header
Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.
Thursday, June 10, 2010
Cerai Di Malam Pertama
(sekadar gambar hiasan)
Kisah yang akan dipaparkan ini merupakan kisah yang telah berlaku hampir 5 tahun yang lalu. Seseorang telah meminangku. Ibu menunjukkan fotonya. Kata ibu umur pemuda itu baru menjangkau 35 tahun. Aku melihat foto itu, kemudian aku mencampaknya ke atas katil. Aku tak mahu kahwin lagi. Getus hatiku. Namun atas pujukan ibu, akhirnya aku bersetuju berkahwin dengan pemuda itu. Sejak menerima lamarannya, aku tidak pernah bertemu dengan tunanganku. Sehinggalah di hari persandingan, aku memandang bakal suamiku dari kejauhan. Mukanya yang berkedut-kedut. Wajahnya seakan wajah orang tua. Aku ingin turun dari pelamin dan kembali ke bilik. Tetapi ditegah oleh Mak Andam. Aku hanya mendiamkan diri. Namun di dalam hatiku, aku menjeruk rasa. Kenapa ibu tergamak mengahwinkan aku dengan seorang yang sudah tua. Setitis air mata jatuh di pipi. Aku rasa diri ini tertipu. Bukan aku membenci dia, tetapi aku marah pada orang sekeliling yang menipuku.
Setelah tetamu pulang, suamiku masuk ke kamarku. Aku hanya merenungnya dari birai katil. Dia tersengih-sengih. Mukaku merah padam. Kemudian dengan tak semena-mena, aku meluru ke almariku. Aku keluarkan semua baju-bajunya. Aku humbankan ke atas lantai. Dia nampak terkejut. Ibu dan suamiku datang menenangkanku. Aku menjerit-jerit histeria. Dengan tak sengaja, aku menendang suamiku. Dia jatuh tersungkur. Pada malam itu juga kami bersengketa. Aku minta dilepaskan. Aku tak sanggup menjadi isterinya. Semua orang terkedu. Ibu memujukku. Kata ibu, aku tak sepatutnya berkelakuan seperti itu. Ibu juga meminta maaf padaku. Kata ibu, ibu hanya mahu melihat aku senang di sampingnya. Aku tahu ibu hanya melihat harta yang ada pada suamiku. Namun aku enggan mengalah. Aku menjadi benci pada sebuah perkahwinan. Kenapa mereka sanggup membohongiku. Akhirnya, aku dilepaskan juga. Cuma aku perlu membayar pampasan pada suamiku. Jadilah aku janda berhias.
Kisah Adira zakaria
Teluk Intan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhuhu.. andai aku di tempatmu.. mungkin itu juge yg kulakukan.. sampai hati diri ditipu.. ibu apakah itu :( memandang harta kemewahan tanpa fikirkan kebahagiaan anak kandungnya sendiri.
ReplyDeletekebahagian rumah tangga bukan harus dinilai atas wang hantaran dan kekayaan si suami tp pertama agamanya, ke-2_keturunananya, ke-3 hartanya dan ke-4 rupaparasnya namun kebahagian utama sesebuah rumahtannga adalah agama pasangannya...insyaallah kekal bahagia dunia dan akhirat
ReplyDeleteKini adira sudah bahagia bersama suami kedua dan dikurniakan cahaya mata yg comel
ReplyDelete