header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Friday, February 18, 2011

Dalam Kek Ada Emas



Aku merupakan salah seorang wanita yang berkerjaya. Kesibukanku dan suamiku terhadap kerjaya kami memaksa kami menggunakan perkhidmatan pembantu rumah. setakat ini kami telah menggunakan 3 orang pembantu rumah. Ramai orang, ramai ragam. Begitu juga dengan karenah pembantu2 rumahku. Pembantu rumahku yang terakhir bernama Tuti. Orangnya nampak polos dan jujur. Dia juga rajin dan tak banyak karenah. Semua urusan rumahtangga dilakukannya dengan penuh rapi. Bermula dari memasak, menjaga anak-anakku hinggalah mengemas rumah dan bilikku, semuanya beres. Anak-anakku juga amat menyayangi pembantu rumahku yang seorang ini.

Suatu hari, aku tertinggal dompet ketika tergesa2 ke pejabat. Setelah berpatah balik, aku lihat Tuti sudah menunggu di muka pintu sambil menghulurkan dompetku. Setelah mengucapkan terima kasih, aku terus menuju ke pejabatku. Setelah agak jauh dari rumahku, aku memberhentikan keretaku untuk memeriksa isi dompet itu. I/c, dokumen2 penting, wang... semuanya cukup. Alhamdulillah. Ternyata Tuti orangnya jujur.

Setelah tamat tempoh kontrak, kini tibalah masanya Tuti pulang ke kampung halamannya. Namun, aku lihat dia sempat menyiapkan sebiji kek. Katanya untuk adik-adiknya. Kepulangannya adalah melalui udara. Aku dan suamiku yang akan menghantarnya ke airport. Namun, sebelum dia berangkat, aku meminta izin padanya untuk memeriksa bagasinya. Dengan senang hati dia membenarkan. Tiada barang yang mencurigakan. Yang ada cuma pakaian Tuti, hadiah-hadiah dari aku dan anak2ku, cenderahati untuk adik beradik Tuti. Itu sahaja. Aku menutup kembali bagasi2 itu. Kemudian kami pun bertolak ke lapangan terbang. Sampai di pertengahan perjalanan, aku lihat Tuti amat gelisah. Dia meminta aku berpatah balik ke rumah. Katanya dia tertinggal kek. Suamiku enggan. Katanya, kalau kita berpatah balik, kemungkinan besar dia akan ketinggalan flight. Dia menangis teresak2. Katanya adik2 pasti kecewa kerana tak dapat menikmati kek yang dibuatnya. Aku memujuknya. Aku berjanji akan membelikan kek lain setibanya di airport. Namun dia masih enggan. Suami ku pula tak mahu berpatah balik. Akhirnya suamiku meneruskan perjalanan juga ke airport. Setibanya di airport aku mencari2 kedai kek. Tapi Tuti menahanku. Katanya tak perlu. Mungkin dia merajuk denganku. Sebelum dia berlepas kami bersalam-salaman. Dia mencium tanganku dan katanya, jangan dimakan kek itu, kek itu cuma untuk adik2nya. Aku terkejut, tapi aku masih berlagak biasa. Aku tahu dia marah padaku. Aku meminta maaf padanya buat kali terakhir. Andai ada jodoh, kita bertemu lagi.

Setelah dia pergi, kami pulang ke rumah. Sampai di rumah, aku melihat sebiji kek yang sudah di bungkus kemas. Aku membukanya. Aku teringat kata-katanya. Jangan dimakan kek itu, kek itu cuma untuk adik2nya. aku ingin membuang kek itu, tapi suamiku cepat menegah. Katanya membazir jika dibuang. Tapi.... anak2ku pula ingin memakan kek itu. Kata mereka Kak Tuti memang pakar membuat kek dan biskut. akhirnya kau mengalah. Apa salahnya kami makan, dia menggunakan tepung dan bahan2 dari dapurku. akhirnya aku mengambil pisau dan memotong kek itu. Tiba2 mata pisauku seolah2 menyentuh benda keras didasar kek itu. Aku semakin panasaran. Aku mula membelah2 kek itu , dan tiba2 sebuah kotak muncul di dalam kek itu. Aku macam kenal dengan kotak itu. Aku membukanya.... MasyAallah... Kotak itu mengandungi Emas dan permataku. Aku hampir pengsan. Suami dan anak2ku kaget. Patut la dia mati-matian mendesak kami kembali untuk mengambil kek itu semula. Dasar Amah durjana. Tak tahu diuntung. Kami beri madu dibalasnya racun. Berselindung dari wajahnya yang polos tapi rupa-rupanya penjenayah nombor satu. Suamiku cepat2 membuat laporan polis. Namun aku bersyukur kepada Tuhan. Rezeki kami masih ada . Kalaulah kami patah balik ambil kek ini, Mati lah aku.......

Seperti yang diceritakan oleh sahabat baikku
Pn Ruziah Arman (bukan nama sebenar)

No comments:

Post a Comment

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails