header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Wednesday, May 19, 2010

Tidur di atas Periuk Api



ng meletus di Kemboja. Ketika Pol Pot cuba menakluk Kemboja, ramai orang islam di tindas. Alim Ulama di bunuh dengan kejam. Masjid dijadikan kandang babi. Orang Islam di paksa makan babi. Anak-anak dipisahkan dari ibunya. Para Isteri pula dipisahkan dari suaminya. Mereka dipaksa bekerja di ladang dan sawah. Sesiapa yang sakit, akan dibunuh atau dibuangkan ke dalam satu lubang. Kadang-kadang, mereka akan menghimpunkan orang yang mempunyai masalah seperti mereka yang sakit, degil dan berilmu untuk dilakukan pembunuhan beramai-ramai. Mereka akan ditembak atau diseksa terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Setelah vietnam masuk campur, keadaan negara Kemboja bertambah kacau bilau. Ramai tahanan yang berjaya melarikan diri. Aku, dan beberapa saudara yang lain juga berjaya melarikan diri. Tujuan kami hanya satu, kami ingin pergi ke arah selatan (Malaysia). Ustaz Ali(bukan nama sebenar) antara ulama yang terselamat, mengetuai kumpulan kami. Ketika itu, aku mengandungkan anakku, cuba menggagahkan diri mengikuti kumpulan itu. Kami terpaksa berlapar dan menahan dahaga. Sepanjang perjalanan itu, kami hanya memakan daun kayu hutan dan meminum air yang bertakung di tempurung kelapa yang bersepah di sepanjang perjalanan itu. Sehingga aku pernah meminum air yang bercampur dengan arang dan debu untuk tujuan meneruskan hidupku.

Disana- sini kedengaran bunyi periuk api meletup. Serta merta kedengaran orang menjerit akibat terkena periuk api itu. Ada yang kehilangan tangan, kaki bahkan nyawa. Kami semakin ketakutan. Namun kami meneruskan juga perjalanan itu. Ketika sampai di suatu tempat, Ustaz Ali membentangkan tikar buruk yang kami bawa, kemudian dia membacakan sepotong ayat dari surah Al-Quran. Kemudian, dia menyuruh kami bermalam di situ. Setelah Azan subuh berkumandang, dia mengejutkan kami. Dia mengarahkan kami agar beredar segera. Setelah berjalan agak jauh, tiba-tiba kedengaran periuk api meletup dari arah tempat tidur kami semalam. Rupa-rupanya, kami semua tidur di atas periuk api. Semua orang memanjatkan kesyukuran kerana selamat dari malapetaka itu.

Walaupun peristiwa ini telah lama berlaku tapi, ia benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam hatiku. Aku semakin yakin pada kuasaNya. Tiada pertolongan yang lebih hebat selain dari pertolonganNYa.Amin..

Seperti yang diceritakan kepada penulis
Oleh seseorang warga kemboja

1 comment:

  1. hu2 terasa begitu beruntung berada di tanah air malaysia tercinta..ya tuhan lindungi lah para ulamak dan penuntut2nya..

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails