header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Sunday, October 10, 2010

Aku Pecahkan Zamrud RM1000

(Foto Zamrud bernilai Rm1000 akan di upload kemudian)
Kejujuran amat mudah dilafazkan, namun agak sukar di praktikkan apabila iainya pahit di telan. Begitulah yang kurasakan tatkala ditimpa musibah yang menguji kejujuranku sebagai penerima tempahan membuat cincin di salah sebuah kedai emas di daerahku.

Suatu petang, kedaiku dikunjungi seorang lelaki muda yang ingin membuat tempahan cincin suasa. Dia menunjukkan batu zamrud yang sederhana besarnya. Katanya, batu zamrud ini bernilai RM1000. Bolehkah aku menerimanya? Sangkaanku, pelanggan itu hanya bergurau. Mana mungkin batu sekecil itu berharga Rm1000? Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum kambing. Setelah mengambil keterangan butir-butir yang diperlukan, aku pun menghantar batu zamrud itu kepada tukang kedai emas itu untuk diikat dengan suasa.

Namun, setelah beberapa tahun, barulah tuan empunya batu zamrud itu menuntutnya. Namun atas masalah tertentu, empunya zamrud itu ingin mengambil batunya kembali. Aku terpaksa menyuruh tukang emasku membuka kembali batu di cincin itu. Entah bagaimana, batu itu retak dan kemudian pecah. Aku mula ketakutan. Aku pun tak tahu sama ada batu itu memang pecah semasa proses mengikat suasa ataupun pecah semasa kami membuka kembali batu itu. Akal jahatku mula merasuk jiwaku. Aku mula mencari batu yang seakan batu itu. Ah, nasib baik ada, cuma berat batunya tak sama. Bukankah lebih baik aku menukarnya daripada aku terpaksa menggantikan wang RM1000? Matilah aku jika batu yang pecah itu nilainya RM1000.

sementara menanti empunya batu zamrud itu datang, aku mula membuat kira-kira. Bagaimana jika empunya batu mengetahui bahawa batu yang akan kuberikan padanya itu bukan miliknya? Pelbagai persoalan bermain-main di benakku. Subhanallah.... Walaupun empunya batu itu tidak mengetahui, tapi Pencipta Batu zamrud itu Amat mengetahui. Akhirnya aku memutuskan untuk berkata benar walaupun pahit.

Selang beberapa jam, empunya batu itu datang untuk menuntut zamrud nya. Dengan nama Allah, nadaku sedikit menggigil, kutabahkan hati untuk berkata benar. Aku ceritakan keadaan sebenar dan akhir sekali aku meminta maaf. Pada mulanya, dia agak terkejut dan mukanya nampak merah menahan marah. Namun setelah diceritakan perkara ini berlaku tanpa disengajakan dan memberi jaminan akan membayar kembali nilai batu itu, barulah mukanya menguntumkan senyuman. Akhirnya, setelah perbincangan dan tawar menawar dilakukan, dia memintaku membayar separuh sahaja dari nilai batu itu sebenar. Aku mengucapkan kesyukuran. Tak mengapalah, biarlah aku rugi sedikit, tapi aku mampu menahan diriku dari menjadi seorang yang tidak jujur.

nukilan
Darwis Rahman
Kelantan

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails