header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Saturday, January 8, 2011

Suamiku Tak Solat (Bila Nur Tak Singgah Di Hati) - Bhgn 1



Ikuti luahan hati Farina Abdullah.....(bukan nama sebenar)

Aku merupakan seorang ibu dan juga isteri yang bekerja sebagai nurse. Aku memiliki segala-galanya, anak yang comel, suami yang penyayang dan aku akui, hidupku amat bahagia. Suamiku bekerja di salah sebuah syarikat swasta. Dahulu dia hanyalah kerani biasa sahaja, namun atas kerajinan dan usaha bersungguh2, dia kini memegang jawatan penting di tempatnya bekerja. Dia seorang yang penyayang, mengambil berat anak2 dan bijak mengambil hatiku. Dia amat bertanggungjawab terhadap keluarga kami. Nafkahku tidak pernah dilupakan. Sesekali dia akan mengajak kami melancong. Cuma, yang menggusarkan hatiku, suamiku tidak solat. Aku pun tak tahu di mana silapnya. Dahulu, semasa dia menjawat jawatan kerani, dia rajin bersolat. Dia akan solat dahulu sebelum ke pejabat. Tapi, setelah dia menjawat jawatan penting, aku jarang nampak dia bersolat. Dia akan ke pejabat tanpa bersolat. Aku sering tegur, "solat dulu, bang"... katanya "tak sempat". Aku hanya terdiam mendengar jawapannya. jika dia pulang ke rumah, dia tidak pernah solat maghrib dan isyak. Sesekali aku mengajak dia solat bersama, tapi ada saja alasan penolakannya. "Adakah abang solat di pejabat?" aku bertanya suatu hari. Dia mengangguk. Aku semakin terkejut, kenapa dia solat hanya di pejabat saja, sedang di rumah dia tidak pernah solat? Sebenarnya suamiku sudah dua kali terselamat dari kemalangan yang mengakibatkan keretanya remuk teruk, namun dia masih tidak insaf lagi.
Ermm... Entahlah.... Aku sering berdoa semoga nur akan singgah dihatinya. Tapi adakah aku hanya perlu berdoa tanpa melakukan apa2? Apa yang harus aku lakukan?

Farina Abdullah
Kedah

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails