header
Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.
Friday, July 23, 2010
Manisnya Farah AF2 Bertudung...
DIA pernah bertudung sewaktu mengendalikan program Rasa Halal Orient yang ke udara di Astro Oasis sepanjang lima musim berturut-turut.Namun ketika itu, Farah Diana Anuar, 24, dilihat seperti memenuhi tuntutan program berkenaan semata-mata.
Namun apabila melihat penampilan bekas bintang program realiti Akademi Fantasia 2 (AF2) itu bertudung lagi ketika mengendalikan program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9 pada 11 Julai lalu, ramai mula tertanya-tanya.
Adakah itu imej kekal Farah? Atau adakah kerana Farah sekadar mengikut tema bersempena sambutan Israk dan Mikraj?
"Memang inilah imej saya sekarang dan semoga ia akan berkekalan.
"Saya sudah mengambil keputusan untuk bertudung apabila muncul di khalayak umum. Peralihan ini tidak didorong oleh mana-mana pihak atau sengaja dirancang, sebaliknya atas kehendak dan kemahuan diri saya sendiri.
"Semuanya berlaku secara kebetulan. Saya membuat keputusan untuk bertudung sehari sebelum sambutan Israk dan Mikraj, baru-baru ini. Kebetulan pula pada hari itu, saya terbabit dengan program NLKO. Memang saya sendiri tidak sangka semuanya berlaku secara kebetulan.
"Sebelum ini, saya pernah beritahu ayah yang saya mahu bertudung selepas pulang daripada penggambaran program Rasa Halal Orient di Kemboja tahun lalu.
Ketika di Kemboja, saya melihat dan melalui pengalaman yang amat berharga terutama kanak-kanak kecil yang hidup dalam kedaifan dan serba kekurangan.
"Cukup terharu saya melihat kanak-kanak itu mampu menghafal al-Quran dalam suasana serba kekurangan. Kehidupan mereka sangat daif dan bergantung harap kepada bantuan orang ramai.
"Sebenarnya, dari kecil lagi saya sudah dilatih keluarga kalau ke mana-mana tempat yang memerlukan saya memakai tudung, saya akan pakai tudung. Saya sudah biasa bertudung, jadi saya tiada masalah untuk terus kekal bertudung, malah rasa lebih selesa pula," jelas Farah.
Tambahnya, memang ramai di kalangan kru dan penerbitan NLKO ketika itu terkejut dengan penampilannya, malah ramai memberi galakan.
Begitu juga keluarga yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada kerjaya seninya.
Bercerita mengenai aktiviti seni, Farah yang pernah popular dengan lagu Antara 2 mengakui karier dalam bidang pengacaraan agak sibuk berbanding nyanyian.
Begitupun ia tidak bermakna dia sudah meninggalkan terus bidang seni suara.
Sebaliknya, ramai yang tidak tahu dia sebenarnya masih aktif memenuhi undangan menjayakan persembahan nyanyian.
"Alhamdulillah rezeki dalam bidang pengacaraan sekarang semakin bertambah. Begitupun, tidak bermakna saya melupakan bidang nyanyian. Mungkin ramai yang tidak tahu saya masih menyanyi kerana kerap menjayakan persembahan pada majlis tertentu.
"Buat masa ini, pembabitan sebagai pengacara dalam NLKO hanya pada Jumaat jam 8 hingga 10 pagi dan kadang kala Sabtu dan Ahad pada waktu yang sama.
"Saya akui sekarang banyak fokus kepada pengacaraan. Tugas sebagai pengacaraan juga bukan mudah. Banyak perkara dan isu semasa yang perlu diketahui.
"Tugas pengacara program itu juga menuntut pengorbanan yang tinggi. Saya terpaksa bangun seawal jam 4 pagi untuk ke Sri Pentas kerana menetap di Putrajaya. Apatah lagi mengendalikan program yang disiarkan secara langsung bersama pengacara berpengalaman seperti Aziz Desa.
"Saya berasa bertuah kerana diberi peluang bergandingan dengan Abang Aziz. Sedikit sebanyak memberi peluang kepada saya untuk belajar dan menimba pengalaman dalam bidang pengacaraan daripada mereka yang mahir," katanya.
Berbicara mengenai album, Farah yang dibantu ahli keluarga di bawah pengurusan dan syarikat sendiri, Farah Diana Entertainment pernah tampil bersama album sulung, Antara 2 dan diikuti album kedua, Fantasia yang berada di pasaran beberapa hari sebelum penutupan syarikat Maestro Talent pertengahan tahun lalu.
Dia juga tidak pernah serik untuk menghasilkan album pada masa akan datang, malah dalam perancangan mencari beberapa single baru.
Ditanya mengenai desas-desus Farah dijangka menamatkan zaman solo tidak lama lagi, dia enggan mengulas lanjut. Begitupun dia mengakui berkawan dengan seseorang yang dianggapnya istimewa.
"Memang saya sedang berkawan dengan seseorang yang di luar dari bidang seni. Soalan lanjut mengenai individu itu biarlah dirahsiakan dahulu. Apabila tiba masa yang kelak saya pasti akan memaklumkan mengenainya. Soal jodoh saya hanya berserah kepada Tuhan," katanya.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Farah Diana Anuar
TARIKH LAHIR: 25 Januari 1985
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
PROFESION: Penyanyi, pelakon, pengacara dan jurucakap produk
JURUCAKAP PRODUK: Power Roots, Intimate, Syahirah
PROGRAM: Fulus Mania (Durian Runtuh) di Astro Ria, Rasa Halal Orient di Astro Oasis musim 1 hingga 5, Generasi Asli @ 1Malaysia, Nasi Lemak Kopi O di TV9
ALBUM: Antara Dua, Fantasia
DRAMA: Akademi
FILEM: Man Laksa
PENCAPAIAN: Artis Harapan Terbaik AIM12, Hadiah Penghargaan Top 10 New Singers Prize di Festival Muzik Asia,
Sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KunjunganKembojatinggalkesan/Article/index_html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tp farah tk sesuai pkai tudung....(dn dia sbnarnya mmg tk pakai pun...) hu hu
ReplyDeleteteruk betul orang kat atas ni comment...biar la dia pakai tudung...kalo die berubah dan ingin kepada kebaikan jgn di halang...nak jadi setan ke???teruskan farah...kami akan sokong anda...
ReplyDeletesemoga kekal dengan imej yg baik
ReplyDeletetahniah... teruskan.. perjuangan anda untuk berhijrah ke jaln yang benar..ALLAHUAKHBAR
ReplyDeletealhamdulillah..
ReplyDelete