header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Monday, May 17, 2010

Ayahku Muallaf


(Sekadar gambar hiasan)


Namaku Dina. Ibuku melayu Pahang dan ayahku cina tetapi memeluk islam sebelum mengahwini ibuku. Aku mempunyai tiga orang adik beradik lelaki. Setelah ayah mengambil keputusan mengahwini ibuku, keluarga ayah terus membuangnya.Atuk menarik kembali kemudahan yang diberikannya iaitu wang, kad kredit, kereta dan segalanya.

Pada mulanya ayah terima semuanya dengan sabar. Ini kerana demi membuktikan cintanya kapada ibuku. Kemudian, setelah adikku yang ketiga lahir, ayah mula tertekan. Dia kehilangan pekerjaannya. Dia mula menyalahkan ibu. Semenjak itu ayah dan ibu sering bertengkar.Ayah pula sering mabuk-mabuk. Apabila ibu menegur, dia akan memukul ibu. Kamilah adik beradik yang akan merayu pada ayah supaya menghentikan pukulan yang bertubi-tubi itu. Ayah mula meninggalkan laranganNya. Dia mula berjinak-jinak dengan pembelian nombor ekor. Dari segi pendidikan, dia melarang kami pergi mengaji. Cuma kadang-kadang ibu curi-curi mengajar kami mengaji. Tetapi, apabila ayah tahu ibu mengajar kami mengaji, teruk ibu dipukulnya. Sejak itu ibu tidak mengajar kami lagi. Sehingga kini kami adik beradik tidak pandai mengaji.

Apabila tiba bulan puasa, ayah memaksa ibu masak makanan tengah hari untuknya. Ayah juga melarang kami berpuasa, jika ayah tahu kami berpuasa, ayah akan menunggu kami berbuka puasa. Apabila tiba waktu berbuka, dia akan menghempaskan pinggan mangkuk yang mengandungi makanan berbuka kami. Oleh kerana takut, ibu akan membawa kami adik beradik lari jauh dari ayah. Kami akan menumpang di rumah jiran-jiran sementara menunggu kemarahan ayah reda. Masih kuingat,ketika ayah memukul ibu, ibu lantas menarikku yang ketika itu masih mandi(berusia tujuh tahun). Dengan hanya memakai tuala, aku melarikan diri bersama ibu. Ibu Takut ayah akan memukulku pula.

Kini, aku telah meningkat dewasa. Ayahku masih seperti dulu. Dia sering menyalahkan takdir. Ibu juga masih seperti dulu, sabar dengan kerenah ayah. Aku pula masih tercari-cari sinar dalam hidup. Aku ingin mengenali Islam dengan lebih dekat. Semoga suatu hari nanti, masih ada yang sudi membantuku untuk mengenal Islam dengan lebih sempurna. Agar aku dapat mengajarnya pada ayah dan ibuku....

Nukilan Dina Aziz
Pahang

2 comments:

  1. Masyallah..saya sangat tersentuh dengan kisah ini...saya sedia membantu jika anda memerlukannya...semoga terus tabah meniti perjalanan yang bernama kehidupan...

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails