bertudung?

(Sekadar Gambar Hiasan)

Aku merupakan seorang wanita yang sederhana. Kulitku sawo matang dan memiliki seraut wajah yang manis. Aku mempunyai kekasih yang baik hati. Gaya kehidupanku adalah sederhana. Namun aku akui, aku bukanlah seorang gadis yang sosial. Kehidupanku sehari-harian adalah pergi kerja, pulang ke rumah dan memerap di rumah. Aku hanya keluar bertemu dengan kekasihku hanya pada hujung minggu sahaja.

Sehinggalah suatu hari, dia melamarku untuk dijadikan isterinya. Hatiku berbunga riang. Akhirnya impian aku untuk menjadi suri hidup kekasihku terkabul juga. Setelah mengikat tali pertunangan selama beberapa bulan, akhirnya kami pun melangsungkan perkahwinan. Perkahwinan yang diadakan amat meriah sekali. Pada malam pertamaku, dia meminta aku menjadi penemannya sehingga akhir hayatku nanti. Aku mengangguk. Dia memintaku lagi untuk menjadi isteri yang solehah, taat pada perintah Tuhan, Rasul dan suami. Menutup aurat selayaknya. Aku mengangguk lagi.... Untuk dia, aku sanggup lakukan apa sahaja, asalkan aku dapat bersama dengannya.

Pada tahun pertama semuanya berjalan lancar. Aku berusaha menjadi isteri yang solehah. Apa yang suami inginkan, sedaya upaya ku penuhi. Makan pakai dan juga auratku. Tak lepas selendang di kepalaku. Kami hidup aman dan damai.

Sehinggalah aku mendapat dua orang anak. Aku lihat, dia mula berubah. Dia mula memakai minyak wangi jenama yang mahal ke pejabat. Pulangnya pula kadang2 lewat malam. Masakan yang ku masak kadang2 tak disentuhnya. Bila aku ajak dia keluar, katanya penat. Semenjak hari itu, kehidupanku bertambah bosan. Penat melayan kerenah anak2 lagi, membuatkan aku lelah untuk berdandan.

Suatu hari, ketikaa ku ke shopping mall untuk membeli barang2 harian, aku terserempak dengan suamiku berjalan dengan wanita lain. Wanita itu free hair, bermini skirt, bermekap tebal dan bertumit tinggi. Setibanya suami ku di rumah, kami berperang besar. Dia tidak menafikan malahan dengan bangganya dia katakan dia mahu menikahi perempuan itu. Hancur luluh perasaanku. Pengorbananku selama ini adalah sia2. Kenapa dia memilih perempuan itu? Bukankah dahulu dia tidak menyukai wanita free hair? Akhirnya, dia katakan padaku, dia sudah bosan denganku. Pada hari itu jugak aku di ceraikan. Sejurus diceraikan, aku buang tudung di kepalaku. Aku menangis sepuas-puasnya.

Setelah berjaya mendapatkan hak penjagaan kedua anakku, aku nekad berpindah untuk memulakan kehidupan baru. Di tempat kerjaku, aku mula menukar penampilan diriku. Tiada lagi kerudung di kepalaku. Aku mula mengenakan mini skirt yang menampakkan betisku. Make up yang tebal menjadi kesukaanku. Baru sekarang aku puas. Aku suka menjadi perhatian lelaki2 berhidung belang di pejabatku. Hampir setiap hari juga, aku membuat temujanji keluar dengan mereka. Aku seronok dengan kehidupanku yang bebas dan menjadi perhatian mereka. Walaupun kadang2 aku sunyi, tetapi aku suka cara mereka melayanku. Aku pun tak tahu, sampai bila aku jadi begini. Adakah hatiku penuh dengan dendam dengan suamiku yang mendorong aku jadi begini atau aku yang bodoh dan tak ikhlas pada Tuhanku? Entah lah........

Seperti diceritakan Pn Aini (Bukan nama sebenar) kepada penulis

6 comments:

  1. semoga Allah mengampunkan dosa2 kita...renunglah nikmat yg telah Allah kurniakan pada puan....apa yang puan lakukan di dalam kubur nanti puan jugalah yang akan menjawabnya...semoga allah beri cahaya petunjuk pada puan...ameen...

    ReplyDelete
  2. Dia dah tersilap agaknya. menutup aurat adalah perintah Allah. tak tutup maknanya melawan Allah.Semoga beliau berubah.(sekadar perkongsian)

    ReplyDelete
  3. nape perlu jd begitu? sy sntsa mengharapkan dan berdoa agar suatu hari nanti hidayah utk berhijab ada...sy bukanlah seorang yg baik tp puan harus sedar ujian yg tuhan bagi pada kita kerana kita adalah umat pilihannya...apa yg kita ada utk kita banggakan sedangkan utk mengerakkan tangan kita pon kita xmampu apatah lagi utk bangga dengan kecantikan yg kita ada jika smernya adalah milik DIA...

    ReplyDelete
  4. ....... do all think coz allah not people. . ..ikhlas

    ReplyDelete
  5. apa yang suami puan lakukan adalah ujian bagi puan.... jika puan bersabar insyaAllah ganjarannya adlh syurga. sepatutnya bila puan diuji puan lbh dekatkn diri dgn Allah. kerana kasih sayangNya maka puan diuji... isu bertudung adalh ni merupakan keharusan dlm islam, kita selaku hamba tidak layak mempertikaikannya. ikhlas kan diri.. dekatkan diri dgn allah.. kasih manusia ni sementara jew kasih sayang allah adlh yg kekal...

    ReplyDelete
  6. The Ritz-Carlton Casino | BSBJ
    Welcome to BSBJ Casino! We titanium gr 2 are titanium watch band a casino ford edge titanium in Santa Rosa Oregon. ford edge titanium 2021 Enjoy table games, the bsjeon latest slots, and live casino games.

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails