imbasan.... April 2010
Hari ini genapla 2 tahun suamiku tidak menyentuhku. Kami tidak tidur bersama. Katanya, dia memang sayangkan aku, tetapi, apabila dia ingin mendekatiku, nafsunya tiba2 hilang. Akhirnya aku hanya menggigit jari. Tiada nafkah batin untukku selama 2 tahun, namun aku redha... Puas la kami pergi berubat ke sana kemari. Namun kata tok guru yang ubatkan suamiku, suamiku terkena guna2. Tapi aku tak percaya.....
Suatu hari, sepupuku datang bertandang ke rumah. Dia memberitahu rahsia besar kepadaku. Rahsia inilah yang mengubah perjalanan hidupku buat selama-lamanya. Katanya suamiku telah bernikah lagi dengan seorang wanita kampung sebelah. Pada mulanya aku tak percaya kata-kata sepupuku itu, Namun apabila muncul beberapa orang saksi, barulah aku percaya. Aku membuat rancangan sendiri. suatu hari, aku mengekori suamiku. Memang benar, suamiku ternyata ke rumah wanita yang sepupuku maksudkan. Aku tak dapat menahan amarahku, lantas aku menyerang suamiku dan wanita itu. Terjadilah pertengkaran yang maha hebat, antara aku dan suamiku. Di sanalah, terbongkar segala2nya.... Dia mengatakan dia memang tak bernafsu denganku dan di sana juga lah aku di ceraikan dengan talak tiga. Aku menangis tersedu2. Selama kami bernikah hampir suku abad, anak dah berderet, kenapa baru sekarang dia kata dia tak bernafsu denganku? Semasa kami susah, akulah berada di sampingnya... kami pernah makan nasi dengan garam sama2, tapi bila dia dah senang, dia semakin kaya, kenapa begitu mudah dia melupakann aku? Bukankah akulah wanita yang dipuja-pujanya sebelum diri ini dimiliki? Hatiku benar2 terluka.
Sejak hari itu, aku membawa hati yang luka... hanya anak2 tempat aku menumpang bahagia.... Tanpa diduga, ada juga insan yang ingin mengubati luka ini. Akhirnya, aku bernikah dengan insan ini. Walaupun insan ini tak sekaya bekas suamiku, namun aku bersyukur, insan ini banyak membimbingku. Doakan kebahagiaan perkahwinan kedua ku ini........................
Seperti yang diceritakan sepupu pencerita
Manisa (Bukan nama Sebenar)
Johor
semoga bahagia menjenguk anda semula....berbahagia lah bersama suami anda sekarang. Semua yg berlaku ada hikmah di sebaliknya...percayalah.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum admin,beberapa hari lepas saya ada emelkan kepada Admin satu entri menarik dan amat sesuai untuk disiarkan diblog admin.SILALAH ADMIN SEMAK EMEL ADMIN,JIKA TIADA TOLONG EMELKAN KEPADA SAYA,syahmi100@gmail.com
ReplyDeleteSalam syahmi... maaf dah brapa tahun saya tak aktif dalam blog ini. Baru aktif balik dalam beberapa bulan ni... insya allah saya akn hubungi tuan
Delete