header

Blog ini akan menampilkan kisah-kisah taubat yang diterima dari pembaca-pembaca melalui email, pengalaman penulis, dan lain-lain. Apa yang diceritakan adalah benar, cuma nama dan tempat dirahasiakan. Jika pembaca lain memiliki kisah-kisah taubat yang menarik, bisa dibagi bersama dengan pembaca lain untuk dijadikan panduan hidup.

Friday, August 6, 2010

Ulat Resdung



Jika anda TAKUT jangan lihat video ini. Benarkah ulat/hama sebesar itu berada di dalam hidung pesakit resdung? Walaubagaimanapun, sesiapa yang telah mengalami simptom seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah, berkemungkinan seseorang itu telah mengalami resdung. Ketidak selesaan pada tubuh sedikit sebanyak telah membantutkan kerja-kerja seharian mereka.

Itulah yang kualami sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Sudah beberapa kali aku pergi mendapatkan rawatan doktor, apa yang doktor berikan hanyalah beberapa pil penahan sakit, selsema dan alahan. Bila pil habis, penyakit pun datang kembali. Spay? emm...ada gak doktor bagi, tapi aku ni seorang yang tak rajin men spray hidungku.....tu yang tak baik2. Bila kali terakhir aku bertemu doktor panel ku semula, doktor itu mengesyorkan aku merujuk ke pakar ENT, aku hanya mengiyakan. Kutahu, jika aku merujuk pada pakar, sudah tentu pihak hospital akan membedah hidungku.... Oh, Tidak. aku paling takut jika hidungku dibedah.

Kemudian, dengan ditemani suamiku, kami mula mencari perubatan alternatif. Akhirnya aku bertemu dengan salah seorang pengubat resdung tradisional, mak Badar di salah sebuah kawasan di daerah Johor Baharu. Dengan menggunakan minyak bijan dan biji terung, alhamdulillah... resdungku semakin pulih. Sakit kepala yang berdenyut-denyut pun hilang. Nampaknya, aku terpaksa menjalani 2 hingga 3 kali rawatan lagi untuk memastikan penyakitku benar-benar pulih, walaupun tak 100%. Semua ini atas keizinan Allah.

Pengajarannya, semasa aku diiuji kesakitan itu, barulah aku mengerti erti sebuah kesihatan. Dengan kesihatan yang baik itu, kita mampu beribadah. Tetapi, sekiranya Tuhan tarik balik kesihatan yang Di pinjamkan-Nya itu, bagaimanakah kita mahu menambahkan amalan lagi.... Beribadahlah ketika sihat. Bila tubuh tak berdaya, mungkin kita tak kuat untuk beribadah lagi....

p/s- Kepada sesiapa yang ingin berubat dengan Mak Badar (jika segala usaha telah dilakukan untuk mengubati resdung), carilah rumahnya di Lorong 4, dekat TNB johor. (No rumah tak ingat pulak) - sekadar membantu(tiada komisyen), hanya mereka yang pernah sakit resdung yang memahami mereka yang sakit resdung.....

4 comments:

  1. Akum, kak..ada no tipon Mak Badar tu x? ingt nak gi tryla..berapa bayaran die ek?

    ReplyDelete
  2. ya Allah sampai macam tu ya rupanya benda yang namanya resdung tu,,,seram tol
    dulu saya guna bedak sejuk + serbuk kulit manis je
    alhamdulilah membantu ,tapi klu yang x tahan memula
    memnag sangat pedih lah,sekrang ni dah banyak cara
    yang x menyakit :)

    ReplyDelete
  3. ooo... saya pernah dengar jugak cara tu... tgk org jugak.. ada yg serasi ada yg tidak....yang penting adalah usaha...

    ReplyDelete
  4. saya baru buat pembedahan hidung dekat hosp. putrajaya. Menelan belanja RM1660. sebelum ni keluar masuk wad shj krn mata bengkak dan keluar nanah di kelopak mata. hari ni sudah seminggu keluar wad nanah masih keluar dan esok kena pergi check up lagi.

    ReplyDelete

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails