header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Wednesday, October 6, 2010

Perut Itu Penuh Arak



Hari ini aku pergi mengurut. Biasanya, aku akan ke rumah Pak Kassim, salah seorang tukang urut di daerahku. Ketika aku sampai, Pak kassim sedang mengurut pelanggannya. Aku menunggu di ruangan bersebelahan dengan bilik mengurut. Terdengar suara pelanggan Pak Kassim mengerang. Arrrgggg.... "Sabar ya" pujuk Pak Kassim sambil mengurut di bahagian perut. "Sebenarnya, perut suami anak ni agak keras. Biasanya minum air apa?" tanya Pak Kassim pada pelanggannya. Belum sempat si suami menjawab, si isteri yang menemani si suami mengurut mencelah. "Biasanya, saya sediakan air kopi atau teh untuk suami saya minum". Pak Kassim mengangguk-angguk. "Sebenarnya, kopi atau teh tidak bagus untuk di minum dalam kuantiti yang banyak. Banyakkan minum air putih, milo atau horlick." Nasihat pak Kassim.

Kemudian, dia menekan lagi di salah satu bahagian perut. Nampaknya, pelanggan Pak Kassim mengerang semakin kuat. "Kalau tak keberatan, boleh saya tau , selain air kopi dan teh, suami anak ni ada minum air apa lagi?" Duga Pak Kassim panasaran. Pada mulanya si isteri terdiam mendengar soalan itu, kemudian dia memberitahu juga akhirnya. "Sebetulnya, suami saya selalu bekerja di luar daerah. Untuk meraikan suami saya, teman-temannya selalu menghidangkan air setan kepadanya." Kata si isteri sambil tertunduk malu. "Astaghfirullah... Memang itulah yang terfikir di fikiran pakcik setelah melihat keadaan perut suami anak ini. Sesungguhnya... sepanjang saya menjadi tukang urut, saya sering bertemu dengan kes-kes seperti ini. kalau anak nak tahu, perut orang yang telah minum air itu memang berbeza dengan perut orang islam yang tak pernah meminum air arak. Air arak ini berbeza dengan air halal yang Allah jadikan. Air arak yang melalui perut kita ini, tidak dicernakan secara sempurna seperti air-air yang lain. Ia akan tertinggal di dalam perut kita. Yang tertinggal inilah yang akan menjadi penyakit dalam perut yang akhirnya bisa membawa kematian. Seperti arwah anak menantu saya, dia mati kerana arak. Itulah hikmah Tuhan mengharamkan Arak." Ujar Pak Kassim panjang lebar. Aku terkedu dengan penerangan Pak Kassim. Walaupun, perbualan itu di bilik sebelah, namun aku masih mampu mendengarnya dengan jelas. Subhanallah.. Hari ini aku telah mempelajari satu lagi ilmu yang aku tidak ketahui."Anak harus berhenti dari mengambil air setan itu lagi.Bertaubatlah..." Kata pak Kassim setelah mengurut pelanggan tersebut. Setelah pelanggan itu pulang, kini giliran aku pula yang diurut....


Nukilan
Azahari Omar
Johor Bahru

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails