header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Wednesday, May 19, 2010

Tidur di atas Periuk Api



ng meletus di Kemboja. Ketika Pol Pot cuba menakluk Kemboja, ramai orang islam di tindas. Alim Ulama di bunuh dengan kejam. Masjid dijadikan kandang babi. Orang Islam di paksa makan babi. Anak-anak dipisahkan dari ibunya. Para Isteri pula dipisahkan dari suaminya. Mereka dipaksa bekerja di ladang dan sawah. Sesiapa yang sakit, akan dibunuh atau dibuangkan ke dalam satu lubang. Kadang-kadang, mereka akan menghimpunkan orang yang mempunyai masalah seperti mereka yang sakit, degil dan berilmu untuk dilakukan pembunuhan beramai-ramai. Mereka akan ditembak atau diseksa terlebih dahulu sebelum dibunuh.

Setelah vietnam masuk campur, keadaan negara Kemboja bertambah kacau bilau. Ramai tahanan yang berjaya melarikan diri. Aku, dan beberapa saudara yang lain juga berjaya melarikan diri. Tujuan kami hanya satu, kami ingin pergi ke arah selatan (Malaysia). Ustaz Ali(bukan nama sebenar) antara ulama yang terselamat, mengetuai kumpulan kami. Ketika itu, aku mengandungkan anakku, cuba menggagahkan diri mengikuti kumpulan itu. Kami terpaksa berlapar dan menahan dahaga. Sepanjang perjalanan itu, kami hanya memakan daun kayu hutan dan meminum air yang bertakung di tempurung kelapa yang bersepah di sepanjang perjalanan itu. Sehingga aku pernah meminum air yang bercampur dengan arang dan debu untuk tujuan meneruskan hidupku.

Disana- sini kedengaran bunyi periuk api meletup. Serta merta kedengaran orang menjerit akibat terkena periuk api itu. Ada yang kehilangan tangan, kaki bahkan nyawa. Kami semakin ketakutan. Namun kami meneruskan juga perjalanan itu. Ketika sampai di suatu tempat, Ustaz Ali membentangkan tikar buruk yang kami bawa, kemudian dia membacakan sepotong ayat dari surah Al-Quran. Kemudian, dia menyuruh kami bermalam di situ. Setelah Azan subuh berkumandang, dia mengejutkan kami. Dia mengarahkan kami agar beredar segera. Setelah berjalan agak jauh, tiba-tiba kedengaran periuk api meletup dari arah tempat tidur kami semalam. Rupa-rupanya, kami semua tidur di atas periuk api. Semua orang memanjatkan kesyukuran kerana selamat dari malapetaka itu.

Walaupun peristiwa ini telah lama berlaku tapi, ia benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam dalam hatiku. Aku semakin yakin pada kuasaNya. Tiada pertolongan yang lebih hebat selain dari pertolonganNYa.Amin..

Seperti yang diceritakan kepada penulis
Oleh seseorang warga kemboja

Monday, May 17, 2010

Ayahku Muallaf


(Sekadar gambar hiasan)


Namaku Dina. Ibuku melayu Pahang dan ayahku cina tetapi memeluk islam sebelum mengahwini ibuku. Aku mempunyai tiga orang adik beradik lelaki. Setelah ayah mengambil keputusan mengahwini ibuku, keluarga ayah terus membuangnya.Atuk menarik kembali kemudahan yang diberikannya iaitu wang, kad kredit, kereta dan segalanya.

Pada mulanya ayah terima semuanya dengan sabar. Ini kerana demi membuktikan cintanya kapada ibuku. Kemudian, setelah adikku yang ketiga lahir, ayah mula tertekan. Dia kehilangan pekerjaannya. Dia mula menyalahkan ibu. Semenjak itu ayah dan ibu sering bertengkar.Ayah pula sering mabuk-mabuk. Apabila ibu menegur, dia akan memukul ibu. Kamilah adik beradik yang akan merayu pada ayah supaya menghentikan pukulan yang bertubi-tubi itu. Ayah mula meninggalkan laranganNya. Dia mula berjinak-jinak dengan pembelian nombor ekor. Dari segi pendidikan, dia melarang kami pergi mengaji. Cuma kadang-kadang ibu curi-curi mengajar kami mengaji. Tetapi, apabila ayah tahu ibu mengajar kami mengaji, teruk ibu dipukulnya. Sejak itu ibu tidak mengajar kami lagi. Sehingga kini kami adik beradik tidak pandai mengaji.

Apabila tiba bulan puasa, ayah memaksa ibu masak makanan tengah hari untuknya. Ayah juga melarang kami berpuasa, jika ayah tahu kami berpuasa, ayah akan menunggu kami berbuka puasa. Apabila tiba waktu berbuka, dia akan menghempaskan pinggan mangkuk yang mengandungi makanan berbuka kami. Oleh kerana takut, ibu akan membawa kami adik beradik lari jauh dari ayah. Kami akan menumpang di rumah jiran-jiran sementara menunggu kemarahan ayah reda. Masih kuingat,ketika ayah memukul ibu, ibu lantas menarikku yang ketika itu masih mandi(berusia tujuh tahun). Dengan hanya memakai tuala, aku melarikan diri bersama ibu. Ibu Takut ayah akan memukulku pula.

Kini, aku telah meningkat dewasa. Ayahku masih seperti dulu. Dia sering menyalahkan takdir. Ibu juga masih seperti dulu, sabar dengan kerenah ayah. Aku pula masih tercari-cari sinar dalam hidup. Aku ingin mengenali Islam dengan lebih dekat. Semoga suatu hari nanti, masih ada yang sudi membantuku untuk mengenal Islam dengan lebih sempurna. Agar aku dapat mengajarnya pada ayah dan ibuku....

Nukilan Dina Aziz
Pahang

Monday, May 10, 2010

Tersalah Niat


Mak Senah adalah seorang pekerja yang baik. Tahun ini, Mak senah berhenti bekerja. Mak Senah akan mendapat uang KWSP sebayak rm15 ribu. Sudah lama Mak senah memasang niat akan ke Tanah Suci setelah mendapat uang tersebut.

Suatu sore, tetangga Mak Senah yaitu Mak Hitam datang bertandang. Dia menunjukkan perhiasan yang baru dibelinya. Setelah melihat, barang kemas milik Mak Hitam, Mak Senah mulai memasang angan-angan ingin memiliki perhiasan seperti Mak Hitam. Keesokannya, Mak Senah ke kota untuk mengeluarkan duit KWSP dan membeli perhiasan yang bernilai hampir sepuluh ribu. Mak Senah seakan-akan lupa niat asal Mak Senah yang ingin ke Tanah suci setelah mendapat uang KWSP itu. Setelah mendapatkan barang kemas itu, Mak senah Ke rumah Mak Hitam dengan tujuan untuk menayangkan perhiasan yang baru dibelinya.

Suatu sore, ketika Mak Senah sedang menunggu bus untuk pulang ke rumah, Mak Senah disapa oleh seorang gadis. Gadis itu terus mengulurkan salam. Salam disambut. Mak Senah hilang kata-kata. Mak Senah seakan dipukau. Gadis itu meminta semua perhiasan yang di pakai oleh Mak senah pada hari itu. Mak Senah menyerahkan semua perhiasan yang dipakainya. Kemudian gadis itu pun beredar.Tinggallah Mak Senah seorang diri terpinga-pinga. Ketika azan asar berkemundang dari sebuah surau dekat, Mak Senah tersadar. Dia meraba-raba tubuhnya. Mencari-cari rantai leher, rantai tangan dan gelang yang dipakainya sebentar tadi. Semuanya tiada. Dia tidak dapat mengigati apa-apa. Cuma yang diingatnya, ada seorang gadis menyapanya. Serta merta Mak Senah meraung di perhentian bus. Dia menyesal karena tidak menunaikan niat asalnya.
sampai sekarang, Mak Senah masih kelihatan bingung. Orang kampung kata, Mak senah sudah tidak siuman lagi. kejadian tersebut benar-benar mengganggu mentalnya ... amin.

Friday, April 30, 2010

PERMAISURI HATIKU



Petang tadi aku menerima panggilan dari kekasihku. Dia ingin beremu denganku di rumahnya sore nanti. Katanya ada sedikit jamuan ringan. Setelah menyiapkan pekerjaan rumah, aku terus bergegas memandu ke arah rumahnya. Namanya Hakim. Orangnya berperakan santri dan bijak mengambil hatiku. Kami bertemu saat menghadiri seminar di ibu kota tahun lalu. Meskipun kami berkasih, kami masih menjaga adab dan tatsusila seorang muslim.

Apabila sampai di hadapan rumahnya, aku membunyikan lonceng. Sejurus pintu pagar terbuka secara automatik.Aku memakirkan keretaku di halaman rumahnya. Setelah memberi salam, aku disuruh masuk olehnya. Keadaan rumah sunyi sepi. Kemana perginya orang tua dan saudaranya? Aku mengambil tempat duduk. Aku lihat dia bersahaja. Dia ke dapur dan kembali dengan menatang 2 cangkir air jus. Dia mempersilakan aku minum. Kemudian, aku menanyakan pada jamuan yang seharusnya diadakan. Dia tersenyum. Kemudian, katanya dia hanya bergurau. Merah padam muka ku menahan geram. Aku cepat-cepat bangkit dan ingin pulang, kemudian dia menahanku. katanya, dia cuma ingin chatting kosong denganku. Dia juga berjanji takkan mengapa-apakan aku. Aku kembali duduk di kerusiku.

Kemudian, dia menunjukkan foto-foto keluarganya. Kami berbicara sambil memindai kembali pertemuan kami. Kemudian, dia berdiri. Dia menyuruh aku berdiri. Aku berdiri. Dia merenungku. Aku menjatuhkan pandangan. Dia bertanya, apakah aku mencintainya? Aku menunduk, kemudian mengangguk kecil.Dia ketawa. Kemudian dia merayuku. Dia ingin aku membuktikan cintaku padanya dengan menyerahkan tubuhku. Aku terkedu. Kemudian sebuah penampar singgah dipipinya. Terlihat dia mengaduh sakit. Kukatakan padanya, sesungguhnya aku cinta padanya, tetapi, cintaku pada Tuhan melebihi segalanya. Aku lebih rela mati dari membuat Kekasihku (Tuhan) murka. Kemudian, aku melangkah pulang. Didalam hatiku, Aku benar-benar bersyukur karena mempertahankan cintaku pada Yang Esa. Biarlah aku kehilangannya.

Setelah hari hal ini terjadi, Hakim menghubungiku. Aku tidak sudi menjawab panggilannya. Kemudian dia mengirim jambangan bunga dan kartu yang tertulis "Ternyata aku tidak silap menilaimu.Kau umpama permata di rimbunan kaca. Aku sekadar mendugamu. Ternyata kaulah Permaisuri hati yang aku cari selama ini. Dengan ini sudikah terima lamaranku untuk memjadikanmu permaisuri hatiku buat selamanya?". Aku menagis sepuas-puasnya. Aku bersyukur kepada Illahi. Kini Hakim telah menjadi suamiku. Semoga kita akan terus mencari Redaha-Nya. Amin


Nukilan Shaha Irnie
Langkawi

Dosa Air




Pak abu mengamuk lagi. Kedua tamu di hadapannya di tatap tajam. Kedua tamu itu hanya menunduk. "Tanah ini milik aku", kata Pak Abu dengan sombong. Sejurus kemudian, kedua tamu itu meminta izin pulang. Tamu itu pulang dengan hampa. Buat apalah dibujuk lagi Pak Abu yang memang keras hati itu. Kali ini mereka memang benar-banar hampa apabila sekali lagi pak abu menolak permintaan mereka.

Pak abu masih merenung tamu yang keluar terkocoh-kocoh itu. Kehadiran mereka memang tidak disenangi Pak abu. Mereka ingin meminta izin Pak abu untuk menambat pipa air yang dalam area bawah tanah milik Pak Abu. Jika Pak Abu tidak mengzinkan, nampaknya orang kampung yang mau membuat rumah di tanah lot sebelah terpaksa menggunakan air sumur. Pak abu tersengeh-sengih ....

Tibalah masanya Tuhan ingin mengambil apa yang dipinjamkan pada hambanya. Pada suatu pagi yang hening, Pak Abu terjatuh lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir. Maka terpusu-pusulah orang kampung datang untuk mengelola jenazah Pak Abu. Setelah jenazah Pak Abu disembahyangkan, maka tibalah masanya jenazah itu disemadikan di tanah pekuburan di kampung itu. Ketika jenazah dikirim tanah pekuburan, awan mulai berarak mendung. Penggali kubur telah siap menunggu kehadiran jenazah Pak Abu. Pada saat jenazah Pak Abu ingin diturunkan, serta merta keluar air entah dari mana memenuhi lubang kubur Pak Abu. Beberapa org kampung terpaksa menggunakan ember menceduk air tersebut keluar. Setelah sejam menceduk air itu keluar, sayangnya air di dalam lobang kubur itu semakin bertambah. Kemudian, tuk imam mengarahkan penggali kubur menggali kubur yang lain pula. Namun hal yang sama terjadi. Sekali lagi air yang entah dari mana datangnya telah memenuhi lubang kubur yang kedua. Sekali lagi tuk Imam mengarahkan penggali kubur menggali lubang kubur yang ketiga.Namun hal yang sama terjadi. Air masih memenuhi lubang kubur yang ketiga. Tuk Imam lantas berdoa semoga Tuhan mengampuni dosa-doa Pak Ali. Namun, Air dalam kubur itu masih tidak surut. Karena tidak ada pilihan lain, tuk imam dan orang kampung terpaksa menguburkan jenazah pak Ali didalam kubur yang dipenuhi air. Amin ...

Seperti yang diceritakan oleh bunda tercinta
Hajjah Aminah

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails