header
Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.
Friday, July 30, 2010
Aku Saksi Tsunami Acheh Itu
Walaupun kisah yang aku paparkan ini merupakan telah hampir 5 tahun berlalu, tapi ia benar2 meninggalkan bekas di hatiku. Lalu aku mencari info berkenaan tsunami. Mencari Hikmah dan Tauladan di sebalik kejadian itu. sesungguhnya Allah Maha Besar.
Di petik dr catatan pengalaman sebenar adik pengendali bicarasufi.com,
semoga boleh dijadikan iktibar:
Aceh 26 Dis 2004, kronologi secebis pengalaman Syafarini antara 18 pelajar
Malaysia yg terselamat.
Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu alaLah yang menjadikan sebahagian
peristiwa di Aceh untuk menjadi pengalamanku.
Pagi itu tenang, sunyi, ye lah pagi hari minggu. Tak ada aktiviti kuliah
pada pagi-pagi cuti. Selalu nya lepas solat subuh pelajar² biasa nya
membaca Alquran, berwirid, mentelaah kitab², menyiapkan tesis sambil duduk
depan pc laptop, mencuci pakaian dan mengemas rumah.
Pagi itu sibuk mengemas pakaian, membersihkan bilik rumah pelajar di
Kompleks Ruzi, Jln Tengku Diblang, Banda Aceh kedudukan nya lebih kurang 3
hingga 4 km daripada persisiran pantai. Sambil asyik melipat pakaian dan
mendengar lagu drp laptop kawan, lagu nya pulak lagu "Balik Kampung"
dendangan Allahyarham Sudirman, cukup menyentuh hati… hai lama tak balik
kampung, terasa la rindu nak balik. Hari raya baru ni pun memang tak balik
kampung. Rindu benar nak main dengan anak-anak saudara, Syairah, Syafiqah,
Zikry, Hareez, Syahmi, Zufayri, terhibur dan terkenang satu persatu
wajah-wajah dan kenakalan deme tu. Tapi apakan daya tuntutan menuntut ilmu
mengatasi segala-galanya demi memenuhi cita-cita yang tersemat di lubuk hati.
Lebih kurang jam 7 a.m lebih atau dekat² jam 8 pagi keadaan sekeliling
terasa berayun-ayun, terbuai-buai. Kitab-kitab dan buku-buku nota jatuh
daripada rak, dibetulkan kembali.. lalu jatuh balik. Eh kenapa ni, apa yang
tak kena ni? pening ke ni? atau....? Haa ye lah gempa bumi ni., memang ada
kawan pernah bagi tahu yang Aceh biasa dilanda gempa bumi 2,3 thn lepas.
Tapi kini aku merasakannya sendiri la. Kedengaran kat luar rumah org hiruk
pikuk bunyi suara kawan kawan bertempik, gempa bumi,.. gempa bumi..
keluarr.. keluar dari rumah...!! Masa tu hanya terlintas nak capai
passport, hp dan tudung kepala, lari keluar dan duduk di luar rumah.Tanah
terus bergoyang-goyang, bukan setakat bergegar kecik anak tapi betul-betul
bergoyang-goyang kiri dan kanan sama macam naik buaian besi ditolak orang
waktu tu.
Pening kepala tak stabil tak tahu nak cakap la. Tak dapat nak berdiri
langsung waktu tu., yang boleh hanya duduk mencangkung. Nampak jelas ada
tanah yang terbukak, merekah luas, ternganga macam nak telan si anak
derhaka je gaya nya. Cukup kalut, cemas dan panik sungguh tak pernah rasa
sebelum ni. Bekalan letrik terputus, talian handphone tidak berfungsi sama
sekali.
Gerak bumi bergempa terus menerus lebih kurang hingga 20 minit, fikiran tak
menentu waktu tu., rasa macam mimpi pun ada. Perasaan terkejut menyelubungi
hati, betul ke gempa bumi ni? Bila gerak gempa bumi mulai reda seketika,
aku masuk balik rumah, kemaskan balik almari dan peralatan rumah yang dah
jatuh jatuh. Dalam pada masa dok asyik kemas balik buku buku dan almari tu,
dengar lagi sekali jeritan orang ramai kat luar tu.. air naik.. air naik..,
air naik..! lari cepat.. keluar.. keluar dari rumahhh!! Tersirap darah dan
tergamam dengar tempikan orang kat luar tu, terus je capai 1 beg kecil yang
dalamnya passport, sedikit duit rupiah dengan tangan yang terketar-ketar
akibat panik dan terkejut yang luar biasa benar tu.
Rupa nya aku dah ditinggalkan oleh kawan-kawan yang lain,rupa nya aku yang
terakhir sekali keluar dari rumah tu., langsung tak nampak kawan-kawan
se-kampus, se negara. hilang lesap entah ke mana mereka tu. sampai hati
tinggalkan aku sorang diri-detik hati kecil ni.sayu sebak kejap masa tu.
Terus lari ikut arah penduduk kampung tu lari, nampak mereka menuju ke
masjid.! Ya Masjid Jamek Al-Unshiah yang dikenali dengan sebutan masjid
seribu tiang tu. Dalam masa yang sama jeritan amaran dan suara-suara
menyuruh kami lekas berlari yang keluar drp mulut pak polisi jelas di
gegendang telinga ni. Merasa la juga kena jerkah dan hamun drp sorang
pegawai polisi tu.. "goblok kamu..!kenapa lambat sangat berlari?? mahu mati
yaa..! tak nampak air bah besar tu??!!- dia juga dalam keadaan termengah
mengah mencukupkan langkah seribu nya.
Sesampai je kat masjid tu, memang orang kat situ dah beratus-ratus bilangan
nya, keadaan cukup sesak berhimpit-himpit. Semua muka-muka tak kenal, rasa
terasing sangat. Air mata ku dah mula mengalir, hiba sesangat. Mana la
kawan kawan dan orang yang aku kenal... Nampak satu kawasan ruang bawah
tangga, terus je duduk kat situ ambil tempat berlindung., gempa terus
datang balik. Lagi sekali kepala pening dan macam nak kena migrain pun ada.
Seingat waktu tu dekat pukul 9 pagi. Masa tu harapan dan kekuatan berdoa
kepada Allah terasa berlainan sangat drp hari hari biasa.Tak ada apa lagi
ayat2 bacaan doa, hanya semacam Allah bersaksi di depan ku., aku bersaksi
kepada Nya. Datang kekuatan berdoa.. "Ya Allah tolonglah tunjukkan pada
hamba dengan orang yang ku kenali kat sini.."- Terpancang satu sumber
kekuatan yang entah dari mana sumber nya dalam doa itu.
Tak semena-mena kaki terasa nak cuba naik ke atas ruang masjid, rupa2 nya
kat situlah dapat berjumpa dengan sekelompok kawan-kawan perempuan ku
serumah dan pelajar pelajar satu negara. Semua wajah wajah muram, sedih,
terkujat, terkejut, terlopong yang gelak tawar2 pun ada datang menerjah
pada ku., sambil berpeluk menenangkan antara satu sama lain yang jelas
masing-masing tak reti nak berkata apa apa. Tapi yang pasti hampir semua
kawan2 ku menangis.
Ruang masjid cukup sesak sampai aku tak ada ruang nak duduk.hanya berdiri
je sambil menangis senyap-senyap. Bunyi tangisan, teriakan, ratapan kat
dalam masjidi dah macam pesta sapa yang paling kuat je laku nya. Satu
persatu suara terdengar "ratus dah tewas, ratus2 dah mati, dah jadi korban
air naik pak".
Bunyi air bah menyapu bumi Aceh seperti bunyi guruh, seiring dengan bunyi
suara sayup2 mintak tolong, bunyi suara kanak2 panggil ibu mereka, suara
wanita dan lelaki tua makin lama makin tak dengar lagi dah. Orang lain
waktu tu tak ada dah ingat dan sempat nak tengok orang lain lagi.. semua
nya nafsi nafsi.
Gambaran kiamat betul-betul depan biji mataku.! Kiamat dah start ke ni??
Takut bukan kepalang. Kecut bukan main. Nampak ada yang terkincit bincit
dalam masjid, bauan hancing pun ada, rupanya ada yang terkecing dalam
seluar sebab ketakutan tahap maksimum menerpa.
Dicelah suasana kelam kabut dan hiruk pikuk tu, ada seorang ustaz atau pak
imam masjid tu mula memegang mikrofon dan memasang pembesar suara yang
bekalan elektrik nya dijana daripada sumber generator, mententeramkan orang
ramai, minta semua bertenang.. ingat pada Allah Ta'ala. Sejurus lepas tu
pak imam mula.. mengalunkan zikir kalimah.. Lailah haillaLah... Lailah
haillaLah... Lailah haillaLah... Lailah haillaLah..... Allahuakbar..
Allahuakbar.. Allahuakbar.. AstaghafirulLahala'zim...
AstaghafirulLahala'zim... AstaghafirulLahala'zim.....SubhanalLah...
SubhanalLah... SubhanalLah... Dan bermacam-macam bunyi munajat yang
terhambur keluar drp para penduduk yang lari berlindung kat masjid jamek
Al-Unshiah tu tak henti-henti, kadang-kadang kuat.. kemudian perlahan..
diselangi dengan suara sayu mendayu yang cukup menusuk kalbu sesiapa sahaja
yang ada di situ.Tetiba je rasa masa tu nak bertaubat nasuha terpa kat hati
ni. "Ya Allah hamba ni banyak lalai dan dosa, ampunilah diri ini Ya Allah,
sesungguh nya Engkau Tuhan yang Maha menerima ampun. Ampuni lah hamba yang
lemah dan tak terdaya ini. Siapa lah hamba di sisi Mu."
Terdetik masa tu aku nak isikan zikir lataif yang aku terima baiah drp
murshid kat surau Jerlun yg abg Lie bawakkan aku dulu. Jarang isi dan
amalkan sebab sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja metelaah di samping
ibadah rutin yang lain. Masa tu sedang asyik dalam kewaridan nur zikirullah
latifatul qalbi 5000 tu, terlintas semacam nak hantar mesej kat abg Lie kat
Malaysia ni kalau abg Lie dapat tangkap perkabaran cara ruhani drp adik dia
ni, elok juga ni, tak lah deme risau kat sana. Kurang-kurang pun dapat
keluarga kat sana mendoakan keselamatanku kat sini Ingat masa tu pukul 10
pagi lebih.
Dalam pada doa dan orang ramai berzikir tu, bumi terus bergerak gempa, mata
orang-orang dalam masjid tu tertumpu satu haa ye.. kat kubah masjid tu.
Kalau la jatuh ke bawah, memang mati terbunuh serta merta la jawab nya
menhenyakkan tubuh2 manusia yang ada di antara nya sedang cedera parah di
bawa masuk akibat terpelanting ditolak air masa bah datang menerjah kampung
tadi. Serba salah dibuat nya aku.. nak keluar masjid air bah laut laju
melanggar, nak duduk dalam masjid, kubah nya pulak macam nak goyang dan
runtuh je. Aku lari keluar di satu kawasan lapang di sudut yang tak dilanda
air bah bagi menenangkan perasaan.
Dengan tak semena-mena nampak segerombolan manusia yang lari drp satu arah
lagi menuju ke arah kami di masjid, melompat pagar masjid mencari tempat
perlindungan. Masa tu aku berlari sama untuk masuk ke dalam masjid balik.,
waktu dalam berhimpit2 masuk ke ruang pintu utama masjid berkriuk-kriuk
bunyi tulang manusia patah masa berebut2 tu, sempat aku capai tangan
seorang kawan ku yang jatuh masa berebut masuk tu, nasib baik dia tak jadi
mangsa dipijak oleh ratusan kaki2 manusia yang cemas dan panik itu. Kaki
kanan ni dan terasa perit akibat dilanggar oleh seorang penduduk tempatan,
masa tu betul2 kena keraskan semangat, memang kena ada sikit perasaan
nafsi-nafsi, kalau tidak memang nahas menimpa bagi yang lembik dan patah
hati pada waktu tu.
Tengahari-mula lapar, kawan-kawan lelaki mula mencari bekalan air untuk
kami minum, keadaan kami pelajar perempuan memang lemah sangat,sebab
terkejut dan tak menjamah apa-apa makanan dari pagi tadi.
Pelajar lelaki keluar setelah air bah mulai surut. Pekedai dan peniaga dah
tidak lagi berurus niaga barang2 runcit mereka, semua nya dah bersedekah
membantu mangsa-mangsa bencana pada hari itu. Dapatlah kami beberapa botol
air mineral, sedikit biskut kering dan beberapa bungkusan maggi makan
kering untuk alas perut buat bekalkan tenaga balik. Datang seorang
perempuan tua kepada ku mintak sekerat maggi kering kata nya nak dibagikan
kepada anak nya yang kelaparan, dengan titisan air mata ku hulurkan
sebahagian nya walaupun kita sendiri lapar... tak sampai hati kecilku...
Mayat-mayat manusia dan binatang berselerakan, darah-darah sana sini, ada
yang putus tangan, ada yang bebola mata nya tersembul, ku terpandang juga
mayat seorang kakak usia nya, di mana rambut panjang nya tersangkut pada
pagar rumah dan tak sempat lari mati di situ juga dilanggar air bah
tsunami, tubuh tertusuk kayu dan atap-atap zink. Jasad² manusia leper bawah
runtuhan² batu bangunan. Terhidu bauan darah yang hanyir, tak pernah ku
hidu pun sebelum ini. Pada mula nya memang seram dan ngeri nak toleh pun,
tapi lama kelamaan ku gagahkan tengok juga.
Bermalam di satu kawasan lapang berbumbungkan langit beralaskan plastik,
memang tak dapat nak lelap sepicing pun, kawan-kawan sebelah ada yang dah
mengigau, tak dapat nak tidur, perasaan libang libu sebab gegaran masih
selang seli datang menggempa.
Hari ke 2 keadaan sedikit kurang cemas, dah boleh balik rumah. Keadaan
rumah memang mengejutkan, palitan tanda air bah terlihat nampak melepasi
kayu gelegar bumbung rumah. Almari tonggang terbalik, cermin meja tercampak
keluar. Cuma satu keadaan yang agak aneh. Al-quran yang biasa aku baca
selepas solat terapung-apung atas tilam tanpa basah walau sikit pun.! Maha
suci Allah yang memelihara mukjizat Rasul Nya.!
Terngiang-ngiang kat telinga drp penduduk setempat selepas kejadian bencana
tu yang baru melanda semalam., bahawa ada sekumpulan tentera Indonesia yang
berpengkalan di sekitar Banda Aceh yang buat konsert berhampiran makam
seorang waliyullah Syeikh Al-Unshiah (kalau tak silap saya), kumpulan itu
ditegur oleh seorang pak kiyai di situ, tetapi dibalasi dengan ugutan
muncung pistol oleh salah seorang drp mereka yang sedang bergembira di
situ. Lalu pak kiyai itu memberi amaran, hati hatilah kalian semua,
tunggulah tidak lama lagi. Entahlah… tak berani saya nak buat apa-apa persepsi.
Syukurlah semua pelajar Malaysia dilindungi Allah dan terselamat dalam
kejadian yang maha dahsyat pada kami dan rupa-rupa nya terjadi juga oleh
sebahagian penduduk di negara-negara lain., kami tak menjangka kan
sebegitu. Sangka kami di Aceh sahaja.
Seorang pelajar lelaki yang saya panggil Own,. (Sharul Anwar Idris- drp
Kedah) menceritakan dan mengadu yang dia pagi tu memang tak sedap hati
langsung, serba serbi tak kena. Malam tu buat tahajud tak kena, bertadarus
tak kena, telaah kitab rasa tak selesa. Memang luar biasa sungguh malam
tadi, "dah nak mati aku ni kut"... kata nya seorang diri pada masa tu. Tak
sangka tanda-tanda itu merupakan isyarat awal mereka bakal berhadapan
dengan peristiwa bencana yang tak di duga itu.
Kami kumpulan pelajar Malaysia mula berlepas ke Medan pada hari Rabu.,
menaiki pesawat TUDM C130-Hercules. Daripada masjid Al-Unshiah, berdekatan
Institut Agama Islam Negeri(IAIN) Banda Aceh, kami menaiki pikap kecil yang
digunakan sama untuk membawa mayat-mayat untuk menuju ke Lapangan Terbang
Iskandar Muda Aceh.Terasa duduk di bandar zombie. Habis baju jubah ku
melekat bauan mayat.
Terasa sayu dan sebak sungguh tak terkata sewaktu kami meninggalkan Banda
Aceh. Terasa ingin sama sama turut tinggal merasai penderitaan penduduk2 di
situ. Mata insan mana yang sanggup menatap tubuh bayi yang comel, se comel
anak anak saudara ku yang sedang rancak bermain,.. kini kaku dengan keadaan
tubuh yang ada di antara nya luka dan cacat anggota jenazah nya, terbayang
imbasan anak-anak kakak dan abang ku di kepala. Tampak wajah-wajah memohon
simpati drp kami. Apa daya kami... Antara mereka ada yang tahu kami rakyat
Malaysia, tentu saja akan pulang bersama sama keluarga tercinta, bebas drp
belenggu derita yang sedang mereka tanggung itu, betapa bertuah nya kami.
Mungkin itu yang sedang mereka ngomelkan di sudut sanubari mereka. Di Medan
kami ditempatkan di pejabat konsulat Malaysia.
Selamat tinggal tanah Aceh dan penduduk nya yang pernah aku kenali, menjadi
jiran-jiran ku setahun yang lalu. Selamat tinggal tempat ku menuntut ilmu
Allah ini, ustaz ustaz ku, pensyarah2 ku, kawan-kawan warga Aceh yang
pernah ku kenal, mungkin ada yang dah kembali menemui Ilahi dalam bencana
ini. Di sinilah tempat aku memahami cabaran jalan fi sabililah, erti jihad
yang sebenar. Aceh, memberi aku seribu pelajaran, sejuta makna guru kepada
ku. Mungkin daku akan kembali ke sini, entah kan bila... Salam rindu tanah
Aceh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tsunami yang meragut nyawa kluarga ku...
ReplyDeleteyeke??innalillah... bersabar ye... kalo ada pengalaman menarik, boleh la dikongsi....
ReplyDeleteya Allah..
ReplyDeletemenitis air mataku..
subhanallah..
ReplyDeletesadis sy bce entry nie..
semoga semua yg telah pergi di tempatkan di kalangan ahli2 syurga....spt burung putih yg terbang bebas di firdausi....nasib kita yg hidup masih belum tentu lagi.
ReplyDelete