header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Tuesday, July 27, 2010

Kita Uji Guru Berjubah Itu


Ada sesetengah orang menganggap orang yang bertudung labuh dan berjubah ini adalah wanita kolot. Tidak open minded. Pemikiran mereka agak sempit. Dan kehidupan peribadi mereka agak terbatas. Namun kisah yang aku paparkan ini membuktikan pandangan sebegini tidak benar.

Masih aku ingat, ketika aku masih di tingkatan enam aliran sains. Majoriti pelajarnya adalah pelajar cina dan india. Hanya terdapat beberapa orang sahaja pelajar melayu. Suatu ketika guru cina yang mengajar kami matematik telah bercuti bersalin. Lalu digantikan dengan guru berjubah dan bertudung labuh. Hari pertama guru itu mengajar aku lihat, beberapa pelajar tidak berpuas hati. Mereka fikir guru itu tidak sebijak guru matematik mereka.

Suatu hari, seorang pelajar telah membuat satu soalan di papan hitam. Sejurus guru itu masuk, guru berjubah itu dipinta menyelesaikan masalah matematik itu. Aku tergamam. aku melihat ke arah wajah Amelina, gadis melayu yang mengamalkan hidup moden. Dia mencebik. Kemudian dia membisikkan sesuatu kepadaku. "Mereka ingin menguji guru ini". Aku terkejut. pada mulanya, guru itu hanya merenung papan hitam. Setelahh berfikir sejenak, dia lantas menyelesaikan masalah tersebut. Ternyata jalan kerja soalan itu agak panjang. Akhirnya, dia menggariskan jawapan akhirnya. Kemudian dia berpaling. "betulkah", soal guru itu. Salah seorang murid bangun dan mengangguk. Kemudia semua murid bertepuk tangan.Aku gembira. Setelah dia menyelesaikan soalan itu, dia merenung seorang demi seorang pelajarnya. Kemudian dia meneruskan pengajarannya seperti biasa. Terdengar ditelingaku beberapa pelajar membisikkan kata-kata pujian. "Hebat guru ini, kufikirkan dia hanya bijak mengaji sahaja". Aku tersenyum sendiri....

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails