header
Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.
Thursday, November 4, 2010
Bisikan Syaitan
Bulan ini, genaplah usiaku menjangkau 29 tahun. Aku merenung kembali perjalanan yang aku lalui semalam. Bermula dari zaman kanak2, remaja hinggalah aku kini bergelar ibu. Kosong. Tiada apa yang boleh kubanggakan. Aku masih belum menjadi muslimah sejati. Auratku kadang ku tutup dan kadang ku buka. Solatku pula selalu ditinggal-tinggalkan. Hampa. Andai aku mati tika ini, apakah amalan yang boleh ku bawa? Masya-Allah. Lalu aku bertekad untuk berubah. Aku ingin menjadi muslimah sejati. Bermula dengan solat dan aurat, aku mula berkerudung dan menjaga solatku. Alhamdulillah.... Hatiku mula tenang. Sebulan kemudian, aku disahkan mengandung anak kedua. Ini bermakna, setelah aku berubah, aku dikurniakan rezeki pula. Aku menyambut dengan baik. Memang inilah yang aku nantikan setelah tiga tahun menunggu anak kedua. Aku mula berazam untuk membaca Al-Quran sehingga khatam di sepanjang tempoh kehamilanku. Setelah mengetahui diriku hamil aku terus membaca Al-Quran. Aku cuba memahami maknanya sekali. Setelah 3 bulan aku membaca al-quran, aku mula diganggu dengan bisikan-bisikan aneh. Aku tak tahu dari mana bisikan itu datang. Sehinggalah suatu hari bisikan itu membisikkan sesuatu yang fatal. "Usah di baca Quran ini, ini semua karangan Muhammad" . Aku terkejut. Serta merta aku menutup Al-quran. Aku dilanda ketakutan. Kemudian aku menghubungi sahabatku, katanya itu adalah bisikan syaitan. Katanya lagi, aku perlu kuat. Memang sukar untuk membuat kebaikan. Hampir seminggu Aku meninggalkan ayat-ayat Tuhan. Setelah memperolehi keyakinan dan disulami tasbih-tasbih, aku cuba melanjutkan bacaan al-quran ku. Walaupun bisikan itu semakin kuat menggodaku, aku semakin membulatkan tekad untuk membaca dan memahami firman-firman Nya. Sehinggalah ke saat aku melahirkan bayiku, aku disahkan menghidap diabetis. Aku terkejut, dan doktor memintaku untuk melahirkan anak secepatnya. Aku mula gusar. Aku masih mempunyai baki lima juz lagi untk aku habiskan. Sampai di rumah aku menangis sepuas-puasnya. Aku cuba menghabiskan bacaanku agar cita-citaku untuk khatam termakbul. Alhamdulillah, sebelum tarikh yang dijangkakan melahirkan bayi, aku berjaya khatam. Semasa usia kandunganku 9 bulan, aku dipaksa bersalin. Aku memilih bersalin melalui pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjaya, anakku sihat. Namun aku lihat terdapat perbezaan pada anak keduaku ini. Perkembangannya terlalu cepat berbanding kakaknya. Aku cuma pinta dia menjadi anak yang soleh dan pintar. Jangan jadi seperti aku yang penuh dengan dosa-dosa silam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tahniah akak..
ReplyDeletesemoga terus istikamah..
teringin lady mencontohi akak..
doakan lady sama yer..
Amin... insya allah..doakan lady jadi lebih baik dari freeda
ReplyDelete