header
Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.
Thursday, December 22, 2011
Dia campur arak dalam masakannya ; Buangkan saja lauk pemberiannya...
Pintu rumahku diketuk. Siti tercegat sambil memegang pinggan yang berisi lauk ayam masak kicap. Aku tersenyum. "Kak, ni ada sikit lauk untuk akak", katanya sopan. "Terima kasih, buat susah-susah je" jawabku ikhlas. Kemudian pinggan lauk itu bertukar tangan. Aku membalas balik dengan buah limau. Kemudian siti beredar.
Kemudian, sekali lagi pintu rumahku di ketuk. Rupanya Jenab yang datang. Dia tergesa2 masuk ke rumahku sambil menutup kembali daun pintu. Aku kehairanan. "Dibah, Siti bagi apa kat kau?" aku terkejut dengan soalannya. "Lauk ayam masak kicap.Salahkah? Atau Siti tak bagi pada kau...hehhehe", kataku mengusiknya. "Ish, kau ni. Aku kesini nak bagitau kau, si Siti tu kalau masak, dia akan tambahkan arak dalam masakannya.." Aku terkejut. "Arak???" mataku terbeliak."Iya...arak. Dulu dia pernah bekerja jadi maid dengan orang cina. Majikannya suruh masak campur ngan arak. Daging babi pun dia makan tau dulu...." Aku lagi terkejut dengar cerita Jenap sebentar tadi. "Mana kau tahu... mungkin dia dah bertaubat." Kataku untuk berbaik sangka pada Siti. "Taubat apanya. Aku duduk belakang rumah dia. Aku selalu nampak dia campur arak dalam masakannya. Bila aku tanya dia, dia mengaku. Dia kata dah terbiasa dari semenjak dia kerja di rumah majikan cinanya dahulu". Aku mengucap panjang..... Aku memang tak berapa kenal dengan Siti ni. Maklum la aku ni orang baru di sini.
"Lagi satu,baru2 ni dia ada buat jamuan akikah untuk anaknya. Kau tahu semua org kampung tak mahu datang ke jamuannya. Yang datang hanya orang masjid 10 orang dan 5 orang sedaranya saja.... ". Aku semakin keliru. "Kenapa?" Tanyaku panasaran. "Hai, ko tak tahu ke, Siti tu kejenya GRO kat kelab malam, lakinya tu pulak penagih. Dari mana dia dapat duit buat jamuan akikah tu? Kalau bukan dari duit GRO??" Sekali lagi aku mengucap panjang.... "Benarkah??" Iyalah.. Takkan aku nak tipu kau....Erm, ok la aku nak balik ni. Terpulang la pada kau nak makan ke tidak masakan ayam masak kicap Siti tu. Aku balik dulu. " Kemudian Jenap tergesa2 balik..... Aku kembali ke ruang dapur . Ku renung ayam masak kicap pemberian si Siti sebentar tadi. Ku belek2 masakan tersebut. Akhirnya, aku ambil jalan selamat. Aku buang saja masakan si Siti tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ukuwah..interesting entry..kita kenelah berhati2 dalam semua perkara itu penting..:)..dan smg ALlah sentiasa melindungi kita
ReplyDeleteAmin
ReplyDelete