header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Monday, September 13, 2010

Tatu Itu Bangkitkan Aku Dari Kubur



Amir merupakan seorang remaja yang agak nakal di kampungnya. Dia suka berfoya-foya bersama-sama temannya. Jika ada kelapangan, mereka akan ke pusat latihan snooker atau merempit. Amir juga suka mengganggu anak2 gadis di kampungnya. Sudah puas ibunya menasihatinya supaya berubah menjadi insan yang baik, tapi dia tetap seperti dulu. "Amir, bertaubatlah sebelum Malaikat Maut menjemput kita" kata ibunya dengan penuh kasih sayang. "Ala mak ni. Amir kan muda lagi. Nanti kalo Amir tua, Amir taubat la. Mak tu yang patut mati dulu sebab mak tu dah tua". Katanya sambil ketawa terbahak2. Ibunya hanya mengucap panjang mendengar ucapan Amir.

Suatu hari, Dahlan kawan Amir yang bekerja di bandar KL pulang ke kampung. Dia pulang membawa kereta besar. Amir tercengang2 melihat kereta, baju, jam tangan berjenama yang Dahlan pakai. Dahlan hanya tersengih2. "Kau pun boleh jadi seperti aku?" Kata Dahlan sambil menepuk2 bahu Amir. Amir terkebil2. "Macammana?" Kata Amir lagi. "Mari ikut aku". Dahlan mengajak Amir ke satu tempat. Rupanya Dahlan telah menganut agama Kristian. "Aku tak mahu tukar ugama, Dahlan". Amir enggan mengikuti Dahlan. "Baiklah, kalau kau tidak mahu menukar ugama, itu tak apa2. Apa kata kau cuba pasangkan tatu salib ini saja di peha kirimu?", Dahlan cuba memujuk. Amir diam. "Itu tak beerti kau telah menukar ugama, kau masih Islam, cuma kau anggaplah tatu ini cuma hiasan sahaja. Aku akan beri apa saja yang kau mahu. Wang? Kereta besar? Perempuan cantik?" Dahlan cuba memujuk lagi. "Baiklah, asalkan aku tak perlu menukar ugama ", Kata Amir . Setelah itu, Amir membuat tatu salib di peha kirinya. Tatu itu kecil dan agak tersembunyi.

Setelah beberapa bulan kejadian itu, Amir ditimpa kemalangan yang meragut nyawanya. Mak Limah lah orang yang paling bersedih atas kehilangan anak tunggalnya itu. Namun dia perlu redha atas pemergian Amir. Terngiang2 kata-kata Amir beberapa bulan yang lalu."Mak tu yang patut mati dulu sebab mak tu dah tua". Tapi Tuhan telah menetapkan Amir yang pergi dulu. Air mata Mak Limah semakin deras turunnya.

Setelah urusan pengkebumian, semua orang pulang ke rumah masing2. Pada malam ini, Mak Limah keseorangan setelah Amir tiada. Mak Limah membaca Yassin untuk disedekahkan pada arwah Amir. Sedang Mak Limah membaca Al-Quran, pintu dapur Mak Limah di ketuk. Mak Limah bangkit untuk membuka pintu. Setelah pintu dibuka, Mak Limah mendapati tiada siapa-siapa di luar sana. Mak Limah menutup kembali pintu dapur itu. Mak Limah mula dilanda ketakutan. Tiba-tiba pintu dapur diketuk lagi. "Siapa?" Mak Limah cuba bertanya. Tiada yang menjawab. Pintu dapur diketuk lagi untuk yang ke tiga kalinya. Mak Limah cuba memberanikan diri membuka pintu itu sekali lagi. Dia membaca beberapa surah pendek. Setelah pintu di buka,seperti tadi, tiada sesiapa di luar sana. Tiba-tiba matanya terpandang sesusuk tubuh sedang berdiri di celah-celah pokok pisang. Dia cuba mengamati wajah itu. Tapi wajahnya agak kelam. Namun dari susuk tubuh itu, seperti seseorang yang amat dikenalinya. Arwah Amir. Dia mengucap panjang. Cepat-cepat dia menutup pintu.

Sejak hari itu, Mak Limah sering di ganggu dengan bunyi-bunyi aneh, pintu di ketuk, orang menumbuk lesung, dan pelbagai lagi gangguan aneh. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan itu, Mak Limah cuba bertanyakan perkara ini pada Tok Imam. "Pasti ada yang tak beres" Kata Tok Imam. Mak Limah hanya menyepikan diri. "Mak Limah, adakah semasa hayat arwah Amir, dia ada memakai susuk?" Tanya Tok Imam. Mak Limah hanya menggeleng. "Tok Imam, Walaupun Amir nakal, tapi tak mungkin Amir memakai benda-benda yang terlarang itu, Tok" Mak Limah masih membela Amir. "Baiklah, kalau macam tu, apa kata kita gali balik kubur Amir?" Cadang Tok Imam. Mak Limah tercengang. Namun dia tiada pilihan lain.

Pada petang itu juga, Tok Imam serta beberapa orang kampung menggali semula kubur Amir. Setelah kubur di gali , Tok imam mengangkat mayat Amir yang sudah membusuk itu. Mereka mula memeriksa keadaan mayat itu. Pada mulanya, mereka tidak menemui sebarang tanda ganjil pada mayat itu. Namun salah seorang orang kampung mula perasan sesuatu di peha kirinya. Tatu salib. Semua yang ada beristighfar. Mak Limah menangis tersesak2.

Mayat diangkat dan dibawa ke hospital. Di sana, atas keizinan Mak Limah, pihak hospital berjaya membuang tatu salib di peha kirinya. Setelah semua urusan selesai, mayat di kebumikan semula. Semenjak itu, tiada lagi gangguan seperti malam-malam sebelumnya. "Abadilah Amir dengan tenang" ucap Mak Limah sambil melihat foto kenangan bersama Amir.

Nukilan
Ibu Amir (Bukan nama sebenar)
Seperti yang diceritakan oleh seorang penduduk kampung Amir

1 comment:

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails