header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Wednesday, June 1, 2011

Suamiku Tak Solat (Bila Nur Tak Singgah Di Hati) - Bhgn 2

Ingatkah pembaca dengan kisah Puan Farina kita ni? Kisah keluhan hatinya mengenai suaminya yang tidak menjaga solatnya. Ikuti kiriman email dari Puan Farina baru-baru ni. (Rujuk Suamiku Tak Solat (Bila Nur Tak Singgah Di Hati) - Bhgn 1)

Aku terbangun apabila terlihat sesusuk tubuh sedang bersolat. Aku mencari2 suamiku. Tiada.... adakah pemuda yang bersolat itu adalah suamiku? Syukur Alhamdulillah........ aku hanya mendiamkan diri. tak berani menegurnya. Hampir dua hari aku memerhatikannya. Apabila pulang dari kerja dia akan solat. Tidak seperti selalu.... dia akan menonton tv atau melayari internet tanpa bersolat.....

Suatu ketika setelah suamiku selesai bersolat. dia menghampiriku. Katanya "sayang, abang dah berubah..... abang sudah terima nur", katanya hiba. Aku tersenyum. "Alhamdulillah.... inilah yang sayang panjatkan setiap kali berdoa pada Tuhan. "Abang, boleh tak kita solat berjemaah lepas ni?" Dia menggeleng. "Belum lagi sayang, abang belum bersedia. Abang mahu bersihkan jiwa abang dulu. Abang belum layak menjadi imam lagi". Aku terdiam. Hari demi hari aku hanya melihat dia solat seorang diri. Bilalah agaknya isterimu ini dapat bersolat berjemaah denganmu? Aku akan menantikan saatnya............


Luahan Farina Abdullah

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails