header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Sunday, March 20, 2011

DICABUL DALAM BAS



(Sekadar gambar hiasan)

Salam semua, kali ini saya bawakan satu kisah dari insan yg bernama Seri (bukan nama sebenar). Kisahnya bermula begini....

Aku merupakan salah seorang penuntut IPT di timur tanah air. Apabila pulang ke kampungku di selatan tanah air, aku pasti mengambil perkhidmatan bas ekspress kerana iainya agak murah berbanding pengangkutan yang lain. Aku suka menaiki bas ekspress kerana aku boleh menikmati permandangan di sepanjang perjalanan pulangku. Cuma yang aku tak suka apabila yang menjadi penumpang sebelahku adalah lelaki.

Suatu hari, ketika cuti semester bermula, aku menaiki bas ekspress untuk pulang. Oleh kerana aku terlewat membeli tiket, aku terpaksa pulang pada waktu malam sekitar pukul 9 malam. Ketika aku meninjau2 tempat dudukku, aku dapati tiada tempat kosong melainkan tempat duduk depan sekali dan di sebelah seorang lelaki berjaket dan bertopi. Aku pun mengambil tempat duduk di sebelah laki itu. Kerana aku rasakan tempat duduk depan sekali akan membuatkan mataku silau. Belum pun sejam, mataku sudah mengantuk. Aku mengambil sehelai kain batik yang dilipat untuk dijadikan selimut. Assignment terakhir yang aku siapkan petang tadi benar2 buat aku lelah. Belum sempat aku menikmati tidurku, aku rasa seperti kain batikku di tarik ke bawah. Sedikit demi sedikit dilucutkan. Aku hanya mendiamkan diri. Mungkin kain batikku licin lalu ia terlorot kebawah. Tanpa membuka mata, aku mencapai kembali kain batik yang terlorot sedikit. Kali ini ,aku letakkan kain batik itu di atas bahuku.Menutupi bahagian dadaku. Tak sampai 10 minit, ketika mataku hampir terlelap (aku masih memejamkan mata) aku rasakan kain batikku terlorot sekali lagi. Ianya bagai ditarik2 oleh seseorang. Jantungku berdebar kencang. Aku hanya membatukan diri. Itu saja yang mampu ku lakukan. Aku menantikan seterusnya.

Akhirnya kain batik itu jatuh di lantai bas. Aku semakin gementar. Tiba2 ada jari jemari menyentuh sisi pahaku. Aku cuba membuka sedikit mataku. Memerhatikan jiranku di sebelah. Dia tidur. Ah, mungkin dia tak sengaja. Aku membiarkan saja. Tiba2 tangannya merayap naik ke atas pehaku. Hah? aku hampir menjerit. Namun aku sempat menahan nafas. Terasa pehaku geli gelaman. Nasib baik aku memakai seluar slack. kalaulah aku pakai kain.... Lagi mudah la kerja dia... Dia menggosok2 pehaku. Melihatkan aku diam (mungkin dia sangka aku tidur nyenyak), dia semakin galak. Kemudian, tangannya menjalar ke bahagian yang lebih sensitif. Aku segera bangun dan berteriak, Semua penumpang terjaga dan serta merta lampu dihidupkan. Aku mengambil begku lalu ku pukul ke mukanya. "Laki gatal, tak guna" kataku sambil pindah tempat di bahagian depan. Dia menutup2 mukanya dengan topinya. Semua tertanya2. Mungkin sangka mereka kami bergaduh laki bini. Di tempat hadapan, aku hanya menangis teresak2. Badanku menggigil. Kenapa la aku tak sempat lempang laki durjana itu. Pemandu itu bertanyakan padaku, Aku cuma berdiam diri saja. Kukatakan tiada apa2. Aku takut berlaku kekecohan yang akhirnya aku yang menanggung malu. Akhirnya aku memilih berdiam dirisahaja. Akhirnya aku aman di tempat duduk depan.

Semasa tiba di destinasi, aku biarkan lelaki itu turun dulu kerana aku takut lelaki itu akan mengekori ku. Alhamdulillah... dia cepat2 turun dan hilang di balik celah2 manusia. Di tingkap bas aku melihat abagku, selepas memastikan abangku ada dan melambai2 ke arahku, barulah aku berani turun. Cepat2 aku menariknya pulang. Dia yang kehairanan bertanya padaku. Kuceritakan padanya kejadian di dalam bas itu. Dia begitu marah lalu meminta aku membuat laporan polis. Kukatakan padanya, aku tak tahu rupanya bagaimana kerana semasa aku memukulnya, dia menutup kepalanya dengan topinya. Aku tiada bukti. Walaupun perkara ini telah lama terjadi, ia masih segar di ingatanku.Kepada kaum hawa.. berhati-hatilah. Lindungi kehormatan kita. Jangan biarkan laki gatal dan miang mengambil kesempatann ke atas diri kita. Ingatlah, kehormatan kita hanya untuk suami yang sah.

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails