header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Tuesday, November 16, 2010

Anak itu Pembawa Sial


(Sekadar Gambar hiasan)

Aku melihat wajah anak itu. Itulah anak keduaku, Tina. Berusia 5 tahun. Badannya yang kurus dan kepada dialah aku serahkan urusan rumahtanggaku. Walaupun dia baru berusia 5 tahun, aku sudah membebankan dia dengan kerja rumah seperti mengemas, mencuci pinggan dan menjemur baju. Ini kerana dia anak yang membawa malapetaka dalam hidupku. Setiap kali memandang wajahnya, aku jadi benci padanya. Tiba-tiba kenangan 5 tahun yang lalu datang mengusik jiwa. Suamiku tiada pekerjaan tetap. Kadang kerja, kadang tidak. Maka akulah yang bekerja keras menanggung keluarga. Ditambah pula aku disahkan mengandung anak kedua. Aku semakin tertekan. Suatu hari, aku mendapat tahu dia mempunyai kekasih. Mereka hampir berkahwin. Kami bergaduh besar. Dia tetap mahu berkahwin dengan gadis itu. Aku nekad ingin bertemu dengan gadis itu untuk berbincang. Setelah bertemu, aku merayu padanya supaya melepaskan suamiku. Untunglah gadis itu sanggup meninggalkan suamiku. Setibanya di rumah, aku teruk di pukul oleh suamiku setelah dia mengetahui dia tak jadi berkahwin dengan kekasihnya gara-gara aku. Aku hanya mampu menangis. Oleh kerana dendam , dia enggan mengakui bayi dikandunganku ini adalah bayinya. Dia menuduhku berselingkuh dengan orang lain. Puas aku memujuknya. Kukatakan bayi ini adalah zuriat kami. Namun dia enggan mengakuinya. Aku kecewa. Aku memukul-mukul perutku. Kerana kaulah semua ini berlaku. Kau memang pembawa sial. Kini Tina sudah berusia 5 tahun. Tiada kasih sayang untuknya. Dia membesar seperti hamba abdi. Sedikit kesalahan yang dilakukan, aku akan pukul dengan 'hanger'. Aku puas memukulnya. Pabila hari raya, dia hanya mendapat baju terpakai kakaknya sahaja. Kakaknya makan ayam goreng, dia hanya dapat kentangnya sahaja. Pabila bercuti aku hanya membawa kakaknya, Tina kutinggalkan dengan jiran. Padaku dia tak layak dapat itu semua. Dahulu aku senggasara kerana dia. Ibu mertuaku juga tidak menerima Tina. Katanya Tina bukan cucunya. Tina juga tak pernah mendapat belaian manja dari seorang neneknya. Hanya ibuku sahaja menyayangi Tina. Ah, orang tua itu tidak mengerti apa-apa. Kerana padaku, Tina anak pembawa malang.

Nukilan
Mama Rina

2 comments:

  1. yang sial mak bapaknya tu... tak bersyukur.. anak tu makin besar nanti tgk la siapa yg sial...

    ReplyDelete
  2. Tu la kan... ada gak manusia berfikiran kolot. Ni kisah yang terjadi di kampung freeda

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails