header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Friday, June 18, 2010

Tragedi Cinta Monyet




Aku masih melihat foto zaman persekolahan sekolah rendahku. Aku terpana pada gambar seorang budak lelaki. Namanya Imran. Serta merta mengingatkan aku pada satu peristiwa yang tidak pernah aku lupakan. Aku mengenali Imran ketika kami sama-sama ditempatkan tahun 1 di sebuah sekolah rendah di daerahku. Ketika kami di darjah tiga, kukatakan pada teman baikku yang aku menyukai Imran. Mungkin kerana pada ketika itu, dia merupakan budak lelaki yang paling comel di dalam kelasku. Tanpa pengetahuanku, teman baikku itu mengutuskan surat pada Imran. Dan kononnya aku yang menghantar surat itu. Apabila surat itu sampai ke tangan Imran, dia menyerahkan surat itu kepada cikgu. Cikgu memanggilku dan menanyakan benarkah surat itu ditulis olehku? Aku hanya menggelengkan kepala. Memang aku pun tak tahu bagaimana surat itu boleh berada ditangannya. Aku melihat dia hanya menjelingku.

Sejak itu aku cuba menghapuskan perasaan suka aku padanya. Aku menjadi seorang yang pendiam. Aku terlalu malu padanya akibat kejadian itu. Mujurlah, apabila kami melanjutkan pendidikan di sekolah menengah, kami berpisah kelas. Sejak itu aku belajar melupakan dia. Sehinggalah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Suatu petang, aku bertemu dengan teman lamaku. Katanya Imran telah menemui Illahi pada ketika usianya menjangkau 21 tahun. Aku benar-benar kaget. Segera aku sedekahkan al-fatihah padanya. Selang beberapa tahun, aku sering bermimpikan arwah Imran. Kadang-kadang aku bermimpi aku berpegangan tangan dengannya. Didalam mimpi itu dia hanya tersenyum. Bila aku tersedar, aku sedekahkan al-fatihah pada arwah. Cuma yang memushkilkan aku, kenapa aku sering bermimpikan arwah? Sehingga kini sudah lima tahun aku bermimpikan arwah. Dalam setahun dalam 3 atau 4 kali aku bermimpikan arwah. Adakah aku masih berhutang dengan arwah? Atau ada sesuatu yang tak selesai lagi antara kami? Aku lantas berdoa, aku memaafkan dosa arwah padaku dan menghalalkan segala hutang-hutang arwah padaku. Namun aku masih dikunjungi mimpi bertemu dengan arwah.

Pernah suatu ketika , ketika aku menziarahi pusara nenekku, aku ternampak pusara arwah, aku ingin singgah ke pusara arwah. Oleh kerana ibu mahu cepat, aku tak sempat singgah. Namun bila aku datang untuk singgah pada keesokannya, ternyata aku tidak menemui batu nisan yang tertulis nama arwah. Padahal aku pasti, inilah kawasan pusara arwah ditempatkan semalam. Aku menjadi semakin buntu.

Sehinggalah seminggu lepas. Aku dikunjungi mimpi bertemu arwah lagi. Kali ini arwah membawaku berjalan sambil berpimpin tangan denganku. Dia mungkin ingin membawaku ke satu tempat. Tiba-tiba aku terserempak dengan ibuku. Dia memanggil-manggil aku pulang. Aku melepaskan pegangannya. Tiba-tiba aku tersedar dari mimpi. Apakah maknanya? Adakah aku akan menyusul seperti arwah? Ya Allah... Panjangkan usiaku. Aku ingin membuat amalan yang banyak sebelum meninggalkan fana ini... amin.

Nukilan
Nurfarina Ishak

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails